Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Thursday, July 12, 2012

Tanggungjawab..

kalau nak bercerita tentang tanggungjawab seorang suami dan juga seorang isteri memang tak kan pernah habis la kan.. sebab masing-masing nak ceritakan atau nak membangkitkan semula tanggungjawab yang perlu dibuat hari-hari. jom tengok secara basic nya tanggungjawab yang ada buat suami dan isteri


tanggungjawab suami
amacam? berat tak tanggungjawab sebagai seorang suami. ni baru basic jer... dosa isteri pon suami tanggung jugak kan? pada aku.. aku bersyukur sebab Allah temukan jodoh aku dengan hubby. seorang yang sederhana. sebagai isteri, aku tahu tahap mana kemampuan hubby nak membelanjakan aku. so, tak perlu untuk aku mintak macam-macam dekat dia. usaha sendiri adalah jalan yang terbaik. 

tanggungjawab isteri
ni tanggungjawab aku. yer.. setelah lafaz akad telah disahkan... dengan itu juga secara automatiknya aku telah bersetuju untuk menjalan segala tanggungjawab aku sebagai isteri kepada hubby. Alhamdulillah.. setaka ini, susah dan senang kami kongsi bersama. dan dah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga akhlak aku juga.. pergaulan harus ada batasan. untuk menulis blog ni pon aku da mintak izin dengan dia. ko ingat suka-suka hati aku jer nak cerita itu ini.. masa bujang dulu bole la kiah. sekarang ni aku dah ada laki. semuanya kena la aku mintak izin dia dulu. kalo idak.. baik tak payah kawen. 

jadi, buat adik adik kat luar sana yang nak mendirikan rumahtangga tu.. bersedia la dari awal lagi untuk memikul tanggungjawab ni semua yer. kawin bukan bererti korang duduk serumah jer. tapi kena ada team work. komunikasi jugak adalah satu peranan yang amat dan amattt penting. 

jadilah isteri yang dibanggai suami... bukan isteri yang terlalu membanggakan suami... wallahualam...

2 comments:

cha said...

Betul tu kak. Skrg dh kawen lain. Sume kene mintk izin suami kan. Sy nasib baik dpt suami sederhana dan sehati sejiwa jugak huhu

adriea said...

cha - ya cha.. kena mintak izin dlu.. kalau suami tak izinkan, dosa besar tau.. alhamdulillah cha.. akak doakan semoga jodoh cha ngan kaza kekal selama2nya :)