Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Tuesday, July 17, 2012

Bertimbang Rasa

syahdunya hati bila dengan dan menghayati munajat Allahyarham ustad asri ni...


tengah dok google tentang kemusykilan tentang sesuatu.. aku terjumpa ni...

Bertimbang Rasa
 

Bertimbang rasa salah satu daripada sifat peri kemanusiaan

Bertimbang rasa, menimbang perasaan orang lain berdasarkan perasaan kita

Fitrah manusia adalah sama

Perasaan adalah fitrah manusia

Kalau kita sensitif dengan perasaan manusia, berdasarkan perasaan kita

Kita sangat bertimbang rasa kepada semua manusia

Untuk dapat difaham saya membawa beberapa contoh, berdasarkan perasaan kita

Kita kita tidak suka orang sombong dengan kita, sepatutnya kita tidak sombong pula dengan manusia, mereka juga tidak suka

Orang bercakap kasar dengan kita, kita tidak suka, logiknya kita tidak suka bercakap kasar dengan mereka

Kita tidak suka orang memerli-merli dan menyindir-nyindir kita, tentulah sepatutnya kita tidak akan lakukan kepada manusia

Orang hasad dengki dengan kita, kita tidak suka, sepatutnya kita tidak suka berhasad dengki dengan sesiapa

Begitu juga kita tidak suka orang menghina kita, kita juga sepatutnya tidak suka menghina orang

Dibawa lagi beberapa contoh di sini

Di waktu kita susah, kita suka ada orang menolongnya, sepatutnya tentulah kita suka pula menolong manusia

Kita suka orang memberi maaf  kepada kita, sepatutnya kita juga suka sekali memberi maaf kepada mereka

Perasaan manusia sama

Orang pemurah kepada kita, kita suka, sepatutnya kita suka pemurah dengan manusia

Orang boleh membuat baik kepada manusia lain berdasarkan dorongan perasaan hatinya, kerana perasaan manusia sama

Itulah dia yang dikatakan tinggi perikemanusiaannya

Perlu diingat membuat baik atas dasar perkemanusiaan semata-mata pahalanya tidak ada

Pahala didapati mesti perasaan dan dorongan itu atas dasar iman

Dia membuat kerana perintah Tuhannya yang Maha Esa lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Seseorang itu baik berdasarkan peri kemanusiaan itu adalah baik berdasarkan fitrah semulajadi

Kalau ia tidak ditunjang oleh iman pahalanya tidak ada, di Akhirat masuk Neraka

Oleh itu kebaikan itu biarlah berdasarkan iman bukan berdasarkan perikemanusiaan atau perasaan

Di akhir zaman ini kebaikan atas dasar kemanusiaan pun sudah tidak ada


No comments: