Semua bayi tidak dapat lari dari masalah jangkitan kulit. Ia adalah perkara normal dan anda perlu menanganinya dengan betul.
Kebanyakkan jangkitan kulit berpunca daripada kuman dan bakteria. Jangkitan berlaku apabila kuman tersebut menyebabkan gangguan terhadap tubuh bayi. Malah, jangkitan ini juga boleh menular dan menjangkiti bayi lain.
Berikut antara empat jenis jangkitan kulit yang sering menyerang golongan bayi.
Molluscum Cantagiosum
- Jangkitan ini berlaku apabila timbulnya bintik-bintik bewarna coklat muda pada kulit bayi. Bintik-bintik itu semakin banyak dan timbulnya mungkin dalam keadaan berkumpulan atau berkelompok. Selalunya ia muncul dibahagian dada dan punggung.
Apabila bintik-bintik ini dipicit, keluar air yang bewarna putih kekuningan. Adakalanya bintik ini boleh membesar sehingga satu sentimeter.
Dari segi saintifik, keadaan jangkitan kulit begini disebut sebagai 'molluscum contagiosum' dan sifatnya boleh berjangkit kepada orang lain. Ia penyakit kulit yang biasa berlaku disebabkan oleh 'poxvirus' malah juga boleh menjangkiti orang dewasa.
Selalunya, kuman yang menyebabkan jangkitan ini akan berjangkit melalui sentuhan secara lansung atau tidak lansung seperti berkongsi air mandian. Jangan risau. Jangkitan ini bersifat ringan dan mudah hilang tanpa meninggalkan bekas. Yang penting, elakkan bayi daripada menggaru atau mengopek bintik tersebut kerana ia boleh menyebabkan kuman lain menjangkiti kulit dan meninggalkan bekas pada kulit bayi. Ubat sapu yang diberikan doktor akan membantu menghilangkan jangkitan ini.
Viral Warts
- Juga dikenali sebagai kutil virus. Timbulnya satu bintik yang membesar contohnya pada tapak kaki yang boleh menyebabkan ras sakit apabila dipijak atau dibawa berjalan.
Bentuk kutil terdiri daripada pelbagai jenis. Ia adalah lapisan luar kulit yang tumbuh secara berlebihan disebabkan kuman 'human papillomavirus'. Virus ini mampu menular dan bersifat sembuh sendirinya. Namun pada sesetengah kes, kutil ini mampu bertahan lama dan semakin membesar hingga memerlukan rawatan pakar kesihatan.
Impetigo
- Kulit bayi ditumbuhi bintik halus yang berair seperti cacar. Apabila ia pecah, ia akan meninggalkan kesan seperti parut bewarna kekuningan. Anda mungkin risau kerana menganggapnya seperti cacar, tetapi bukan sebaliknya salah satu jangkitan kulit yang dikenali sebagai impetigo.
Ia adalah jangkitan pada permukaan kulit dan boleh berjangkit melalui sentuhan secara lansung. Malah, kuman yang menyebabkan jangkitan ini juga boleh bersarang pada bahagian dalam hidung hingga menimbulkan rasa sukar untuk bernafas.Gejala awal ditandai dengan munculnya gelembung kecil pada kulit yang turut disertai dengan gejala lain seperti demam, bayi kerap meragam kerana rasa tidak selesa dan pertumbuhan gegelembung yang semakin bertambah. Jangkitan ini mudah berlaku pada bahagian mulut, hidung dan dipelipatan anggota badan yang mudah berpeluh.
Pemeriksaan dan rawatan doktor adalah perlu untuk pemberian ubat-ubatan bagi menghilangkan bakteria yang menjadi penyebab kepada jangkitan ini.
Kulat
- Sewaktu menyikat rambut bayi, anda perasan terdapat rekahan seperti kulit kering atau sel mati pada kulit kepala sikecil? Malah, rambut sikecil anda juga semakin banyak gugur. Ia adalah jangkitan kulat dan jangkitan ini boleh menjadi semakin bertambah dan ketara jika tidak diatasi.
Keadaan ini tidak akan sembuh hanya dengan menggunakan syampu atau minyakk bayi semata-mata. Anda perlu beri perhatian apatah lagi jika jangkitan ini mula menyebabkan kepala bayi anda menjadi botak dan kulit kepala berkerak atau mengelupas.
Bawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan bagi pemberian ubat yang bersesuaian dengan tahap jangkitan pada bayi anda.
salah satu simptom penyakit kulit |
2 comments:
bila ada baby..memang kena hati-hati..takut terkena jangkitan
btul tu kak ina... terima kasih sudi blog saya =)
Post a Comment