Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Wednesday, November 5, 2014

Page FB (Facebook)

Hmmm nak war war kan kat sini pasal page aku kat facebook. Dah lama bersawang page tu aku tak buka. Hehehe... Ok sekarang aku da insaf.. Buka balik page tu untuk jualan kain dan juga bahan-bahan untuk jahit manik atau lace kat baju..

Selalunya aku jahit manik kat baju orang.. Tapi kali ni aku still ambik tempahan... Tapi dalam masa yang sama aku jual material yang aku selalu pakai untuk jahit manik tu... Ok tak? Hehe... Kalau nak mintak tolong aku matchingkan dengan kain yang korang nak manikkan tu boleh jugak. I`ll try my best. Cewah....

So.. Jemputlah ke laman page aku kat facebook tu yer... Page aku butik aryan qaisara


Ni page aku

Jemputlah cuci-cuci mata dan shopping sekali.. Hehe.. Support me please... Hik hik...

Sebarang pertanyaan korang boleh la pm page tu atau kat facebook aku atau email pon boleh adriea@gmail.com

Sunday, November 2, 2014

hello!

Assalamualaikum... Fuh lama betul aku tak menaip kat blog ni.. Sejak adanya zamir aryan... Memang susah aku nak ngadap lama-lama alam maya ni. Online pon banyak dekat facebook dengan whatsapp..

Tapi blog ni aku buka juga kadang.kadang.. Tak pon jaghang-jaghang... Hehehe... Blog walking pon ade gak... Tu pon cari resepi.. Keh keh keh... Ni pon masa aku tengah menaip ni pon aryan dok kacau aku.. Aduhai... Diam tak diam aryan da berusia 16 bulan..



Macam-macam benda dia da pandai.. Tapi bab nak makan tu cerewet sikit.. Huhu layan kan aje la.. Gigi pon da banyak tumbuh. Nak menggigit aje taunya.. Stress mak!! Sekarang ni dia kuat meragam sikit.. Nak ade seseorang duduk dekat dengan dia je.. Kalau aku dengan dia je kat rumah.. Terpaksa la aku ngadap dia jer kat ruang tamu ni. Kalau nak buat keje kat dapur.. Terpaksa laaa aku dengar bunyi siren dia.. Adoiiii stress mak! Lagi sekali... Huhuhu... Ni baru sorang... Da banyak stress.. Ahaha poyo la ibu ni... Actually .. Bila da jadi seorang ibu.. secara tak lansung akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih penyabar. Agak-agak bila rasa nak jadi hulk tu.. Cepat-cepat la beristighfar banyak-banyak. Kalau tak sabar..silap hari bulan tangan melekap kat badan sikecik tu.. Aduhai kesian kat dia.. Da la kecik.. Dia takan balas balik pon kalau kita pukul dia.. Tak ke dosa free je kita dapat?

Diam tak diam.. Sekarang ni da masuk bulan november. Bulan depan da december. Birthday aku la tu.. Huahua... Lama betul nak tunggu tarikh keramat... Hahaha.. Actually .. Sejak kawin ni .. Kitorang takde pon nak celebrate apa-apa hari kejadian. Cukup la sekadar memperingati. Birthday aryan pon aku tak buat. Sebab rasanya bukan satu keperluan sangat pon..
Kalau nak buat pon... Buat kenduri kesyukuran je la.. 

Aduh .. Rasa macam banyak benda nak tulis.. Tapi tak tau nak cerita macamana.. Simpan aje la cerita-cerita yang lepas... Aku cerita bab yang akan datang nanti je la yer... Hehehe.. 

Ok jumpa next entry nanti.. Harap-harap penyakit malas tak merebak lagi.. 

Friday, April 4, 2014

update

Uish... Lamanya la tak menaip kat sini. Aryan pun da umo nak masuk 10 bulan.. Aik kejapnya kan? Tu la.. Diam tak diam.. Da beso da dia.. Akal pon makin berkembang. Da pandai gerak2 kan badan macam menari bila dengar lagu kat baby tv.. Haha kelako je aku tengok. Nasib baik comel.. Hihi..
Gigi pon da tumbuh 3 batang. Nasib la.. Nak mengigit je kejenya skang ni. Macam-macam aksi yang dia da pandai buat. Nak citer satu-satu ibunya malas.. Hihihi.. Tapi satu je tak banyak berubah aryan ni. Nak melekap je manjang ngan ibu tau. Agak susah bagi ibu nak buat keje. Huhu.. Jahit manik pon cecuri masa. *eh ade ke ayat cecuri? Haha..
Ni pon aku dapat naip kat sini sebab dia da tido. Itu pon banyak kali terjaga tadi masa aku sidai kain ngan kemas-kemas umah sket. Dia bukan boleh dengar bunyi bising sikit.gerenti akan terjaga.. Aduhai..
Aku ingat nak menjahit manik jap lagi. Pastu kemas-kemas bilik jait aku yang da macam kapal terbalik da. Eh bercakap pasal kapal.. Hari ni genap da kapal terbang mas mh370 hilang. Sedihnya la bila tengok berita pasal plane ni..takde lagi jumpa serpihan kat lautan hindi tu. Tah2 kapal terbang tu tak terhempas kan? Mana la tau... Kot2 dia ade kat somewhere yang kita tak jangkakan... Semoga Allah permudahkan misi mencari mh370... Amin..
Eh sebelum lupa.. Aku nak informkan ... Umah kitorang dkt melaka dah ade penyewa. Hari tu tak sampai sehari pon letak iklan depan rumah.. Dah ade org call nak check in sewa.. Kalau letak kat facebook ramai yang rajin suh pm je. Da macam jual tudung lak. Fedap aku nak layan. Hahaha..
Eh da macam-macam citer lak yang masuk dalam entry ni ek. Hehe... Janji aku update gak kan.. Raya puasa da nak dekat ni. Kalau rasa nak pakai baju raya yang menarik sket taun ni.. Meh bagi aku jait manik kat baju tu. Tak pun tambah lace ke. Ade macam-macam patern lace skang ni. Harap-harap aku sempat jait lace kat baju raya aku taun ni.. Weehuu...
Sebarang pertanyaan korang boleh send kat email aku yer adriea@gmail.com

*psttt kalau rasa korang ade berhutang ngan org.. Cepat langsaikan... Kalau tak mampu bayar sekali harung.. Bayar la secara ansuran.. Jgn la senyap je terus.. Aku x lupa bab hutang ni.. Opsss..

Thursday, January 16, 2014

homestay berhampiran teluk kemang, port dickson


Pada korang yang bercuti di port dickson dan mencari tempat penginapan, ada sebuah homestay yang sesuai untuk disewa.

Antara kelebihan yang ada kat homestay ni lokasi adalah berhampiran dengan :-

1. PD ostrich farm ( 2 min perjalanan)
2. Pantai Teluk Kemang (5 min perjalanan)
3. Pantai Lagun Biru (10 min perjalanan)
Banyak lagi pantai peranginan yang berdekatan dengan homestay

Dan antara kemudahan yang terdapat dalam homestay ni :-

1. 3 bilik tidur (Master bedroom dilengkapi dengan aircond)
2. Ruang tamu dan ruang makan yang selesa
3. Ruang dapur untuk memasak
4. Tempat parking yang luas

Alamat homestay adalah seperti berikut :-

No. 86, Jalan 3/5
Taman Intan Perdana
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

Untuk tempahan sila hubungi

1. Nomie (018-3102667)
Atau
2. Yana (012-2976076)

Sunday, January 5, 2014

6 months

Alhamdulillah... Aryan da berumur 6 bulan.. Tapi sebenarnya da nak masuk 7 bulan dah januari ni. Cepat jer masa berlalu.. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih Allah diatas peluang yang telah engkau berikan ini..

Dalam masa yang sama.. Arwah kakak aryan pon da nak masuk umur 2 tahun bulan ni.. Kalau arwah qaisara ade.. Mesti dia tengah main2 dengan aryan sekarang.. Rumah abah ngan ibu mesti lagi meriah :)

Tapi walaupun qaisara takde.. Qaisara tetap dalam hati kami berdua..

Berbalik pada aryan.. Aku bersyukur sangat bila dapat melihat kehebatan kekuasaan Allah didepan mata aku sendiri.. Bila mana aku dapat tengok aryan pandai buat macam-macam ikut perkembangan bayi.. Syukur...syukur ya Allah.. Bertapa besarnya kuasaMu.. Bila seorang bayi pandai melakukan sesuatu perkara tanpa diajar.. Dari lahir aryan dengan sendirinya pandai menghisap susu.. Sampai la sekarang dia da pandai merangkak.. Respon aryan sangat positif. Bila aku panggil nama dia.. Dia pandang dan bunyikan suara seraya menyahut. Hihi comel anak ibu.. Pantang aku hilang dari pandangan.. Mula la dia bising.

Zamir aryan.. Ibu sayang sangat padamu..

Skang ni disamping pandai merangkak.. Aryan da pandai berdiri kat tepi-tepi sofa.. Berpaut kat kabinet tv.. Berdiri tepi baby court dia... Allah.... Risau ibu tengok bila dia suka lepaskan tangan bila berdiri macam tu. Dah tentunya dia akan jatuh terlentang. Da nak berjalan ke anak ibu ni... Gigi pon tak tumbuh lagi.. Hihi.. Tapi pantang tengok orang mengunyah.. Mesti dia nak mengendeng sama.. Hehe..

Tahun 2013 da meninggalkan kita... Ramai orang memasang azam baru. Aku pon ade azam gak.. Tapi lebih kepada impian... Tau sendiri cukup la.. Tak yah kongsi pun takpe kan.. Sebab kena berusaha sendiri gak nanti.. Hihi.. Semoga Allah izinkan.. Ok lah.. Nanti aku sambung next entry lak.. Sebelum tu... Terima la senyuman dar aryan ni... Hehe ... Peace!