Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Wednesday, December 28, 2011

35 Weeks


huhu da lame tak pot pet kat sini kan... mood pon da rasa lain.. da masuk 35 minggu tempoh hamil aku.. insyaAllah minggu depan da masuk tempoh matang... isnin lepas aku pegi scan kat klinik swasta. tak puas hati masa scan kat KK Sitiawan sebab aku tak dapat tengok.. hihi.. masa scan kat Klinik Yasmin, aku dapat tengok puas-puas.. weee.. comei anak ibu.. kepala da kat bawah.. jantina pon confirm la kot.. sebab 2 kali da tengok jantina yang sama.. hehehe... nak tau?? supriseeee :P

so, doctor Yasmin suh aku standby jer minggu depan.. anytime baby leh deliver... walaupun due datenya hujung bulan januari.. skang ni pon rasa tak larat sangat nak jalan.. sakit kat ari-ari... huuuu~ tapi aku kuatkan jugak nak berjalan kalau rasa nak beli barang yang aku nak beli... thehehe... 

adeh.. ok la.. udah tak larat nak ngomel panjang-panjang... korang doakan semoga semuanya dipermudahkan ek.. dan semoga semuanya selamat... tenkiu... 

Thursday, December 22, 2011

Kain Bengkung Semasa Berpantang


wee.. kain bengkung aku da siap di jahit oleh kak long... thanx kak long... skang tunggu kak long pos kan jer ke manjung ni.. tapi dia tengah dok siapkan barut baby, kain bedung, ngan set sarung tilam for my baby... ihiks... kak long memang amik tempahan untuk buat barang-barang tu semua.. yang bestnya.. bole buat pemilihan kain mengikut cita rasa kita sendiri.. nanti kalau barang-barang tu da sampai, aku kasi update ek ;) 
mane la tau kalau korang pon terbekenan.. sebab harga adalah sangat berbaloi =)

*34wks.. da mula sakit-sakit kat bawah tu.. huhuhuhuh.. sabarlah wahai hati.. 

Tuesday, December 20, 2011

Tip Ibu Hamil lagi... - Tip cara uruskan uri bayi

rasanya tak ramai yang tau macamana nak uruskan uri bayi yang baru lahirkan.. macam aku ngan hubby la kot.. thehe... kat sini aku kongsikan ngan korang tip yang aku dapat dari majalah wanita keluaran terbaru ni.. dari situ dia bagitau..

- Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

- Basuh uri dengan bersih menggunakan air paip atau sungai yang mengalir sehingga tiada kesan darah yang melekat.

- Selepas itu, bilas dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.

- Letakkan uri yang telah dibersihkan di atas kain kapas putih yang bersih.

- Taburkan sedikit garam kasar bersama asam keping di atas uri berkenaan.

- Bungkus uri dengan kemas dan ikat ketat.

- Gali lubang tanah kira-kira satu kaki setengah (saiz muat untuk uri berkenaan sahaja. Jangan terlalu besar)

- Alaskan dasar lubang dengan papan atau bahan yang mudah reput (boleh juga gunakan tempurung kelapa)

- Setelah itu timbus tanah dan ratakan. Pastikan lubang yang digali tadi mengharap kearah kiblat)

- Akhiri proses dengan surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq serta Al-Ikhlas seterusnya panjatkan doa pada Nya agar bayi kita terlindung dari sebarang gangguan dan penyakit.

semoga kita sama-sama dapat amalkan.. kalau ada tip atau petua lain.. kongsi-kongsikan la dekat comment box tu ek ;)

*huhu tak sanggup nak letak gambor uri lam entry ni..

Monday, December 19, 2011

Kenapa Aku Sibuk ...

eh sebelum aku start cerita untuk entry baru ni.. ada sedikit keriru ngan blur bila bukak blog aku ni... layout suda baru... huhuhu... cantik.. tapi wa redah jer la... baca tu sket.. baca ni sket... ok da paham.. ok lets start!!!

dua tiga hari ni aku adalah sibuk sampai tak terupdate blog aku.. huhuhu.. antara kesibukan aku..

 jadi mandor kepada budak-budak ni ngemas laman rumah mak a.k.a opah dorang... hehe

 sabtu.. kitorang adik beradik kat umah ni gotong royong masak bubur ashura... sedap beb..

 fuhh panas lagi tuuu.. alhamdulillah dapat diagih-agihkan kepada yang berkenaan..

 then ... ahad.. pegi kenduri kawin kat beruas lak.. ikut jugakk mak yong ni.. selagi terdaya katanya..

 petang ahad..berkelah ngan adik beradik serta anak-anak sedara kat Teluk Batik.. still ikut lagiiii... =D heee..

 ade hajat nape aku ikut pegi Teluk Batik tu.. sebab ni la.. nak makan aiskrim roti.. haha.. sedap gilossss

 anak beranak ni tak hengat donia kalau dapat berendam.. hahah

then today.. pagi tadi teman kakak aku bawak mak g HAT.. untuk tengok result test blood dia minggu lepas. alhamdulillah semuanya thumbs up! rajin makan ubat yer mak... *mak yong bila dok manjung kulit die jadi tinted sket.. ehh lengan baju tu yang besar ekkk... *berusaha untuk explain tu.. hahah..

apa-apa pun.. aku bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan kesihatan yang baik setakat ini... Thank You Allah... 21hb Dec ni siap la pegi check up lagi.. risau berat bertambah ngan mendadaknya jer.... huhuhu..

Semoga dipermudahkan segala urusan kupinta padamu Ya Allah kekasihku..

Thursday, December 15, 2011

Tip Ibu Hamil : Tip Semasa Memandu


Kali ni aku kongsikan pulak mengenai cara-cara yang bersesuaian untuk ibu hamil.

Bagi golongan ibu hamil yang memandu kereta, keadaan fizikal ibu hamil adakalanya mengganggu keselesaan sewaktu memandu kenderaan. Sebenarnya, tiada masalah untuk wanita memandu sewaktu hamil selagi ia menjaga segala risiko yang boleh mendatangkan bahaya terhadap diri dan kandungannya.

Perlu juga anda ketahui bagaimana mengatasi masalah yang timbul ketika memandu berkaitan dengan kehamilan anda. Berikut antara tip yang boleh anda gunakan sewaktu memandu kenderaan ketika hamil.

Trimester Pertama

Selalunya pada peringkat awal kehamilan ini, anda mengalami gejala morning sickness. Keadaan tubuh yang tidak sihat ditambah dengan gejala mual, muntah dan pening, sebaiknya anda tidak memandu sendirian ketika ini.

Seelok-eloknya langkah yang perlu anda ambil adalah seperti berikut :-

1. Makan terlebih dahulu walaupun sedikit sebelum memandu. Jika tidak, perut yang kosong boleh menyebabkan anda mual ketika memandu tambahan pula apabila terkena penghawa dingin dalam kereta.

2. Sediakan air dan makanan ringan dalam kenderaan.

3. Anda juga boleh makan gula-gula atau chewing gum daripada halia ketika memandu untuk menghilangkan rasa mula.

4. Sediakan plastik beg dalam kenderaan untuk kecemasan jika anda muntah.

5. Sewaktu memandu jika tiba-tiba anda rasa pening atau mual ingin muntah, segera perlahankan kenderaan dan berhenti ditepi jalan yang selamat. Berehat seketika sebelum memulakan perjalanan semula.

6. Jika keadaan anda teruk dan gejala yang dialami tidak hilang, jangan teruskan pemanduan. Hubungi keluarga atau kenalan untuk datang membantu anda.

Trimester Kedua

1. Jika anda bercadang mahu memandu untuk suatu perjalanan yang jauh dan memakan waktu yang lama, sebaiknya dapatkan dulu pemeriksaan kesihatan dan kandungan anda agar tiada sebarang masalah yang timbul.

2. Berhentilah seketika jika terasa tulang belakang anda mula sakit.

3. Jika otot atau sendi andamula terasa pegal dan ngilu, berhenti seketika dan bawalah berjalan atau lakukan sedikit senaman regangan yang membantu menenangkan tubuh.

Trimester Ketiga

1. Letakkan bantal kecik dibelakang anda sewaktu memandu untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa pegal dan sakit belakang.

2. Jika anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan anda mulai letih, carilah tempat perhentian. Jalan yang sesak boleh membuat anda letih, otot kekejangan dan stress.

3. Ketika memandu dan tiba-tiba anda mengalami kontraksi ringan, berhenti sebentar. Turunkan tempat duduk agar anda dapat berbaring dan berehak seketika hingga anda rasa kontraksi itu hilang sebelum menyambung semula pemanduan. Jika kontraksi tidak hilang, segera dapatkan bantuan orang lain untuk mengambil anda.

4. Elakkan perut terlalu rapat dengan stereng. Pastikan kaki boleh menekan pedal sepenuhnya.

Selamat mencuba!

*masa dekat kem hari tu.. kalau hubby pegi operasi atau outstation.. memang aku drive sorang-sorang... selagi terdaya.. memang aku lakukan sendiri.. =)

Wednesday, December 14, 2011

Rindu Kamu....




dah lebih 32 jam tak mendapat berita dari kamu...
aku jadi rindu..

banyakkkk sangat..
semoga Allah melindungi kamu disana..


hari ni kebizian sampai tak sempat nak update blog..
mak yong bz buat hape la tu kan.. hehehe..
*kaki membengkak tanpa mengira waktu..
time tido pon rasa sengal-sengal dekat kaki..
Ya Allah.. permudahkanlah segalanya..
aku terima semua ini dengan redha..
*macam lari dari tajuk entry jer ni..
tapi aku tetap rindu tebal-tebal dekat kamu...
anak yang dalam perut ini juga rindu pada kamu...
kami rindu kamu.... darling..


Tuesday, December 13, 2011

Tip Hamil : Masalah Kulit


eheh... jangan marah.. kali ni banyak lak entry berkenaan dengan tip-tip ibu hamilkan.. mesti la.. sebab aku tengah mengandung sekarang.. adalah lebih afdhal kalau aku kongsi tip-tip yang aku tahu... nanti da dapat baby, aku kongsi lak tip penjagaan bayi lak yer... hihih.. tapi semua tip ni berdasarkan buku yang banyak aku baca..

oke taknak bebel panjang-panjang sangat... kali ni aku kongsi pasal tip masalah kulit ibu yang sedang hamil.. pasti ramai yang mempunyai masalah ni.. termasuk la aku... dalam buku tu kata...

Perubahan hormon semasa hamil menjadikan tubuh mengalami pelbagai gejala dan simptom kehamilan. antaranya ialah masalah kulit. Berikut tip dan panduan yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan masalah ini.

Wajah berminyak - Ada wanita ketika hamil tiba-tiba mengalami masalah kulit berminyak dan mennjadikan wajah dipenuhi jerawat. Amalkan membasuh wajah secara rutin dua kali sehari menggunakan sebarang bahan pewangi atau alkohol.

Pigmentasi - Ramai wanita menghadapi masalah ini ketika hamil dan selalunya ia akan hilang setelah anda melahirkan bayi. Anda boleh cuba menggunakan krim pelindung ultraviolet untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Kulit kering dan gatal - Masalah ini disebabkan oleh kulit yang merengang akibat kandungan yang semakin membesar. Jika terasa gatal, elakkan menggaru dengan kuku, sebaliknya usaplah dengan kain lembut hingga hilang rasa gatal. Sapukan minyak bayi pada bahagian kulit yang kering untuk mengekalkan kelembapannya.

Rekahan - Inilah masalah yang paling merisaukan wanita hamil kerana kesan rekahan ini tidak mudah hilang selepas melahirkan. Kawasan yang biasa berlaku rekahan adalah dipayudara, perut, paha dan pinggul. Rajinlah melakukan urutan menggunakan minyak atau pelembap yang sesuai dikawasan tersebut untuk membantu mengurangkan kesan rekahan ini.

Urat Simpul - Timbulnya urat-urat halus dipermukaan kulit berlaku kerana tekanan yang berat pada urat darah akibat beban kandungan yang dibawa. Untuk mengatasinya, cuba elakkan berjalan kaki atau berdiri terlalu lama. Elakkan kaki berada dalam keadaan tergantung.

*pstttt.... aku dengar minyak bio oil bole membantu mengatasi masalah kulit ni... nanti mau try test la... heeee.... selamat mencuba!

Tips Hamil : Tip Mudah Tidur



Thanx to cik google for the picture

Semakin besar usia kandungan, semakin sukar untuk ibu hamil mendapatkan tidur yang selesa. Dengan keadaan perut yang semakin membesar dan menekan abdomen disekelilingnya, ditambah dengan gejala-gejala normal sepanjang kehamilan seperti pedih ulu hati, sesak nafas, kerap buang air, kram dan sebagainya antara gangguan yang membuat ibu hamil sukar mendapat tidur yang lena.

Berikut antara tip yang boleh anda cuba untuk membantu anda agar lebih selesa dan mendapatkan tidur yang lena ketika hamil.

1. Sebelum tidur, minumlah segelas susu suam. Ia membantu anda berasa lebih selesa untuk tidur lena.

2. Elakkan makan sebelum tidur terutama makanan bergoreng dan pedas.

3. Tinggikan sedikit kepala dengan menambahkan bantal.

4. Jika terasa kaki anda kram, bawa berjalan sebentar di sekitar bilik untuk meredakan kekejangan sebelum menyambung tidur.

5. Masuk ke bilik dengan satu tujuan iaitu tidur. Elakkan berada dibilik tidur untuk makan, menonton tv atau menyiapkan kerja pejabat.

6. Jangan memikirkan pelbagai masalah sewaktu hendak mula tidur.

7. Elakkan melakukan senaman sebelum masuk tidur. Senaman seeloknya dibuat pada waktu pagi atau siang, bukan malam hari.

8. Elakkan minuman berkafein yang boleh menyukarkan mata untuk lelap.

9. Sokong belakang badan dengan beberapa biji bantal atau baring mengiring dengan satu kaki dibengkokkan dan disokong dengan bantal. Ia memberi keselesaan untuk anda tidur.

POSISI TIDUR

Sukar tidur kerana pelbagai faktor kehamilan memang biasa dihadapi. Oleh itu, anda haruslah berusaha mencari gaya yang sesuai dan mampu memberi keselesaan kepada anda kerana tidur yang cukup juga penting dalam menjaga kesihatan sewaktu sedang hamil.

Sebahagian pakar menganjurkan apabila usia kehamilan memasuki 16 minggu, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi miring kebahagian kiri. Posisi ini dikatakan memberi faedah terhadap bayi disebabkan plasenta mendapat aliran darah dan nutrisi yang maksimum selain membantu ginjal membuang sisa bahan yang tidak diperlukan dari tubuh ibu sekaligus membantu mengurangkan risiko pembengkakan.

Selain itu, tidur miring dengan meletakkan bantal pada sisi perut dan di punggung juga membantu anda mendapatkan tidur yang lena. Anda juga boleh mendapatkan bantal yang direka khas untuk wanita hamil bagi tujuan ini.

selesa ke bantal macam ni ek? aku guna bantal biasa jer..

atas tu adalah salah sedikit info yang aku ingin kongsi ngan korang melalui majalah Bakal Ibu. *niat aku memang nak kongsi ngan korang pon dari apa yang aku baca =)

setiap malam kalau nak memulakan intro tido tu memang jadi masalah kat aku.. pusing kiri tak kena.. pusing kanan tak kena.. terlentang lak asik kene kick ngan baby.. haha... tapi lama-lama aku tertidur gak... memang aku sokongkan bantal didepan dan belakang aku kalau aku tidur mengiring.. *aku banyak tidur mengiring kekanan.. sebab rasa selesa macam tu.. tapi terpulang pada keselesaan masing-masing la ek... belum lagi aku sampai tahap tidur sambil duduk.... huhu

*happy reading to all mommies... next tips ape pulak yang aku nak kongsikan? tungguuuuu... =)

Nuffnang

mail from nuffnang... tak salahkan aku tunjuk mail aku kat sini.. =)

sejak berblogging ni... ni la kali pertama aku nak cash out duit dari Nuffnang.. excited kot.. sebab baru 1st time buat. sape kata berblog tak mendatangkan hasil? no no no.... salah tanggapan tu.. melainkan kalau blog dia saja-saja nak cerita la without side income yang macam aku ngan blogger lain buat ni kan... so.. sekarang aku tengah excited tunggu cek dari nuffnang sampai.. walaupon tak banyak.. tapi... sape mau bagi duit macam tu jer bebbb... hehehe....

die panggil aku nor sbb nama aku pangkal die nor laaa... jangan felik hoke!!! hehehhe

*thnx to farahnaz anwar for replying my email =)


Monday, December 12, 2011

Hasil Borongan bukan barongan


tah ape-ape jer tajuk entry... hahaha *golak sendiri ..



semenjak dua menjak ni aku amat laaa admire dengan nak mendeco umah aku style english.. selalu gak menjengah kat internet barang-barang yang boleh masuk ngan english style ni... terdetik gak hati nak beli cushion cover ala-ala quilt ... da banyak yang aku tengok-tengok... akhirnya aku beli terjumpa kat pasar malam.. terus aku beli tanpa banyak berfikir.. haha.. 4 pcs ni aku hanya bayar tak sampai RM50... baca sekali lagi... tak sampai RM50 hoke... sebab kalau tengok online shop... harga memang laaaa jauh berbeza sekali..


lagi satu aku beli quilt utk baby aku la.. weee somel sangat... yg ni ponnn tak sampai RM50.. hehehe... abis bayar.. aku balik dengan senang hati.. heeee *sengeh sampai telinga..

sekian dari bilik berita pelaburan saya malam ini.. *tetiba ter'saya' plak...


Tips Hamil : Masalah Bengkak Kaki


Kaki bengkak memang masalah biasa bagi wanita hamil. Kaki mudah bengkak kerana harus menanggung beban tubuh yang bertambah kerana faktor kehamilan. Berikut antara tip yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah ini.

1. Manjakan kaki anda. Bagaimana? Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan paha.Ulangi selama beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Selepas itu, amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang dicampur sedikit garam atau limau nipis.

2. Rajin mengurut lembut kaki dengan cara menekan tapak kaki menggunakan minyak bayi atau losyen setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus menjaga kesihatan kaki sepanjang kehamilan.

3. Dapatkan pemeriksaan doktor jika masalah bengkak kaki yang anda alami agak berlainan disamping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih dari 1kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana dikhuatiri ia disebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan.

4. Letakkan kaki diatas bantal semasa berbaring atau berehat. Tidur dengan pelbagai posisi, elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah.

5. Jangan berdiri atau duduk dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama. Banyakkan bergerak supaya pengaliran darah tidak terganggu. Amalkan senaman secara teratur juga membantu.

6. Gunakan kasut tumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki.

7. Banyakkan berehat terutama jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti untuk setiap 10 minit sekali bagi merehatkan tubuh untuk melancarkan sistem perjalanan darah.

8. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.

ni lah salah sedikit info yang aku copy dari majalah Bakal Ibu... aku ikut gak tip-tip yang ada ni.. berkesan gak.. terutama yang dia suh urut-urut sket kaki tu... memang kurang sket bengkak..
*kaki aku memang cepat bengkak la skang ni.. huhu... 33 wks...

Friday, December 9, 2011

Durian Oh Durian

durian yang diberi oleh abg ipar from taiping with love

terliur tak nengok gambar durian tu? agak-agak.. melompat-lompat tak isi perut korang mintak disuapkan isi durian ni? huhu... kalau aku.. aku nengok durian ni ngan takde perasaan pun.. padahal aku yang snap gambar ni.. hehe... yes.. siyes! aku tak makan durian mentah sejak azali lagi... *tiba-tiba teringat lagu cinta azali from nurul.. teeettt!!
bau durian ni pon buat aku leh pening gilos.. kadang-kadang sampai kene telan panadol untuk bagi ilang pening aku tu...
sebab musabab aku tak makan durian ni adalah kerana bau ngan rasa dia... bau da macam bau gas tong gas tu je aku rasa... rasa durian ni plak.. macam pahit jer.. tak best pon... wahhh kekwat!!! ampunnnn para pengemar durian semua.. hehehe..

bukan aku belagak taknak makan.. tapi memang tak leh nak masuk lansung... masa arwah bapak aku ade dulu, dia siap pegang tangan aku.. pas tu sumbat-sumbat durian ni lam mulut aku.. *giler kejam.. tapi kejam-kejam manja la.. eheks.. of kos la aku muntah trus durian tuuu... huhuhu... tapi sekarang bila da berumahtangga, hubby aku lak peminat durian yang tegarrrrr... gila doyan die tu.. huhu.. but still respect kat wife dia ni... dia tak makan pon durian depan aku... *cayang daling..

but.. kalau durian ni di masak jadi serawa... pehhh... memang aku makan... hahahaha jom gelak sama-samaaa... cicah pulak dengan lempeng kosong atau roti gardenia *tiba-tiba terpomot lakk roti ni.. fuhhhhh memang berkeping-keping aku makan.. ye la.. serawa tu kan da masak guna santan ngan gula.. of kos la ilang sket rasa ngan bau dia yang asli... sebab tu sodap... hehehe..

so, pas ni kalau nak bagi aku durian... sila bagi pada hubby aku.. sebab.. kompom die leh abiskan..

*hubby ade ati nak ajo anak die makan durian nanti... cet!

Pembantu aku

dok kat umah ni memang aku memerlukan pembantu.. sebelum ni memang takde.. tapi skang ni ade dah.. senang 'sikit' la keje aku kat umah ni.. suruh je pembantu aku buat itu ini.. mesti dia bertindak mengikut arahan..

ni la pembantu aku tu.. akma namanya.. haha... anak buah aku daaa... tapi memang kurang sikit penat aku time masak kat dapo.. agaknya dia suka masak-masak kot? tak pon nak bodek guna laptop aku... hahaha... tak kisah la kema.. janji ko tolong acu kat dapo.. adakalanya tolong urut-urut kaki acu ni.. habuannya tu la.. dok guna laptop aku.. main game kat fb.. sambil dipantau oleh aku la.. sebab dok lam bilik aku pon... nanti hujung bulan ni dia ngan ibu serta 2 orang adik dia da nak balik temerloh dah.. cuti sekolah abis daaa... haishhh.. da takde pembantu da aku... huhu...

Tips untuk ibu hamil lagi [Atasi Pedih Ulu Hati]

*gambar ihsan dari akak google =)

salunya ni la masalah ibu mengandung yang perit sket kan... kat sini aku nak kongsi tips yang ada dalam buku ibu hamil yang ada kat tangan aku ni.. mudah-mudahan ibu diluar sana dapat jugak info tentang pedih ulu hati ni.. sharing is caring =)

Pedih ulu hati antara gejala yang sinonim menyerang golongan wanita hamil. selain disebabkan oleh perubahan hormon dan fizikal, faktor lain yang mendorong keadaan ini ialah kerana refleksi asid dalam perut atau masalah menghadaman makanan.

Berikut tip yang boleh anda cuba bagi mengatasi keadaan ini.

- Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. elakkan makan dalam jumlah banyak atau sehingga terlalu kenyang kerana ia mudah membuat anda mengalami pedih ulu hati.

- Pastikan anda mengunyah makanan hingga benar-benar hancur sebelum menelannya.

- Elakkan berbaring sejurus selepas makan.

- Elakkan makanan yang pedas dan berminyak serta minuman bergas atau berkafein kerana ia mengambil waktu yang lama untuk menghadam.

- Elakkan makan berselang seli dengan minum air. minum selepas menghabiskan makanan.

- Bila terasa pedih ulu hati, cuba kaedah ini. Berada dalam keadaan posisi seperti mahu merangkak dengan kedua tapak tangan dan lutut berada di atas lantai. biarkan seketika. posisi ini dengan bantuan tarikan graviti akan memudahkan perjalanan makanan dalam perut dan mengurangkan rasa pedih tersebut.

- Semasa tidur, gunakan bantal untuk menyokong bahagian kepala dan belakang agar bahagian badan dan kepala sedikit tinggi supaya makanan mudah dihadam. Elakkan tidur diatas permukaan yang rata begitu sahaja.

- Jangan memakai pakaian yang ketat terutama pada bahagian perut dan dada.

ini la sedikit sebanyak informasi yang boleh aku kongsikan.. selamat mencuba mommys sekalian ;)

Wednesday, December 7, 2011

Check up lagi...

pagi ni pegi check up kat Klinik Kesihatan Dato' Sri Kamaruddin lagi.. aku amik appointment pukul 8am.. selalunya pegi jam 10am... ingatkan pegi awal dapat abis awal.. tapi same jerr... ramai betul ibu-ibu mengandung kat sini ek.. syukurr... hehehe

kali ni aku pergi sambil dihantar oleh kakak aku.. kak ana.. alhamdulillah... hari tu naik moto je.. huhu.. keputusan semuanya ok.. alhamdulillah lagi sekali.. nanti next 2 weeks datang lagi... pas tu pegi scan lak.. =)

balik dari klinik aku ikut kak ana pegi HAT lak.. bawak anaknya demam.. bengkak-bengkak kaki haku ni.. haha.. takpe.. aku temani jua.. balik umah terus pensan... =D

hari ni genap aku 32 weeks.. dalam kiraan bulan.. dah menuju ke angka 8... huhu kejap je masa berlalu kan...

lampin dengan baju baby tak basuh lagi ni.. huhu.. ok esok aku basuh! =D

*terbz pulak ari ni... huhu.. esok pon same... hai mak buyung ni... nasib baik ade driver...

Tuesday, December 6, 2011

Akukah Puteri Itu?


wahhh tajuk entry bole menimbulkan spekulasi tak?.. ehehe... sebetulnya tajuk novel je tu... sebenarnya da lama aku abis baca novel ni.. baru skang mau kasi expose kat korang... aku beli kat popular book store dalam tesco manjung... jom tengok sinopsis novel ni..
eh lupa.. penulis buku ni Lily Haslina Nasir ..

sinopsis cerita

Kisah lisa dan farid, kini dalam satu kompilasi. novel kompilasi ini, menceritakan lisa sebagai cinderella dan snow white dan farid tampil dengan luahan rasanya dalam mini novel ekslusif, Akukah Putera Impian Itu? ketahui isi hati lisa dan farid dalam kompilasi hebat ini.

ni bahagian belakang buku....

pertama kali aku dok tengok novel ni, aku da terjatuh cinta ngan kulit buku die... hehehehe.. cantik laaa... then aku baca sinopsis .. belek-belek kat sebelah dalam.. tengok harga... ok.. terus aku pegang untuk bayar...

harga novel ni RM39.90
jumlah muka surat 615 halaman

komen aku lepas habis baca buku ni... not bad la novel ni... selalunya aku suka baca novel thriller karya Ramlee Awang Murshid. kali ni baru aku berani tukar jalan cerita novel tu. novel yang ni tak de la sangat kearah jiwang-jiwang... sebab aku alergik sangat dengan novel jiwang... jalan ceritanya lebih kurang sama jer.. huhu.. watak utama dalam novel ni lisa ngan farid. lisa ni ala-ala remaja perempuan yang kuat berangan.. haha.. pas tu suka tulis blog lak tu.. bagus-bagus... farid ni pulak remaja lelaki yang belagak sombong.. anak orang kaya la katakan... si lisa suka berangan jadi cinderella ngan snow white... akhirnya die memilih untuk jadi diri dia sendiri... farid lak?? tak abis-abis nak membuli si lisa... tapi akhirnya... haa rasakan padahnya... kalau nak tau, beli sendiri novel ni k... *aku tak dapat ape-ape komisyen pon untuk promote novel ni.. saja nak buat korang supaya rajin membaca.. wahhhhh statement kekwat.. hahaha.. baca jangan tak baca!

*masa aku dok taip entry ni.. baby dok la kicking perut ibunya.. dok tolak-tolak... pssstt.. esok nak pegi klinik ... jumpa doktor lak.. mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.... amin...

Si Comel


yang gegirl nama ika.. yang baby boy nama amsyar.. *mohon ampun kalau cik as salah eja.. huhu... ni antara anak buah hubby (anak kakak ipar aku)... yang salu sangat hubby dok ulit dorang masa balik kampung ari tu... tak sabo nak dapat baby yer darling... hehe... tunggu baby sendiri lak nanti yer ;)


*ika sangat cuteee!!!

Bunga Ribbon lak...

Mak buyung ni memang tak reti nak duduk diam... abis jahit manik.. die cari lak cara macamana nak buat bunga-bunga riben... thehehehe... macam gambar kat bawah ni.. bunga-bunga tu suma aku buat semalam.. semangat cari riben kat kedai berkobar-kobar.. haha..balik umah terus cuba buat... menjadik pulak tu.. alhamdulillah.. ada lagi bunga-bunga yang aku nak cuba.. tunggu la nanti aku post kan dekat blog ni ek.... jom layan gambar..


riben ni asalnya riben gubahan hantaran sape ntah.. aku amik jer dalam plastik tu dan cuba buat.. konon-konon nak buat carnation.. tapi jadi macam rose lak kan?? haha... 1st trial... nanti cuba lagi..

yang ni pulak rose ribbon.. pusing-pusing... terusss jadi... taraaaa...

yang ni aku buat pagi tadi... dapat la 7 kuntum.. sebabnya... kaki kremmmm... nanti buat lagik.. Semangat!! haha

somel tak bunga-bunga yang aku buat ni? kalau somel.. sila hangguk 8 kali.. kalo tak somel.. sila hantuk kepala kat meja... hahaha..

*kalau da minat... hendak seribu daya...

Saturday, December 3, 2011

Sambungan..

ok kita sambung dari entry yang kat bawah ni.. biasa la.. mak buyung perlukan rehat lebih .. makanya entry dia ade sambungan.. hua hua hua..

simptom-simptom lain ...

5. Varises

sesetengah wanita hamil mengalami keadaan dimana kebanyakan urat-uratnya kelihatan timbul dibawah kulit. ini dikenali sebagai varises. *wooo baru ku tahu varises namanya... kite panggil urat simpul jer.. huhu peningkatan jumlah darah dan aliran ketika hamil menyebabkan keadaan ini berlaku. selain itu, keadaan ini turut dipengaruhi oleh faktor keturunan. selalunya masalah ini akan hilang setelah melahirkan nanti.
ade la sket urat-urat da muncul kat kaki aku ni.. tapi lom kritikal lagi.. harap-harap tak teruk sangat la...

6. Kontraksi Perut

mungkin anda pernah dengar tentang kontraksi palsu. rasa sakit yang datang anda sangka tanda sudah mahu bersalin tetapi sebenarnya bukan. ia adalah kontraksi palsu, iaitu rasa sakit yang ringan. rentak kesakitannya tidak teratur, sekejap timbul dan tiba-tiba hilang. keadaan ini biasa anda alami pada trimester terakhir ini.
setakat ni belom lagi.. kena alert gak ni...

7. Bengkak kaki

bayi yang semakin membesar akan meningkatkan tekanan pada daerah kaki kerana harus membawa beban tubuh yang berat. kerana itu wanita hamil pada peringkat ini mudah mengalami bengkak kaki. malah, ada juga yang mengalami pembengkakan pada bahagian tangan. perubahan hormon turut menjadi salah satu daripada faktornya. semasa berbaring, tinggikan sedikit kaki dengan meletakkannya diatas bantal untuk membantu perjalanan darah. elakkan kasut bertumit. urutan lembut juga membantu melegakan keadaan ini.
memang da kerap bengkak sket-sket da kaki ni sekarang... tangan pon ade gak aku rasa sama... eh bengkak ke da tembam ek? wakaka.. tapi nak guna tips letak kaki atas bantal tu aku agak kurang selesa kot... masa kat umah aku ari tu.. gigih hubby tolong letakkan bantal tinggi-tinggi kat kaki aku.. sudahnya aku tolak sikit-sikit tanpa sedar... huhu

8. Kram Kaki

keadaan kram kaki mungkin semakin kerap berlaku pada trimester ini. ia ada kaitan dengan perubahan pusingan dalam rahim selain kerana tekanan yang berlebihan pada saraf kaki. kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kaki kram.
nak wat camne.. terpaksa la aku hadapinya sorang-sorang... takde da teman nak tolong urut dikala kaki jadi kram.. tapi... aku tutup kaki aku ngan selimut supaya tak sejuk...

ni la antara simptom-simptom yang dapat aku kongsi dengan pembaca semua... ada lagi.. tapi segan nak cerita.. sebab melibatkan organ dalaman wanita.. huhu... semoga maklumat-maklumat ni dapat membantu para mommys semua...

info dari majalah BAKAL IBU

Trimester ketiga


diam tak diam... aku da masuk waktu kehamilan trimester ketiga.. iaitu trimester yang terakhir...
menurut info dalam buku yang aku beli ni... memasuki trimester ketiga atau peringkat terakhir kehamilan, bebanan dari sudut fizikal semakin dirasai. perut semakin membesar dan kenaikan berat tubuh akan membuat anda cepat letih dan kelelahan apabila melakukan sebarang kerja. ITS TRUE! memang cepat letih je skang ni... kalau bole, nak je ada pembantu untuk tolong aku masak... tapi..apa kan daya.... huhuhu...

sambung lagi --> anda juga merasai pelbagai perasaan atau emosi yang berlainan. gembira, sedih dan rasa khuatir bercampur aduk dalam diri anda. dalam tempoh ini juga, anda akan mula melakukan persiapan bagi menyambut orang baru. ITS TRUE AGAIN... tapi bab emosi tu aku cuba kawal.. tak nak rasa tertekan sangat.. sebab kadang-kadang.. yang menjadi penyebabnya bukan besar sangat pon... huhuhu..

ok.. jom tengok simptom-simptom yang dialami masa trimester ketiga ni lagi.. antaranya :-

1. Sakit Pinggang Dan Pinggul

sakit pinggang atau terasa sakit dibahagian pinggul akan kerap anda alami dalam trimester ketiga ini. ia berlaku kerana peningkatan berat beban kandungan yang anda bawa. berat bayi menarik anda kehadapan membuat anda harus menarik tubuh kebelakang untuk mengimbangi keadaan ini. keadaan ini menyebabkan tekanan kepada otot dan pelvik. selain itu, keadaan ini juga disebabkan oleh regangan ligamen yang semaik menegang. berhati-hati dengan pergerakan anda. elakkan membongkok dalam melakukan aktiviti harian dan sewaktu mengangkat barang sebaliknya, turunkan kaki (bengkokkan lutut) untuk mengambil barang diatas lantai. jangan mengangkat barang yang berat. selain itu, untuk membantu mengurangkan keadaan ini, cuba elakkan melakukan perkara yang boleh mengundang rasa sakit pinggang seperti berdiri atau berjalan terlalu lama. elakkan juga memakai kasut bertumit tinggi dan jangan selalu membongkok....
keadaan aku : sakit pinggang ni kurang sket.. sebab masa trimester kedua memang aku kerap sakit pinggang dan pinggul dah... memang kena kerap berjalan untuk elakkan sakit pinggang dan pinggul... (exercise sket) nak wat keje bongkok-bongkok memang tak leh la derrr... kasut tumit tinggi memang tak pakai dah.. simpan je ler.. huhu

2. Pernafasan

Pada trimester ini terutama ketika hampir menjelang hari bersalin, ramai wanita hamil yang mula berasa susah untuk bernafas. ini disebabkan tekanan bahagian paru-paru si ibu. selalunya apabila kepala bayi sudah mulai turun kerongga pinggul iaitu dalam tempoh lebih kurang dua minggu sebelum bersalin, ketika inii anda akan mula dapat bernafas dengan lebih mudah berbanding sebelumnya. selain itu, rasa terbakar didada (heart burn) juga akan mula hilang. jika terasa sukar bernafas sewaktu mahu tidur, tinggikan bantal dibahagian kepala agar dada sedikit naik untuk memudahkan pernafasan anda.
hoho.. time ni memang masa tidur tu pernafasan agak terganggu sket.. so aku ikut tips tidur dalam keadaan tinggikan sket bantal.. alhamdulillah berkesan...

3. Kerap Buang Air Kecil

Rahim yang membesar ditambah pula dengan kedudukan bayi yang semakin menurun menjelang kelahiran akan menekan pundi kencing menyebabkan anda akan kerap membuang air kecil walaupun dalam jumlah sedikit. ia adalah perkara biasa. jangan hadkan minum air semata-mata tidak mahu kerap membuang air.
keh keh keh.... ni sejak awal pregnant memang aku dah start ulang alik ke toilet dah... huhuhu...

4. Sukar Tidur

Apabila perut semakin membesar, pergerakan bayi juga semakin kuat hingga menganggu ketenangan anda untuk tidur nyenyak. ditambah pula dengan masalah lain seperti sakit pinggang dan pinggul, pedih uli hati dan sukar bernafas turut mengganggu tidur anda. cubalah cari posisi tidur yang sesuai. dapatkan bantuan lain seperti bantal yang lebih untuk membantu memberi sokongan agar anda lebih selesa sewaktu tidur.
tidur malam memang agak tidak selesa. dan selalu terjaga.. tapi bila da terjaga tu.. aku duduk jap.. relax.. relax... borak-borak ngan baby jap... tepuk-tepuk bantal... pastu pejam-pejam mata.. tak sedar masa bila aku tidur.. hehe...

setakat ni dulu wat entry kali ni... jap lagi sambung lagi fakta yang ade lam buku ni...

to be continued ..

*kaki da lenguh sebenarnya sebab duduk lama ni.. =P

Thursday, December 1, 2011

Keajaiban atau Kedaifan?


ape komen korang bila tengok gambar yang aku lampirkan ni? sebenarnya gambar ni aku snap masa di sri aman lagi.. lam surat khabar Utusan Malaysia.. mungkin antara korang ada yang penah baca berita ni.. tapi aku nak kongsikan jugak.. menurut dalam berita ni.. budak ni tinggal ngan atoknya.. parents tinggalkan dia sebab dorang keje kat bandar... kanak-kanak 20 bulan ni mula hisap susu lembu ni mula julai lepas untuk meneruskan hidup.. sadiskan... dia mula hisap bila nampak anak lembu tu dok isap susu mak dia... kekanak ni pon ikut isap sama... Allahu Akbar... lembu tu pulak elok je tak marah bila budak ni isap nenen die yer... kasihnya binatang pada makhluk Tuhan lebih kuat tu....

kita kat sini susah payah dok beli susu tepung lembu.. budak ni dapat fresh lagi... huhuhu... apa apa pon.. aku doakan semoga kekanak ni sihat walafiat la hendaknya.. coz risau lak bila dia hisap nenen lembu tu kot-kot ade kuman ke.. huhu.. nauzubillah..

amik iktibar...


hang out with family


kalau nak diikutkan, planning hari kejadian.. nak pegi kenduri kawin kat kampung 40 rantai.. *kg arwah ayah.. tapi di sebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, terpaksa la cancel.

kebetulan my bro.. abg eli from Tanjung Malim nak balik.. coz nak hantar kereta baru my sis (kak enah) .. da jd penjual kete my bro ni.. ok la tu... ade side income

then bila family abg eli sampai... borak-borak jap kat umah mak.. after zuhur, kitorang kuar pegi makan kat Nasi Ayam Mama.. abg eli belanja.. aku naik keta ngan kak ila..


we olls kat Nasi Ayam Mama ... pas makan cni.. gerak pegi tesco lak.. kat situ paling lama kot.. tak sedo diri tul.. tak padan ngan da sarat-sarat tu.. gagah dok tawap tesco... hahaha... the end....

*tak leh dok lelama... sakit-sakit suma badan.. kaki pon jd bam bam.. huhu
(psttt.. masa lam gambar ni pregnant 30 wks.. utk rujukan sendiri)


Tuesday, November 29, 2011

Aku Maafkan Kamu

Aku maafkan kamu

Cukup kau tahu

Yang aku maafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku....



lagu dari Jamal Abdillah ft Malique [Aku maafkan kamu]

cukuplah kamu dengar lagu ini untuk fahami isi hati aku....

Al-Kisah... Cucuku Qayyum...

tersebutlah kisah... Toyibbbb....
jumaat lepas, cucu sedara aku si Qayyum admitted kat Hospital Manjung... alahai cian cucu opah... demam dan cirit birit... pegi la melawat dia kejap.... macam biasa.. dia tak nak kat aku sangat.. tak tau naper... huhu... tapi skang dia da kuar wad da... mama n papa dia jaga kat umah je la.. alhamdulillah.. da kurang sket demam dia..

masa ni abg eli ade.. dtg melawat qayyum gak pas kitorang bershopping.. n makan-makan *tak tau la nama sape yang dia cari kat board tu..

kat sini pon cari gak... *psttt.. kak jas kata abg cari nama tipah... hahahahaha sape tipah?? biarlah rahsia... hahah

tuuuu Qayyumm.... curi-curi aku snap gambar dia.. sebab dia tak bape nak untuk bergambar... pas aku snap gambar ni, aku tunjuk kat die... leh lak die sengeh nengok gambo sendiri.. haha.. qayyum... qayyum...

ngan opah ila dia suke ler.... opah cu doakan semoga qayyum sihat sentiasa pas ni.. muaaachsss..!

oke!! time to masak-masak... the making of kari ayam...
c ya!

Pengisian Masa Lapang..

bila duduk kat kampung ni.. masa senggang tu ade la jugak... masak-masak tak leh nak excuse eekkk... still masak lagi... coz kesian kat mak yang da berusia. aku bersyukur sebab minat membaca aku ni tak bole pupus dalam diri aku.. nak pulak skang ni dok kampung.. pegi je tesco tu... tempat yang paling lama aku duduk mesti la kat Popular Book Store... thehehe... da siap jadi ahli 3 tahun lagi.. kat bawah ni antara buku-buku yang aku baca... ada novel, buku rujukan untuk ibu mengandung... wirid n zikir..nama-nama baby.. tafsir al-quran tu tak leh tinggal *hadiah masa tadarrus kat pakit ari tu..


oh ya... tak lupa jugak novel kat bawah ni....


Sutera Bidadari... *tq sis.. coz sudi pinjamkan masa kat kl ari tu.... yeayy!! da abis baca da... pada peminat novel bersiri Ramlee Awang Murshid ni mesti ramai yang da baca kan?? aku cari kat kedai buku kat kuching tak jumpa-jumpa pon novel ni... last-last dapat gak walaupun dipinjamkan... huhu.. tapi aku rasa novel ni ade sambungan lagi la... ending dia lain macam jer... *always admire pada watak Laksamana Sunan yang terlalu cintakan Allah....

Monday, November 28, 2011

@ kampung oredi

setelah menghadapi perjalanan yang panjang.. skang aku da ade kat kampung... tinggal ngan bonda sehingga selamat melahirkan.. insyaAllah..

kisah perjalanan aku ngan hubby biarlah aku n hubby yang simpan dalam kenangan kami berdua.. memang macam-macam yang kami alami.. tapi alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan.. terima kasih Allah..

hari ni genap dah 21 hari aku kat kampung dan da masuk 30 minggu kandungan aku... terima kasih lagi skali Allah..

skang ni musim hujan beb.. kat kampung mak aku ni.. asalkan malam je hujan.. tapi badan aku tetap berpeluh kalau tido.. hubby suh aku tido lam bilik mak yang ade aircond.. tapi tanak la.. jenuh mak nak bayo bil letrik lak nanti.. guna kipas je la... huhu.. tu pon guna letrik gak... tp jimat sket.. hahaha.. kondifen!

rutin untuk cek perut pon da start 2 minggu skali... dekat je nak cek.. kat klinik kdsk jer.. barang-barang baby pon aku da siap sket-sket... just standby.. tu pon sbb nurse yang suruh.. kalau tak.. takdenya aku tau kene standby skang.. huhuhu..

oh yer.. ari tu aku kene minum air gula... ya rabbi.. manis giler.. *dah nama pon air gula mokcik.. takan rasa pahit lak.. alhamdulillah.. keputusannya normal.. takde penyakit kencing manis tu.. skang ni aku kene kekalkan bacaan HB aku ditahap yang memuaskan... *sila jaga permakanan.. jangan main bedal jer ..

stakat tu dulu aku nak pot pet setelah dekat sebulan aku memerapkan broadband aku ni... hehe... c ya!

btw.. diam itu lebih bagus!

Sunday, October 23, 2011

Menyulam masa pregnant




kalau korang nak tau.. awal kehamilan aritu aku memang malas sangat nak memanik ni.. nak pandang manik pon tak nak u.. *wahh kekwat! tapi skang ni da merajin la pulak.. tapi tak banyak sangat yang aku buat.. sebabnya.. sakit pinggang haku ni kalo duduk lama-lama.. huhuh..
rujuk pada gambar di atas *da macam wat surat rasmi lak.. manik bunga-bunga tu baju kakak ipar aku.. sian dia da lama ade kat aku baju tu tapi tak bagi lagi kat dia.. hahaha.. sori kak.. nanti adik bagi ek.. harap paham la faktor ibu mengandung ni ek.. hihi.. yang sulam gelang tu lak .. salah satu baju aku.. dan salah satunya baju jiran aku.. hope she likes it.. yang sulam gelang tu cepat sket nak siapnya.. cepat tak cepat.. makan 2 hari gak la.. haha..

hajat di hati banyak lagi baju yang aku nak manikkan.. tapi tak leh la beb.. kalau buat pon.. lambat kot siapnya.. sakit pinggang den.. huhu.. insyaAllah pas bersalin nanti aku akan usahakan lagi ... baru btul jadi supermom nanti ek?? ala.. mak aku leh jaga 11 orang anak.. aku.. baru nak sorang anak takan tak leh buat kan?? mak.. kau lah sumber inspirasiku!! caiyok! caiyok!! ngeee~

Allah adalah Kekasihku selamanya..

Manfaat Dari Musibah

"Benarkah penderitaan ada manfaatnya?", begitulah pertanyaan seorang sahabat kepada saya.

"Ya, jelas sekali banyak sekali manfaatnya disebalik sesuatu penderitaan," ringkas menjawab.

Saya kemudiannya cuba menjelaskan bahawa orang-orang yang hebat adalah mereka yang mampu mengharungi samudera lautan penderitaan biar pun kita tahu ianya dalam dan luas. Semakin menderita hidup seseorang maka semakin hebat cara hidupnya bagi mengatasi dan menghadapi penderitaan yang dialaminya. Asal kita tahu bagaimana mengelola penderitaan menjadi keindahan, kebahagiaan dan kesihatan dalam hidup kita.

Pertamanya, pengalaman menderita dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita kepada limpahan kasih sayang Allah SWT agar kita semakin dekat dan taat kepada-Nya, dengan demikian limpahan kasih sayang Allah akan memenuhi hati kita dan hati kita akan memancarkan kasih sayang-Nya untuk semua orang yang disekeliling kita. Allah menimpakan kita dengan ujian dan penderitaan kerana Dia sayang akan hamba-Nya, agar diperingatkan pada kita bahawa Allah-lah tempat mengadu.

Pernahkah kita fikir, jika kita tidak ditimpakan ujian, bagaimana rasanya keadaan kita pada ketika ini? Mungkin leka dengan dunia dan mungkin juga lupa akan pengaduan kita pada-Nya. Ujian adalah peringatan buat diri yang bergelar hamba. Dengan dikurniakan dugaan dan penderitaan, kita mungkin akan terlatih untuk menjadi lebih sabar dan bijak dalam menghadapi kehidupan.

Keduanya, penderitaan yang kita rasakan, akan menjadikan kebahagiaan kita menjadi lebih sempurna. Mungkin akan timbul persoalan dikalangan sahabat sekalian, bagaimana mungkin kebahagian boleh menjadi lebih sempurna? Kebahagiaan yang sejati pada dasarnya adalah mengalami kegembiraan dan penderitaan secara seimbang. Sunnatullah kewujudan kita di muka bumi ini akan diuji dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Bagaimana pula ujian kesenangan? Sebagai contoh, seorang kaya yang mana hidupnya dikelilingi harta, ujiannya ialah sentiasa merasakan tidak cukup dengan hartanya ataupun mungkin merasa hidupnya sentiasa tidak selamat kerana takut dirompak atau dicuri hartanya. Itulah realiti yang sememang perlu kita akui. Keseimbangan ini akan mampu menjadikan hidup kita menjadi lebih dinamik, sentiasa bersedia dan bersyukur ketika semuanya datang silih berganti antara bahagia dan derita.

Ketiganya, penderitaan yang dialami kita akan membuatkan kita semakin peka terhadap penderitaan orang lain. Kita secara tidak langsung akan memiliki sifat simpati dan kasih serta menghormati orang lain sebagai hamba Allah yang sama-sama dimuliakan. Malahan sifat pentingkan diri juga akan dapat kita singkirkan jauh dari diri kita. Kita tidak akan berani menghina, melecehkan, atau mencemuh orang lain kerana kita merasakan betapa pahitnya sebuah penderitaan. Seterusnya akan melahirkan insan yang bersifat dengan sifat syukur dengan apa yang ada, tidak tamak, melebihkan orang lain dan sebagainya lagi. Setiap ujian atau penderitaan akan mematangkan kita tiap kali ia menjelma kerana kita akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.

Teringat suatu ungkapan yang pernah di sebut oleh Albert Ainstien, "seratus masalah , tak bererti seratus kali gagal, tetapi ianya akan menghasilkan seratus penyelesaian kepada seratus masalah."

Keempat, ketika hati kita remuk redam, ingin menangis menangislah sesungguhnya apa yang kita rasakan sakitnya, dengan menangis merupakan salah satu cara untuk membersihkan hati kita. Menangislah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.

Firman Allah SWT: "Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. an- Nahl : 96).

- Artikel iluvislam.com

Saturday, October 22, 2011

Persiapan Bayi

Bagi persiapan bayi, buat masa ni aku hanya survey je website atau facebook yang ada jual barangan bayi.. dan aku tak beli apa-apa lagi.. sebabnya .. aku rasa masih awal lagi kot..
aku ngan hubby rancang nak beli masa kitorang balik semenanjun

g nanti.. idak ler jenuh nak mengusung barang-barang tu nanti bila n
aik flight.. huhu..

wat masa skang, aku suka sangat survey cloth diaper.. macam best je aku tengok.. lagi-lagi kalau barang tu dapat menjimatkan kos kami sekeluarga.. lagi la aku berminat. memang la cloth diaper tu masa nak beli tu mahal harganya.. tapi dia leh basuh dan dip
akai semula kan.. takde la dibuang terus macam lampin pakai buang tu.. lagi satu sebab musabab yang buat aku berminat ngan diaper tu sebab corak dia comel-comel.. hihih. leh pakai dari baby dilahirkan sehingga baby berumur mencecah 3 tahun.. ok kan?? time 3 tahun nanti da bole ajar baby membuang kat toilet da.. kat sini aku nak share cloth diaper yang aku dok survey tu.. harga pon anggaran dalam RM18 - RM30 per pcs.. banyak lagi website yang aku jumpe.. salah satunya QQ baby ni la.. *eheh pree2 je dapat iklan kat sini ek.. agak-agak dia nak kasi adiah kat aku tak?? hahaha

yang ni plain punya... somel kannn =) wink~ wink~

yang ni printed punya... macam-macam lagi corak yang ada skang ni..


tapi macam yang aku cakap tadi la... tak beli ape pon lagi.. just verangan n nak cite kat hubby.. last-last hubby aku kate ape ko nak tau?? dia suh baby pakai lampin kain yang macam dulu-dulu tu je.. lagi senang dan menjimatkan.. huhuh. sabo je la makkk... pada mommies diluar sana.. persiapan korang macamana lak? mummy kat sini tak bekerja.. jadi persiapan mummy ni ala kadar je la.. hehe... ape yang penting, baby sihat nanti kan kan kan..... amin...

Perkembangan Fetus

syukur kehadrat Allah... setelah sekian lama tak berupdate kat blog ni, aku skang sedang hamil 26 minggu.. pergerakan baby dah mula ketara skarang ni.. sesuatu perasaan yang indah bila kita dapat rasakan 'sesuatu' sedang bergerak-gerak dalam rahim kita.. mula-mula memang rasa macam pelik.. tapi lama-lama jadi macam suatu keperluan dalam seharian aku untuk rasa pergerakan baby.. kalau dia tak gerak.. risau lak rasanya.. hehe.. macam-macam ek... hubby? mula-mula dulu memang dia tak reti lansung nak rasa macamana pergerakan baby tu.. bila letak tangan kat perut aku.. dia tak dapat nak rasa.. padahal aku dapat rasa baby tu menendang masa tangan dia kat perut tu.. tapi skang alhamdulillah.. hubby da dapat rasa n dapat dengar bunyi jantung baby masa dia letak telinga kat perut aku =) .. what a good feelings...

so kat sini aku nak kongsi sket info yang aku dapat melalui internet mengenai perkembangan bayi yang berusia 26 minggu.. check it out!

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.

Kelas antenatal anda harus sudah bermula dalam satu-dua minggu berikutan ini, atau mungkin sudah bermula. Kelas-kelas ini sepatutnya menyediakan anda dengan informasi yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

aku copy bulat-bulat dari webpage ni... kelas antenatal? memang tak penah pegi lagi la.. huhu.. klinik kat dalam kem ni tak straight sangat... hari tu aku baru lepas kena cucuk 2 kali... nurse tu kata sepatutnya dorang nak kena amik ujian darah lagi skali .. *yang 1st da buat masa trimister pertama.. tapi disebabkan kehabisan stok ape tah.. so dia tak buat lah.. next week aku da nak balik manjung. so, aku rasa bila register kat klinik desa kat sana mesti banyak benda yang aku kena buat nanti.. yang tak best dan betul-betul cuak kat aku skang ni .. aku takut kena minum air gula... huaaaaa~ banyak humor yang mengatakan minum air gula adalah TIDAK BEST! huhuh..


perkembangan semasa : emosi adalah sangat tidak stabil skang ni... kuat merajuk sangat-sangat! senang je nak nangis.. huhu.. pastu cepat je sedih bila hubby nak g outstation.. sebelum ni, kental gila jiwa gua beb.. hubby g operasi 2 bulan pon wa relek je tinggal kat umah sorang.. skang ni out!.. hubby pegi 2 - 3 hari pon wa tangkap leleh.. huhu harap hubby memahami...

Tuesday, August 23, 2011

raya 2011..

kete samurai yg byk gak berjasa ngan aku .. tuannya da kawin ari tu.. *da kawin da anak aku.. huhu (anak sedara la) .. tu ecah tu mmg tak lekang ngan aku je... rindu ecah..

ha ni beraya kat taiping.. umah pak lang ( adik arwah bapak ) mmg tak penah tak pegi beraya umah pak lang tiap2 taun.. best!

bersama anak-anak dan cucu sedara.. *skang mampu nak bgambo mcm ni?? huhu sedih!

dengan mak n my sisters!

ni la ni.. yg paling dirindui... taun ni kene masak sendiri.. fadan muker den.. :P

status kat fb sambung tulis kat sni.. hehehehehhe... raya raya rayaaa!!

selama 30 tahun beraya bersama bonda dan adik beradik serta sanak saudara di sematang. pagi raya macam biasa pas solat raya, g ziarah kubur arwah bapak. pastu balik umah salam2 di pagi raya.. cium tangan mak, tangan kakak2 dan tangan abang2... pas tu ...


makan ketupat ngan lemang cicah rendang.. makan biskut raya.. kalau rajin, mak masak laksa mee (den tolong gak) kakak2 pon rajin masak2.. pastu plan adik beradik g beraya umah sanak saudara.. yg tak penah missed umah pak lang di taiping... konvoi keta beramai2.. seronoknya... taun ni? tahun pertama beraya di kem pakit, sri aman.. sarawak.. jauh dari mereka semua.. hanya beraya bersama suami tercinta... hanya kami berdua... bersama insan comel yang ada dalam perut aku ni.. *anak ibu dan ayah yg tercinta..

pastinya aku jadi tak keruan sebab rindu dengan keluarga yang berada di perak.. tak lupa juga keluarga suami di kelantan.. (air terjun da start mengalir kat pipi ni)
bukan kitorang taknak balik.. tapi taun ni turn kem ni masuk operasi.. raya ke 3 baru operasi abis.. so ramai officer dan anggota yang stay kat kem.. kalau nak tau, kem ni ramai orang semenanjung... pertama kalinya aku beraya jauh dari keluarga tersayang dan beraya kat perantauan.. *sebak dengo lagu raya mamat exist tu.. restu ayah bonda.. huhu..

apa yang aku harap.. semoga raya taun ni kita semua dapat menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.. semoga keluarga kat semenanjung tak lupa kami berdua kat sni.. makan kuih tu ingat-ingat la kami yer... insyaAllah raya haji nanti kita berjumpaa..... adik rindu kat semuaaaa... i love u all... Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..