Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Thursday, August 21, 2008

award lagik!



aku dapat award lagik! Kak Piah yang memberi pada pembaca-pembaca blog yang tersenarai dalam blog dia. nama aku pon ader. so.. dengan brilliantnya aku pon mengambil award ini. hehehehehe.. apekah definisi untuk award tersebut??

Brilliant Award is a prize given to sites and blogs that are smart n brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.here are the rules to follow:

1) put the logo on ur blog
2) add a link to the person who awarded you
3) nominate at least 7 other blogs
4) add links to those blogs blogs on yours
5) leave a message for ur nominees on their blogs

so.. tenkiu kepada kak piah yer.. macam biasa.. aku tujukan award ni kepada sesapa yang bace blog aku ni. tapi.. yang utama aku nak bagi award ni pada

KAK TIPAH

yang lain pon amik yer.. sudi la kiranya.. cewah.

Ramli Awang Murshid

sapekah gerangan yang bernama Ramli Awang Murshid (RAM)itu? ha.. beliau la penulis novel kegemaran aku. bole dikatakan kesemua novel-novel dia aku dah ader. bersusun dah kat lam almari bilik aku. aku suka sangat novel dia ni sebab novel dia bertemakan thriller. yang best tu dia suka wat novel yang bersiri. sebelum ni cerita tentang Tombiruo. makhluk ganas yang tinggal dalam hutan di keningau. real ke cita ni ek? aku baca mcm real pon ade. huhu..makhluk tu bukan la seekor binatang pun. orang gak. tapi dah lame dok lam utan tu. tak caye.. korang try la beli buku semangat hutan, tombiruo ngan tombiruo terakhir. aku kasi gerenti kat korang. memang best. skang ni novel bersiri terbaru RAM adalah berbentuk cerita macam kat alam fantasi pon ade. tapi zaman kegemilangan hang tuah dengan laksamana sunan. fuh memang best giler citer ni. novel pertama tajuk die bagaikan puteri. yang kedua lak cinta sang ratu. dah beberapa kali aku katam novel ni. memang tak jemu.



novel ni aku beli kat kedai buku yang ade kat dalam puduraya. memang aku tak penah miss nak singgah kedai tu tiap kali aku nak balik ke perak kalau aku g KL. satu kakak aku beli, satu aku beli. so kitorang kongsi la. memang akak aku pon minat bace novel.

pagi tadi saje aku bukak tv. mula-mula nak on radio. tapi aku tertenggok (ade ke pkataan ni lam kamus?) tv3. mase tu dorang tgh siarkan tentang pengeluaran novel hijab sang pecinta. haaaaaa!! begitu teruja sekali aku menonton babak tu. nak tau nape?? novel tu la aku tunggu-tunggu selama ni.. huaaa bestnyaaa.. tak sabar aku nak bace next episode ape yg berlaku kat laksamana sunan. nanti kalau aku berjaya dapatkan buku hijab sang pecinta tu.. aku masuk kan kat lam blog aku ni ek. ehehe bile aku da exited ngan benda ni, maka terjadi la insiden-insiden seperti di bawah pagi tadi.. jangan maraa.... hahahaha (aksi memperasankan diri sendiri)





nak tiru gaye sang ratu ngan bagai puteri punya cover konon!! wahahahaha ade org tu kate.. macam pelakon cite ayat-ayat cinta lak (ha?? ade ke? aku pon tak penah nengok.. huhuhu).penat amik gambo sendiri ni wehhh



pesen ni pulak!!! sape yg busuk ni??? ahahahaha





taraaaaaaaa!!! ahahaha.. dah boring wat aksi bau busuk. baju cejuk yg aku pakai ni.. akan aku deliver kan ke sarawak nanti..pengubat rindu.. cewah! just for him.

soooooooooo excited nak beli buku Hijab Sang Pencinta. horeyyy!!!

Wednesday, August 20, 2008

pagi yg indah ini

pagi yang indah ini..
tersenyum sendiri..
ciap miap burunggg di luar jendela.. seakan memanggil namamuu..

ewahh berlagu mesre aje yer. ade ape-ape ke?? tade ler. nak cite pasal pagi da petang dah ni ha. mangun la cik kiah oit.



tgh syok tido tepon aku berlagu mesra jugak. kul enam lebey. menerima panggilan dari sidia yang tak kunjung tiba. hah?? ape aku merepek ni? aku merajinkan diri untuk membuka mata aku yang tak berapa bole nak bukak ni. berusaha keras aku nak membuka mata aku yg berat (dasar pemalas) dah kemas-kemas katil aku cari baju nak pakai ari ni.. taraaa... baju seperti di atas. tu da siap giler nak begambo plak. dah siap menstereka baju aku basuh kain secara manual. huhuhu.. mesen basuh rosak. waduhh.. berusaha keras lagi aku mencuci baju menggunakan tangan ni. (tangan sendiri yer.. bukan tangan org lain) da siap cuci baju baru aku siap-siap mandi nak g keje. pas da siap, terjadi la aksi seperti di atas. ari ni lambat lagi aku sampai opis. aduh.. nasib bos tak marah. kul 0915 aku sampai. huakk~ lambat 15 menet. huhu

smalam aku da janjikan nak masuk gamba rumah si guppy kan?





taraaa.. ni la rumah si guppy. tak brapa nak nampak la. sebab die suke nyorok. huhuhu.. bahye gak guppy ni dok lam pasu ni. ade sekor burung murai asik usyaaaa je ikan-ikan lam pasu ni. (burung ape?? burung murai... burung ape?? burung murai... burung ape??? burung muraiiiiii!! dish dish dish budak tu kene tumbuk) eklan semata-mata.. aku harap ikan guppy ni nanti beranak pinak la. coz aku tengok orang lain bela ikan ni senang je berkembang pesat keluarga dorang.



kat sini la anak-anak ayam mak aku tinggal. eeee busyuknya.. manyak ta**... huhuhu dimanakah alamat tempat tinggal anak-anak ayam ini????? scroll down please...



alamatnye adalah. dalam akuarium ikan, blakang dapo mak aku, 123 ekor lebih, manjung perak. kalo nak menziarah anak-anak ayam ini sila la rujuk alamat berikut. akakakkaaka.. akuarium ni da bocor da.. so jd tempat tinggal anak-anak ayam la plak. ni la tempat tinggal anak-anak ayam yg kene demam kuning. tak caye?? tgk la badan dorang tu.. kuning je kan. miahahaha..



pink nya.. ni la penumpang setia aku kalau g opis. bekas air pon pink tau.. hua hua hua..

Tuesday, August 19, 2008

anak ayam

ayam
bermacam ayam
ada ayam kampong ayam bandar ayam bla bla.. (lupe lirik. kompom xleh masuk jgn lupe lirik)
ibu si ibu ayam
telur di eram
anak sereban

ni lirik lagu ayam jalil hamid dulukan. popular gile. hehehe..
nape aku nyanyi lagu ayam ni? kamis yg lepas.. (lamenya..) mak,kakak, ngan aku telah berpoya-poya pergi ke pekan kamis (mcm pasar malam gak. tp siang je. sampai kul 6 ptg. kebanyakannya suma peniaga cina) saje nak g jengguk kat situ. kakak aku yg balik dari kl tu la nak pegi. aku on je. dreba la katakan. sampai je kat sane, aku kecut perut ngan peniaga melayu yg jual buah-buahan tempatan. mau taknya.. lalu je kat dorang bukan nak jerit.. aaa kak. mai mai mai beli buah duku, buah rambutan .. ext ext.. tapi dorang dok jerit. wahhh adik ni.. segak lawa segak lawa segak lawa! sambil tgk ngan mata yg mengerunkan. mcm nak telan pon ade. aduhh.. kompom oang tamo beli buah kat die. lari lagi ader la. huhuh..

pas tu masuk kat dalam lagi .. dari jauh aku dengar sayup-sayup bunyi mcm trompet. lam ati aku dok pikir munyik ape la tu. ade psembahan ape?? ke.. ade org jual ular?? huaaaaaaaa (dah la aku takut ngan menatang tu) aku jalan dekat-dekat ngan akak aku. (cuak beb) last2 bile dah dekat ngan munyik tu. laaa....



pemintak sedekah rupanya.. yang main terompet tu buta. ade tali yg guide dia .. yg di sambungkan dengan rakan dia yg cacat kat bawah tu. dia ikut kawan dia yg berkaki kan roda tu la. huhuh sian je aku tengok. seksa kawan dia nak bergerak dengan menggunakan tangan. dengan keadaan jalan yg tak rata. penuh ngan batu-batu tu. tapi bila aku jeling tgk tong yang ade kat depan kawan dia tu. pergh~ penuh beb. alhamdulillah.. murah rezeki dorang.

pas tu aku n kakak n mak teruskan perjalanan. benti kat tempat org jual air. dahaga la pulak. dari tengahari aku tak makan-makan lagi. huhuhu pas tu g beli rojak (pasembor). jalan-jalan lagik. tade yang menarik perhatian kitorang. bese la ramai peniaga cina. last-last pegi kat tempat orang jual anak-anak ayam. hehehe.. ape lagi lame gak la menebeng (lepak) kat situ. tengok-tengok anak ayam. aku cakap kat akak. ni nak tengok aje ke anak-anak ayam ni? kat umah pon ade kalo nak tengok. akak cakap ntah try tanye mak die nak beli tak anak ayam ni tambah koleksi. aku pon tanye ler. mak nak ke anak ayam ni yati tanye. bole gak mak kate. rupa-rupanya macam-macam jenis anak ayam yang ade. ade anak ayam kampung, anak ayam gajah (gajah punye kot), anak ayam kampung ladang (terbaik dari ladang) anak ayam daging (yg lain tade daging la yer?) pas tu aku suh mak pilih anak ayam kampung. mak pon ckp ngan tokei tu. kasi saya 10 ekor. bole tau ka mana jantan mana betina? mak kate. lame tokei tu diam. kalau dia anak ayam gajah saya bole tau. anak ayam kampung saya tak berapa tau. erk??? ape beza nya yer? aku tgk anak ayam gajah tu tade belalai pon. same je ngan anak ayam kampung. muahahaha.

mak pon redah je la. suh cina tu pilihkan 5 ekor ade rambut. 5 ekor tade rambut. wakakakaka. selesai je pilih ayam-ayaman, ktorang gerak lagi. nampak ikan lakkk. akak suh beli ikan guppy letak lam pasu besar yg ade kat umah tu. somellll... banyak kali da aku beli ikan guppy ni. tp manyak kali gak dorang menemui ajal. harap-harap kali ni dorang menemui kebahagiaan la lam pasu besar mak aku tu.

pas beli ikan, ktorang pon meneruskan pjalanan.. dalam pjalanan tu tserempak ngan peminta sedekah tadi. huhuhu memang banyak hasil yg dorang dapat ni. pas tu terus g beli buah duku langsat. (kat kedai lain ha. bukan kat kedai segak lawa tu.. sengal kalau beli kat situ) aku ni dok nunggu je mak ngan akak aku pilih buah. hadoi.. lame tul. nak pilih buah pon berjam. aku bukan ape. da rimas. rasa nak balik sangat-sangat da. tatau nape. aku tak selesa ngan suasana kat situ. ngan penjual-penjual yang menjerit segak lawa tu la. ngan jual sayur mengalahkan jual tudung pree la. ish macam-macam la. dah selesai pilih buah trus balik. lalu gak kat tempat segak lawa tu. aku rasa mcm nak fire je dorang macam otomen memfire resakse tu. bukan kat kitorang je dorang wat macam tu. kat pompan-pompan lain yang lalu kat situ pon kene gak. giler kot. dah la mak aku dorang panggil tok. dorang ingat aku cucu mak aku. bole?? memang giler. sian mak... nasik die tak ketuk kepala dorang satu persatu. akakaka







aih.. same je rupa anak-anak ayam ni. tak ingat da aku mane anak ayam gajah mane anak ayam kampung. kembo kot dorang ni. hahaha. tapi yg pakai baju tu anak org ye saudara saudari sekelian.



ha. tu ade anak ayam belang-belang lak. lupe da aku anak ayam ape tu. anak ayam kude belang kot. dah ade anak gajah tadi kan. ahahaha... nnt next entry aku masukkan gamba guppy lak.

Thursday, August 14, 2008

Dapat Award! yeayyy~



yeaaayyyyyy 1st time aku dapat award ni. begitu la teruja sekalik. mekasih bebanyak Kak Tipah muah muah muahh.. caaaaayang akak. eeee cumil btol award tu. dah la as suka teddy bear. ahaks. so sesapa yang baca blog aku ni, aku pun mensudikan diri aku utk korang-korang yang baca blog aku amik award yg cumil ni. ahaks. (err.. ade ke yg sudi ek? hahaha..)

begitu teruja sekali bila 1st time dapat award kat blog. salu tgk blog-blog kawan aku yg lain dorang begitu lah pemurah utk dapat award. nak amik .. segan lak. tapi ni kak tipah kasi aku. waaaaa exited sangat. ahaks. thanx a million to sis. eerr.. nak kasi ucapan ke bila dapat award neh?? wwuu tayah-tayah. kang prasan tahap kritikal lak kuar. hehehe..

*btambah lagik koleksi teddy bear aku. walaupun yang ni dialam maya. jaaadikk laaa.. ahaks

Wednesday, August 13, 2008

pink vs teddy

wahh.. skang ni kan musim mega sale. aku da lama nak beli handbag ni. kebetulan masa mega sale ni beg-beg yg agak mahai tu ade diskaun. so aku merayau sorang2 kat shopping complex tu pas waktu kerja. (otw nak balik tu singgah la) hajat dihati nak beli bahan-bahan utk masak puding caramel. naaa... sape suh letak handbag2 tu suma kat pintu masukkan? dah aku terguda. aaaa tidakk.. hahaha
pas belek-belek beg satu persatu. banyak yg aku tak berkenan. yang berkenan pon mahai sangat walaupun da diskaun. bajet aku bawah dari satus je. hehehehe.. (tsipu-sipu)
pas pusing dari satu longgokan beg kesatu longgokan beg aku masih tak jumpe-jumpe gak beg yg aku bekenan. cina promoter tu asek nengok aku je. agak nya mesti dia pk (ini amoi aa.. ada luit ka talak luit mau bili. pusing-pusing saja talak amik beg) hehee..
mata aku dah rambang. mane la aku dapat pilih. last-last aku tertarik dengan satu beg tu. kaler pinkkkk.. muahaha.. mmg aku tak leh nampak pink la. tgk sedas dua trus aku amik beg tu. nasib laaa ade diskaun 50%. ish ish ish..



ni la beg tu. lawa ke? janji aku yg nampak lawa. hua hua hua..



kebetulan lak smalam aku dapat adiah keychain tu kan? maka.. aku telah meletakkan keychain tersebut kat beg pink aku ni. ngam tak?? ngam hoooo.. ahaks. maka.. begitu la pink beg tersebut dihiasi dengan aksesori pink juga dan digayakan oleh seorang minah gila pink. hek hek hek..



wink~ wink~ ... hehehe

adiah! ahaks..

pagi smalam masa aku kat opis.. tiba-tiba dapat call dari nombo yg aku tidak kenali. so aku pon angkat la.. oang tu bcakap

unknown : hello. norhasni? saya daripada skynet sitiawan
aku : yer saya. ada apa?
unknown : rumah cik di mana yer? ada bungkusan utk cik.
aku : awak tahu kat mane kg permatang?
unknown : tahu
aku : ok bila awak sampai kat kunci air sungai tu.. ada kedai kopi. dpn sket kdai kopi tu ade surau. so di antara surau ngan kedai kopi tu.. ade jalan masuk dalam. awak ikut la jalan tu. umah saya satu je kat situ.
unknown : ok terima kasih cik.

tuttt tuuttt.. tepon putus. aku lak dok pk. barang ape lak utk aku ni? tade sape pon kestau nak bagi barang same aku. huhuhu. then dalam beberapa jam kemudian aku call bonda aku kat umah tu.

aku : assalamualaikum mak. ada barang utk adik ek?
mak : wa'alaikumsalam. aaa ade.
aku : beso ke kecik barang tu??
mak : tak beso.. tak kecik.. mak nak bukak tgk leh ke??
(hahaha)
aku : aaaa tak lehh.. nnt tunggu adik balik nnt ek.
mak : ye la. dekut tui
(hahaha)

pas letak tu aku pk lagi. adeh.. barang ape la plak ni? takpe la.. lunch time nnt aku balik tengok.
kul 1pm aku pon kuar g umah aku (tak penah-penah time lunch balik umah ni.. hahaha) semangat tol aku nak tgk barang apekah utk aku tu. sampai je umah aku masuk bilik. tengok barang tu berbungkus ngan plastik skynet. pas tu tgk kat form skynet tu.. nama pengirim...... haaaa????? what a suprisseeee... from AR. berbunga-bunga je aku baca nama tu. hehehe.. sape AR? part of my life ar. tayah sebuk manyak sangat tau. hahaha.. then aku pon bukak la bungkusan pastik tu.



nah.. ni la hasilnya. cumil btol kotak tu. waaaa suke sangat. terharu.. coz teddy bear mmg my fav. heheh.. ketas pembalut pon santik.. duh.. somel tul. thanx AR.
then ape lam kotak tu?? jeng jeng jeng...



ha.. ni la benda-benda yang ade lam kotak tu. CD, keychain yg cumil lagi pink (teddy lagi tau) ahaks n gelang. hoh? gelang ape tu? gelang magnet e-dymium la... waaaa terharunyaaa... mahal la gelang ni. duh.. berat je rasa hati nak terima. tp AR kate. kalau aku tak terima maknanya aku tak suka dia. ha? huhuh.. terima.. terima.. kasih.. AR. hehehe

panjang gelang ni. nak kene potong gak. pas ni.. leh la aku tumbuk sape-sape yang kaco aku kan. macam lam eklan may first tu. hua hua hua.



santik tak?? kalau korang kate tak santik pon. aku pakai gak. rugi woo kalau tak pakai ni. hahaha.. ape-ape pun to AR, thanx sangat-sangat. really appreciate it. as akan jaga gelang ni elok-elok. cewah. mcm amanat lak ek? keokeokeo..


ptg ni nak amik kakak aku balik dari kl. abg aku dari sarawak tu pon balik kg anak beranak. coz dia da start kursus kat jb. waaaa.. tak sabar nak jumpe ekal. hihi.. k.. nnt aku masukkan entry aku yg manyak tertangguh ek. huhu

*syg awak. muah muah muah. hi hi

Monday, August 11, 2008

Ujipah Ver.3

ahaks.. da lame soklan dari Kak Tipah ni tak kuar. aku pon relek la.. aleh-aleh minggu lepas soklah suda kuar da... aku pon bz. so, ari ni jek la aku jawab soalan beliau. huhu

Jawapan

antara banyak-banyak entry kak tipah yang aku suker ade lah kat
entry ni. hehehe.. kenapa???

sebab-sebabnya adalah :-
sebab utama yg terbesar pasal entry ni adelah kerana ianya tersangat la kelakar. ramai terkene beb! hahahaha .. dan antara sebab-sebab yang lain adalah :-

1. dekat entry ni paling ramai yg menggomen.
2. dekat sini pon aku turut terpedaya bersama pembaca-pembaca blog kak tipah yang lain. hahaha.
3. kat sini gak aku la pengomen pertama.
4. aku ke yang bikin panas sbb aku yg kasi komen sebegitu rupe? hahahah
5. sedaya upaya aku mencari jawapan dengan meYM kak tipah.
6. aku telah berjaya mendapat jawapan setelah menggorek sedalam yang mungkin. akakaka
7. well done kak tipah!! hihi.. tapi satu ari bila ade entry yg btol2 kak tipah btunang, takut org tak caye lak. hahahha.. takpe.. as akak ttp menggali~~~~.. muahaha..
sekian..

Thursday, August 7, 2008

Check up

hari ni aku nak g Klinik Yasmin dkt ngan opis aku ni wat medical check up. Doakan semoga aku sihat sentiasa ya kengkawan.. really appreciate it.

Aku yang lemah tanpamu……..



masih jauhkan lagi perjalanan hidupku?.....

Sindarela [last episod]



Drama bersiri sindarela kat tv3 baru je katam minggu lepas (baru nak cite pasal ni ke?) ekceli aku tak brapa suka ngan ending drama tu. Bukannya ape… aku ingatkan si zoela akan selamat diijab kabulkan bersama tengku haidar. Tapi.. hampeh. Ngan husin mentibang pun tak. Ngan haidar pun tak. Tapi aku suke babak yang zoela berterus-terang dengan husin mentibang. Husin ni pemalu ke penakut ke pengecut ke aku tak tau la. Tapi aku sependapat dengan zoela. Husin belum cukup kelelakian dia untuk menjadi prince charmed princess zoela. Kalau aku… pun aku tak suke kat husin. Yer la.. dah suka kat seseorang wat pe nak pendam-pendam? Just straight to the point. Perempuan skang ni boleh dikatakan suka lelaki yang suka berterus-terang (macam aku la) kalau dah suka.. tapi tak luahkan isi hati tu, sape nak tau kan? Kalau nak berkias-kias baik g idup kat zaman hang tuah atau zaman cite p ramlee yang dangang pak malau dagang berlipat tu.
Bila dah terdesak, dah nampak pesaing terhebat kat depan dia baru nak kelam kabut nak berterus-terang. Ape? Ko ingat ko dah sakitkan ati seorang pempuan tu dengan membuatkan dia tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya mengharapkan jawapan yang pasti, pompan tu bole duduk terconggok je tunggu ko kat simpang ek? Come on la.. lain kali gentle sket. Be honest. (aku tujukan kata-kata ni kat husin mentibang la wei.. tp kalau ada yang terasa tu, paham-paham je la ek.. hik hik hik) kalau suka katakan suka. Kalau tak suka, straight to the point katakan yang ko tak sukakan dia. Kan senang? Takde la hati sesiapa yang terluka teruk sangat. Kalau skang zaman nujum pak belalang, senang la. Hantar je belalang dok kat tepi ko. Ha nnt senang belalang tu nak dapat jawapan then bagitau kat awek tu. Huhuhu.. emosional ke aku ni?
Aku bukan emosional. Cuma luahkan mengikut pengalaman orang-orang yang berada disekeliling aku dan pengalaman aku sendiri (bukan orang-orang kat bendang tu yer). Errr.. bebalik pada cita sinderela tu tadi. Bak kata bait-bait ayat yang aku sempat tangkap kat last cita tu… cinta pertama tak semestinya akan bersatu. Yes btol tu. Dan tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita bercinta bagai nak rak. Aku ni bukannya terror sangat pasal bab-bab cintan cintun ni. Kadang-kadang ade gak lelaki yang tak paham aku. Yer la antara kawan lelaki (not special k) yang aku penah kenal, dia tak dapat terima perangai aku yang hu ha! Hahaha… kome tau ke perangai hu ha tu camne? Bukan la seorang gadis yang liar. Tapi seorang gadis yang mempunyai otak yang gila-gila yang kadang-kadang serius dan kadang-kadang leh jadi kanak-kanak riang. Kadang-kadang aku wat joke dia ingat aku serius. Dan kadang-kadang sebaliknya plak. Aku lak jadi kompius ngan dia. Ohhh tidak.. aku tak bole get long ngan guy yg macam tu. Pada aku kita harus bijak memainkan peranan kita mengikut masa yang sesuai.
Lebih kuang macam watak zoela tu la.. but no pengkid okey! Errr.. rambut pindik mcm zoela tu comel kan? Aku penah berambut begitu suatu ketika dahulu.. huahuahua..
So dari drama sinderela tu, tak semestinya princess akan bertemu prince untuk membina mahligai bahagia.. wahhh.. bila laaa prince aku nak kasi kasut kaca ni.. wakakakaka..

Tuesday, August 5, 2008

adikku.... dan kambennya...

hahahahaha.. lum taip lagi cite ni aku da gelak. adik? aku manada adik la.. cuma ada seorang insan yg dah lame aku kenal. aku anggap dia sebagai adik aku. berasal dari sabah, berumur ... ntah aku lupe da bape umo die ni. hahaha.. bernama anizan. aku panggil dia anie je. perkenalan kami bermula dalam alam cyber ni la. lame dahh.. dekat 3 taun dah rasanya. ke.. lebih?? hehehe.. tapi.. aku tak pernah bersua ngan dia ni. nape? lum sampai masanya lagi kot. wahh mcm org bercinta lak. yaaaaiiiiiii!! oi dia pompan la woi. ktorang ni boleh dikatakan sekepala la.
skang ni aku nak cerita kan serba sedikit tentang beliau. aku nak cite pasal dia sbb aku dah takde idea nak wat entry ape ni.. wakakakakakak.. tade lahh.. sbb aku nak bercerita pasal dia lahh!! aku teringin gak nak terbang ke sabah tempat minah ni. teringin nak kenal ngan famili dia. yer ar.. rasa mcm satu famili lak kan. walopon aku salu borak ngan die je.. ehh.. ngan c apek pon penah gak. (apek tu adik dia) hahaha..

kat sini aku nak masukkan gambar-gambar yang penah dia bagi kat aku. jaga ko anieee!! hahahah..

sebab ape tajuk adikku dan kambennya??? hahaha.. sebab kat kampung dia.. dikota belud, beliau adalah seorang penternak kamben yang berjaya. wakakakakaka. kamben kesayangan beliau bernama si belang. tp belang da arwah dah.. huhuh cian die.



ni ar gambo c belang. pandai btoi kamben ni tgk kamera ek? hahaha.. tp da mati.. huhu sob~ sob~

tapi!!! selepas pemergian c belang, anie tak berputus asa lagi untuk menternak kamben. wakakakaka muncul plak adik kepada belang ni. haku tak tau lak ape nama dia. hahah



ni ar adek kepada belang. eh same la muka dorang. kaler je lain. (mmg la kamben muke dorang same mangkok!) hahaha

mcmana la suasana umah dia kat kota belud ek? haaa.. untuk tak menghampakan harapan korang, aku masukkan plak gambo umah die kat KB tu. hihihi



nampak tradisional je umah die kan.. eh umah mak die.. (anie yg kate) hahaha.. anie kate depan umah dia ade swimming pool. begitu teruja skali aku mendengarnya.



ini la swimming pool tersebut. air kaler coklet. best ni kalau mandi. sure blonde je rambut. hahaha.. ha tinguk! kamben tetap enterprem.

tu kampung dia kat kota belud. tapi ada lagi satu tempat tinggal dia. kat kudat. kat kudat tu adalah tempat anie melepakkan diri sampai tak sedo diri mcm aku kat cc beliau.



ha sini la tempat ayang menetap. hahahaha.. manja tau nama tempat ni. ayang gitu~~
da lame da minah ni ajak g umah die. cuma aku je tak sampai-sampai. yer la.. die ajak guna air liur je. kalau ajak skali ngan tiket ngan duit belanja suma sure lame dah aku sampai kan? kalau da sampai sabah tu, teringin gak aku nak daki gunung kinabalu. wahhh tinggi tul hajat. tapi mmg aku nak daki gunung tu kalau boleh la.. kalau ade jodoh aku ngan gunung tu.. ahaks. so sapekah anie? dia adik angkat aku secara tak rasmi la. hehehe.. ramai lagi kawan cyber aku yang berasal dari sabah. antaranya alice, mor.. err.. leman nak masuk skali ke ek?? hahaha..



ni la anie.. bersama anak buah dia c fatin. hahaha.. xcusive woo gambar ni.. hahahaha.. wuuu sempat gak ko beli kete baru ek anie.. nnt jgn lume (lupe daa..mcm sengau lak lume) jemput akak kat airport ngan kete ni tau! wakakakkkaka
so adikku.. semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya.. wei kalau anie g mane-mane ke.. jgn lupe akak haaa.. caaaayang dieee.. cewahh.. hahahaha



anie...

From Bangkok WIth Love

uih..nasib tak bersawang blog aku ni.. hehe. sori la.. da lame tak masukkan blog. bz sket.(alasan yang paling glemer)
Macam gempak je tajuk entry ni kan? Hek hek hek… ekceli (actually) entry ni bukan menceritakan tentang pengembaraan aku ke Bangkok pon. Takde kene mengena ngan travel aku. Hee hee..
Camni citernya.. akak aku baru balik dari wat lawatan kat Bangkok. Ape keje die? Tayah la aku citer. Huhuhu.. keje dia adalah mengawal keselamatan Negara. Wah~ hebatnye spekulasi.
So akak aku ni bila dah pegi ke Negara orang, mmg takan lupe kat adik bradik ksayangan dia. Especially aku.wahahaha.. giler pasan dah.
So ari isnin yang lepas setelah seminggu kot dia balik dari Bangkok, akak aku ade lak lawatan kat Lumut Naval Base. Dekat ngan tempat aku la tu.
Alkesah.. beliau telah pun memberi arahan kepada aku (memang keje die pon bab mengarah2 ni) untuk bawak mummy aku pegi ke Naval Base Lumut untuk berjumpe dengan beliau kat saner. Ade barang yang die nak kasi. Sambil-sambil tu die nak kenalkan kengkawan dia dari Negara luar kat mak aku. (kunun-kununnya la.. coz ni planning dia) then aku pon da dapat permisi dari bos aku untuk menskip kan diri diwaktu petang…
Kul 12pm aku telah memblahkan diri pegi ke pejabat pos dulu. Masuk-masuk je amik nombor. Nombor yang aku dapa 2044. bace betul-betul ye tuan-tuan dan puan-puan. Nombor yang sedang ade kat kaunter adelah 2002. kira betul-betul ye tuan-tuan dan puan-puan. Maknanya????? Aku kene tunggu berjam lagik laa… huaaaa… tak dapat lagi aku berurusan kat pejabat pos tu. Semenjak pejabat pos seri manjung ni ade aircond dan menggunakan sistem amik nombor, makin laaa ramai orang yang berurusan kat situ. Dulu takde pon cam ni. Huhuh takpe… tu namanya zaman da berubah.. (eklan berita harian)
Aku hanya berjaya mensuamkan kerusi kat pejabat pos itu sahaja. Kenapa? Sebab aku blah. Maleh aku tunggu. Da janji ngan akak aku kul 1pm nak gerak dari umah. Ni kl 12.30pm pon tak masuk nombo 2010 lagik. Mmg tak leh jadik. So aku pun balik umah nak amik mummy aku. Mummy aku da siap-siap dah. Semangat tu nak jumpe anak dia. Sape tak sayang anak oiiiii… (ingat sayang bini je leh ckp camtu??) hehehhe
So ktorang pon bergerak dari umah dalam kul 1pm seperti yang dijanjikan. Tu pun akak aku asik call je tanye bile nak kuar. Huhu.. lepas aku melepasi gate harimau berantai tu.. (ekceli aku lupe harimau ape name gate tu.. hentam je la.. hahaha) aku pon memandu pegi kearah wisma samudera. Atau lebih dikenali sebagai Mess (tempat pegawai-pegawai tentera melepakkan diri) seingat aku.. tah taun bile aku menjejakkan kaki aku kat situ. Lupe dah. Lame jugak la.. coz dulu akak aku bertugas kat HAT Lumut tu. Salu gak ikut dia g function. Hubby dia? Hubby dia ade kat taiping. Baru naik pangkat jadi C.O kat kem tepeng tu. Ape itu C.O?? Commander Officer kot. Err.. ntah! Hehehhe..
Then bila aku sampai je kat parking mess yang atas bukit tu, aku nampak dah akak aku lambai-lambaikan tangan beliau kat pintu masuk mess. Yang mummy aku tak nampak lagi. Mane nak nampaknya…. Akak aku pakai baju celoreng. Udah seghope dengan pokok yg ade kat situ dah. Hahaha.. then akak aku pon berlari-lari anak datang dekat kete aku. Zupp trus dia suh ktorang masuk kete balik. Ape ke hei nya yong??? Haha.. akak aku ckp.. “tak leh nak dok lam mess la mak. Ramai pegawai lam tu. Panglima suma ade. Siap karoke lak dorang. Nanti segan lak.” Lebih kurang gitu ler. Then dia ckp barang yang dia nak serahkan pada ktorang tu ade lam bas yang die naik. Tapi bas tsebut telah menghilangkan diri beliau dalam sekelip mata. Terror sungguh bas itu. Hahaha.. dia call orang-orang yang boleh dipercayai untuk mengesan dimanakah lokasi bas tersebut. Then pemberi maklumat tersebut memberitahu tunggu dekat KD Pelandok. Tempat stimulator? (macam salah je aku ni) Eh tah ape aku da lupe. Then aku pon bawak la g situ. Ingat nak masuk lam KD Pelandok. Tapi akak aku cakap jangan masuk la.. segan. Eii aper da.. name je askar.. Opss…. Hehe.. so aku pon memparkirkan kereta kat depan stadium. Selanjutnya informer akak aku ckp bas ade kat FOC (Markas Armada) huakkk.. akak tanye aku bole masuk situ ke?? Mmg la bole tp kene tinggal pas la.. bla bla bla.. ikut procedure dorang la. Pas tu bas pegi kat kapal la.. eii macam-macam. Err… name pon lawatan kan???? Haper la aku ni. Aku nengok minyak kete aku da nak merah. Lupe lak nak isi sblm tu. Last-last akak lanjer aku isi minyak.. heheh toceh-toceh. Then pusing lagi la Pangkalan TLDM tu…. Akhirnya.. ktorang bjumpa dengan bas kat tempat yang asal tadi jugek. Kat Wisma Samudera. Uhuhu.. sabo je ler. Akak aku kepanasan. Mane taknye baju tu dah la tebal. Bila bas da sampai, akak aku amik barang-barang yang die nak kasi. Walahhhhh~ manyak lak tu. Sampai 3 beg. (beg pakaian tauu.. bukan beg pastik) uhuhu.. satu beg tu dari akak aku sorang lagi yg dok sunway. Kirim skali la tu. Dua beg lagi dari akak aku yg tu la. Tak lame pon bermesra-mesra ngan dia. Sejam je. Ye la.. coz dia ade agenda lain. Ekceli mase tu pon dia tgh bertugas. So curi-curi la masa dia sket nak jumpe. (macam tak penah jumpe setaun…………..huhuh) so niat die nak memperkenalkan kawan-kawan seangkatan dari luar Negara kat mummy tak kesampaian.. takpe la.. tunggu la die grad nnt. (akak aku tgh study kat UM skang ni.. huhu)

ni la antara barang-barang or adiah yang akak aku bagi kat aku. sooo niceee~ ahaks



hoh.. manyak tak? hehehe.. kasut ader.. tshirt ade.. aku suke sgt tshirt tu. size m tau! ingat klu sape-sape nak belikan kat aku, pilih je saiz m. gerenti muat. hahah.. yang biru tu la kipas versi topi. cumil jek



taraaaa... da jadi topi. hehehe.. santik takk??



ni pon dia selitkan skali.. haha.. gambar akak aku ngan hubby dia. ahaks.. somelnyaa..

Bila barang suma dah selamat diagihkan, seronok sangat. Cayangggg kat akak aku. Untuk mummy dia belikan kasut ngan handbag. Untuk aku dia bagi kasut, baju, tshirt ngan topi vs kipas. Comei jek. Yang beg dari akak aku kat sunway, dia bagi baju-baju n suar yang masih elok. Kira pakaian basahan la… mmg dah bese dah. Dari kecik lagi aku pakai baju akak-akak aku ni.. hahaha.. yang selebihnya, banyak barang makanan. Macam kudap-kudap ler. Aku appreciate sangat ngan pemberian akak-akak aku. Walau sekecil mana pun… suma aku simpan. Baru la terasa betapa bertuahnya jadi seorang adik.. heeee… walaupun slalu kene buli. (buli manja gitew) tapi. Aku tau dorang suma sayangkan aku.. sob~ sob~ terharu la pulek… hihihi.. biasa la tu kan. Adik-beradik mane leh berpisah. Gadoh ke, kene marah ke, tu biasa. Tanpa mummy ngan adik-beradik aku yang lain.. siapa lah aku…………………………………