Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Friday, July 13, 2012

Murtabak Mini

murtabak mini
alhamdulillah.. bahan-bahan yang aku tunjuk sebelum ni da jadi murtabak mini ni ha. da selamat masuk perut dah pun.. hehehe... siyes sedap. ada rasa macam samosa pon ada gak. lepas ni, tak payah susah-susah nak berator beli murtabak da kan... hiks.. korang nak resepi? ok sebelum tu, aku dapat resepi ni dari blog My Kuali.. terima kasih kak rose. 

ok bahan-bahannya..

1. 100g daging cincang (aku guna lebih kurang 150g..brand ramly)
2. 2 biji telur
3. bawang besar, bawang putih (potong dadu) - aku guna separuh je bawang besar. 
4. daun sup/ daun bawang
5. sedikit kobis yang di cincang memanjang (ni aku tambah sendiri)
6. satu sudu serbuk kari (bancuh dengan air)
7. 2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
8. garam dan perasa secukupnya
9. kulit popia (aku guna yang besar punya)

cara-caranya

inti
- mula-mula tumis separuh bawang yang didadu bersama bawang putih *separuh lagi nak masukkan dalam telur
- bila da naik bau, masukkan kari dan tumis sampai pecah minyak. kemudian masukkan kentang, dan daging... masukkan sedikit air untuk bagi kentang tu empuk.
- masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. kemudian bila kentang da empuk, masukkan daun bawang yang telah dihiris halus.
- tutup api, pecahkan telur dalam mangkuk yang bersih, kacaukan telur masukkan kobis dan lebihan bawang besar yang dipotong dadu tu.. dan masukkan juga inti yang telah dimasak tadi.
- gaul sehingga sebati.
- kemudian letakkan inti di tengah-tengah kulit popia, balut macam balut popia tu jer..
- gorengkan dalam minyak yang sedikit.. bila kulit da agak garing, da masak la tu...
- da siap! dan sedap dimakan macam tu jer... atau cicah dengan sos cili..

mula-mula aku nak ambil gambar murtabak tu dengan intinya.. sekali da abis da... hehe.. tak yah masak nasi.. makan murtabak jer... hubby kata sedap =) nak masak ni tak payah ikut resepi sangat tau.. ikut cara kita memasak. tak tau macamana nak explain. kalau da selalu masak.. korang tau la apa maksud yang aku nak sampaikan ni.. selamat mencuba! 

1 comment:

cha said...

Senang kak. Nk tryla nanti hee