Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat menyambut hari raya korban buat semua warga internet yang sudi membaca blog saya ini.. haha.. leh ke bagi ucapan macam ni? ok u'ollssss... selamat bercuti k. jangan teroverdose makan lak. aku mula bercuti esok 27/11 - 29/11. alaaa.. ari isnin nak keje balik da.. huhuh... so, selama bercuti tu kalo ade masa terluang, aku update la cite la yer.. kalo takde, pepaham je la... kat umah aku takde intenet. huhuhu sungguh kasihannn..

so? ape makna korban pada korang?? harap ianya tak terlebihhh sudah la ek.. ehehehe...so, lepas raya nanti aku lagi bz giler. selamat bercuti u'ollssssss....

Wednesday, November 25, 2009

Ape yang baru??

aku beli laptop baru semalam. brand ape?? lenovo s10-s ideapad. tecit je.. senang aku nak bawak kemana saje. tak de la berat macam laptop lama aku tu. huhuhu.. korang nak tau harga? survey sendiri ek.. lain tempat lain harga kot. ahaks.

sampai umah smalam trus godek-godek ape yang patut. same je function macam laptop yang lain. so kawaiii..


suci tak? hehehe

free gift yang aku dapat


kotak pon nak tunjuk... wakakakka... puas ati gak dapat laptop baru ni. duit pon puas melayang-layang kat tangan tokei tu kan.. hahaha.. pas ni nak beli ape lak?? takde kot. simpan duit nak kawin je laaaa... cewaaaaaahhhhh!! ahahah.. *errr.. duit kawin bukan cik abe yg simpan ke?? ngeeeee...

korang nak lappy mcm aku ni secara free tak??? haaaa.. klik kat iklan nuffy share & win nexcare ni. masuk peraduan tu. grand prize dia sebijik macam lappy aku. pe lagik?? klik cepat!! :D

Monday, November 23, 2009

Segala Yang Indah Ada Di BUTIK edast

STICKY MODE!!
entry terbaru ade kat bawah!
peace! :D

ok.. ni adalah entry berbentuk contest yang ada kat blog online shopping kesayangan aku ni.
blog ni menjual pelbagai jenis selendang atau shawls, pakaian wanita, anak tudung, pelbagai jenis tudung, handbag, aksesori wanita, dan pelbagai jenis crocs yang berwarna-warni. cantik dan somel sangat crocs yang ada. dulu-dulu aku tak bape pandai nak pakai shawls. tapi semenjak aku masuk blog ni aku da menjadi peminat shawls yang fanatik. thanx edast! sepanjang aku membeli secara online kat blog edast ni, tak penah lagi aku dapat masalah. selalunya bila da siap wat payment, edast akan pos terus barang yang aku order. barang yang aku dapat tu selalunya memuaskan hati aku sangat-sangat! *ni bukan ayat untuk membodek sebab nak menang yer!. ni memang betul-betulll kejadian. hehehe..
so kepada korang yang memang pakai shawls atau yg berminat nak pakai shawls tu, JOM TENGOK sini. macam-macam jenis corak dan fabrik yang ada. suma latest-latest u'olls.... aku kalau jenguk kat blog tu.. sure jatuh centa trus ngan shawls yang ada. kalau korang nak beli terus kat kedai edast pun boleh jugak. kedai dia terletak kat UPM serdang sajork! so, leh pilih trus kan? ape tunggu lagik??? jom klik sini!

Gabra, Kalut, Celaru

tetiba aku rasa cuak, gabra, meggigil, persiapan ape pon tak buat lagi ni. lagi bape ari je beb. korang mesti tensen je ngan aku kan? aku tak cite ngan detail pasal HARI ITU. bukan tanak citer.. tapi aku ingat nak ceritakan kemudian. bila semuanya telah berlansung kawa.. ehh.. berlansung ngan selamatnya.. tapi aku rasa sesetengah dari korang da dapat tangkap ngan ape yang aku maksudkan. betul tak?? i know u'olls ni kan genius.. heee..
baru la aku tau.. betapa blur nya aku. same macam blurry yang selalu blur tu jugak. like car like tuan die. [like mader like doter konsepnya].
aku tak tau nak mulakan dari mana. kalau ade garisan pemulaan macam nak lumba lari tu senang je la.. aku menoggeng kat situ [on ur mark get set go!] aku lari terus jek. tapiii... dalam kes aku ni, memang aku tak tau nak mulakan dari mana. so, aku beli je barang sikit-sikit. ikut naluri aku *siksen la tu konon! smalam akak ipar aku call tanyekan pasal perkembangan persiapan aku

kak nomi : dik ko buat ape tu?
masa tu sengsorang kat kedai florist. hajat di hati nak cari manik.
aku : dok cari manik ni kak
kak nomi : camne persiapan ko? da buat belom??
aku : satu ape pon belom ni kak
kak nomi : *dengan suara niang rapik beliau. hape??? ko bior betui dikk! ni da bape ari bulan daaa! lagi bape ari lagi nak sampai hari da ni. *pot pet pot pet pot pet die becakap. aku dengar je. memang lame u'ollsss die bagi nasihat. memula aku relek jek. tapi lepas dengar hasutan dari beliau, terus aku menggigil.. wakakakak.. pas tu..... da lame borak... *ade lam 10 menet kot.. ke lebih .. aku pon tak pasan..
aku : kak, nnt kite sambung lagi ek. adik kat kedai ni. nak bayar barang ni jap
kak nomi : laaaaa?? ko kat kedai ke?? lame kite nyembang rupanya ko kat kedai??
aku : ye la kak. tadi kan adik da bagitau..
kak nomi : ha ye lah. nanti akak call ko lagik
wakakakakaka.. ni laaaa akak ipar kesayangan aku ni. orang lain yg punye majlis, die yang kalut. tapi elok pon kan?? kasi cargas sket otak aku ni.... *bukan aku da bgtau kat die ke yg aku ade kat kedai??? hahahahaha... sabo jek la... habis je becakap ngan die, trus aku beli riben la.. bunga laa.. gam la.. memacam ape yg terlintas lam kepala otak aku ni la. padahal memula nak beli manik jek! wakakakaka... so kalut! pas ni nak bawak consultant plak bawak beli barang. *tak ble bla je ayat! wakakaka..

Thursday, November 19, 2009

waktu senggang

ahad lepas.. akak aku telah meluangkan masa dia menganyam tudung saji ni ngan riben. cantik tak u'olls??? kretif btui dia.. ade yang berminat tak?? hehehe.. aku pon tak pasti samada dia jual atau pun tak tudung saji yang dia buat ni. ada lagi 2 corak yang dia buat. lupe plak aku nak snappy.

waktu senggang aku plak.. buat ni la.. susun-susun balik manik yang ade lam box ni. hurm.. korang tau ke manik ni aku buat ape??? a'ah aku wat masak kicap jer.. wakakakaka! takde lahhh.. aku wat jahit manik kat baju-baju aku tu.. kalau ade yang nak mengupah pun aku buat gak.. bergantung pada faktor waktu jugak la kan.. kalau hantar ari ni pas tu nak besok, aku suh dia buat sendiri je.. ngeh ngeh ngeh..

hurm... perlu di tambah manik-manik yang baru ni... especially pink.. purple... cewah!! hahaha... korang cuba la hobi ni.. best tau!!!

Keretaku sudah sehat!

alhamdulillah... sejak kete aku pandai wat lawak ari tu.. aku agak risau ngan perangai pelik dia. makanya aku dah suh pomen peribadi (*cewah!) aku untuk merawat penyakit kereta aku tu. *patot kene bagi nama kat kete aku ni.. nak bagi nama ape ek?? huhu...
agak baik kerana tak melibatkan gearbox. kalau tak.. mau meroyan nak makan gearbox kete aku tu wat sup. kos pembaikan adalah dalam 3++ u'ollsss... manyak yang aku da tukar. so, perjalanan adelah smoothhh... tidak berupa semutt...
oleh itu, mulai ari ni aku akan memberi nama kepada kereta kancil aku tu blurry. oleh sebab kerana dia slalu menimbulkan masalah yang membuatkan aku blur. ngahaha..
pesanan untuk blurry, jangan la selalu bagi aku masalah yer... aku tau ko da tua.. aku tak bagi ko susah, ko jangan bagi aku susah yer.. konsep win win kekdahnya. *bedal..
oke blurry, pasni kita pegi jenjalan sesama .. kemana aku pegi nanti.. aku bawak ko jugak! oke!!
saaaaayang blurrrryyyy... muahhhh!
*gilo btui cium keter.

Wednesday, November 18, 2009

Hari Kebesaran Kawan Chattingku..

ingat lagi tak entry Tersebutlah Alkisah ni.. aku tak dapat pegi majlis kenduri kawin beliau. sedih siot!!!! aku tak dapat nak elak sebab-sebab kenapa aku tak dapat pegi. sorry my fren.. aku harap persahabatan kita tetap macam dulu walaupon aku tak dapat datang keduri ko.. huhuhu *sedeyy! so kat sini aku nak tunjuk gambar-gambar dihari persandingan beliau. tengok pon da tau dorang bahagia. Selamat Pengantin Baru Linda!!!! :D aku doakan perkahwinan ko akan berkekalan sehingga hujung nyawa.. sekarang ko da bergelar puan tau! bukan cik lagi! jangan dok perasan! hahahaha..

gelap owhhh.. tapi ko tatap cantik! untuk pengetahuan korang.. die ni salu pakai spek. di hari kejadian.. spek beliau telah hilang.. maka terpaksa la beliau tidak memakai spek. *Pstt!! ko nampak gak orang yang dok jejauh tu kan linda? hahaha.. *sila jangan percaya ape aku taip!!

dengan adik beradik beliau... *aku kompius ngan karer baju perantin. dia kate nak pakai kaler pepel.. skali??? cam maroon je aku nampak ni.. huhu

so cute! ;)
wahh debar-debar gitu kan? :P

jeng jeng jenggg...

the queen..
pelamin ...
linda n wan forever! cewahhh!! ade rejeki, kita jumpa lagi k sahabat.. selamat menempuhi alam baru... jaga rumahtangga elok-elok.. n semoga cepat dapat cahaya mata.. hihihi...

turn aku??...hehe.....

Tuesday, November 17, 2009

cooking day

entry sedap lagikkk!!! hihi

dimulakan dengan ayam yang telah dibogelkan... wakakaka.. ahad lepas aku telah merajinkan diri nak masak ayam ala-ala kenny rogers. tayah nak beli mahal-mahal tu kan. wat sendiri pon jadik la.. sekor ayam leh makan beramai-ramai.
ape?? korang nak tau bahan-bahannya?? *cewah prasan orang dok tanya ni.. wakakaka.. bahan-bahannya adalah

lada hitam, daun rosmary, butter, garam n gula secukup rasa. diiringi dengan selawat

sepatutnya bahannya adalah lemon. tapi... nan ado.. makcik gunakan tanaman yang ada di sekeliling umah je la. buah belimbing besi ni pon masam macam lemon kan?? bedalll.. hahahah.. ubi kentang tu ikut suka korang la nak letak ke tak..

hambikk!! sumbat je bahan-bahan yang ada tu kat dalam perut ayam ni, celah-celah bedah eh kulit.. atas kulit.. dimana jua yang korang berminat nak urut la kan... ahaha


pas tu bakar lam 200 dajah celsius.. selama sejam.. ni la hasilnya... da nak abih kene makan baru ingat nak amik gamba... ya ampunnn.. hahaha..

oh ya! sementara nak tunggu ayam tu masak selama sejam.. aku wat sotong goreng tepung ni. guna tepung adabi tu jek. tetap mabelessss u'ollsss....
selamat menjamu mata! :D heeee..

Al-Quran sebagai hantaran


"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil..

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum..

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you
will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Copy paste dari email yang kawan aku send. Renung-renungkanlah... terima kasih sahabat...

Monday, November 16, 2009

melawat...


sabtu lepas aku takde wat aktiviti ape sangat. pepagi takde buat mende sangat. petang tu baru kuar jap pegi hospital angkatan tentera kat lumut (HAT) tu. melawat sepupu yang sakit. aku ngan anak dia kiranya mak sedara la. padahal sebaya. hik hik.. tapi kitorang panggil nama jek.. cool kan?? ngeee... sori.. aku tak snappy gambar-gambar kat HAT. malas la nak amik gambar bagai. nama pon melawat yang sakit kan. kang orang yang sakit tu sakit ati lak tengok perangai aku. hahaha... sepupu aku tu dimasukkan kat spital sebab kencing manis... kelima-lima jari beliau da kene potong.. aduhhh... tak tau la bape lame dia nak dok kat spital tu. aku harap beliau akan cepat sembuh. abis melawat mak, kakak aku (kak ila) ngan aku pegi cari rejeki kat restoran sri lili. *restoran akak aku (kak ijah) la wei.. cari rejeki preeee... wakakakakka.. jahat ini budak!
skang ni musim hujan u'ollsss.. sejuk-sejuk gitu.. syok dapat tdoq ni. hehehehe...
musim cuti skola pon da nak mula... so.. adek-adekkk... manfaatkan la cuti yg ado tu yer... walopon aku takde adek.. tapi anak-anak sedara aku tu la adek2 aku.. bleh??? hihihihi...

*jaga la kesihatan badan kita....

Rindunyaa!!

huih.. baru 2 ari aku tak bukak blog da terasa rindu. cewah!! ada apa-apa makna ka cheq?? hahah.. tunggu ek.. jap lagi aku update cerita sepanjang cuti minggu aku. sini hujan je wei! tempat korang camne?? depan umah aku da mula melakung air. abis la kalau sape pakai kasut tinggi.. hua hua hua.. so.. tunggu jap lagi aku update ek! ade entry sedap lagi u'ollsss... hahaha... byee..

Friday, November 13, 2009

kereta aku buat lawak?

kan aku dok citer yang kete aku bermasalah.. tak leh masuk gear 1 ngan 2. tengahari tadi elok je plak. kenapa ek??? pelik la aku....
agak-agaknye pas ni dia wat hal lagi ke? huhuhu.. takotttttt...
ke keta aku nak bergurau ngan aku?? hahahaha.. pandaila dia wat lawak kalau macam tu kan.. ish ish ish... any idea tak korang??

*buntu

Menghitung hari..


diam tak diam.. hari ni dah 13hb nov. lagi beberapa hari je tarikh tu nak sampai. alamakk.. terasa macam cepat pulak masa berlalu.. persediaan baru dalam bape peratus jek.. banyak lagi nak kene beli ni.. dan banyak lagi yang nak kene uruskan.. huhuhu.. ape-ape pun aku harap semuanya akan berjalan ngan lancar.... insyaAllah..

dalam masa nak guna banyak duit ni, kancil aku meragam lagik! tak leh nak masuk gear 1 ngan 2 plak! semalam kelam kabut aku kat traffic light. nasib baik gear 3, 4 ngan 5 bole berfungsi.. haddduuuu!! apekahhh nasib???? mane nak cekau duit lagik nihhhh! ish... Ya Allah.. permudahkan la urusan hambamu ini....

Thursday, November 12, 2009

entry sedap!!!

malas nak cerita pasal entry memedam perasaan macam semalam. ari ni seperti yang aku janjikan sebelum ni, aku ade kate nak cerita entry sedap kan?? aaaaa ni tengah rajin ni.. aku wat entry sedap. petang ahad tu *matik laaaa entry da lapok... tak kire.. nak citer gak.. muahahaha..
petang ahad tu aku ajak mak pegi umah acik lagi. nak hantar kain lining untuk baju yang aku hantar ari sabtu tu.. mak pon nak tempah buat baju kurung die. pink lagi u'olllssss.. aku yang paksa die amik kaler pink. baru la sedondon nanti kan??? muahaha.. pas tu macam biasa la.. mak aku kalau da sampai umah acik tu.. tak sah kalo tak nyembang. ade je citernya.. pas abis citer... seperti yang dijanjikan, acik da siap-siap amik buah rambutan untuk kitorang.. banyak wooooo.... pe lagik.. bedal laaaaa.... pas tu nak amik durian plakkk... oh noooo... aku suh mak ngan anak buah aku makan kat situ gak. takde nak tapau-tapau masuk kete aku ok! keputusan adalah muktamad!


seeeee..... sebakul rambutan kaler merah ni sedap wooo .. manisssss.. lekang lak tu.. fuhh.. puas makan.. alhamdulillah


tak cukup kaler merahhh.. di tambah lagi ngan kuning tu.. huaaaaa lagi meletoppppp.. maniss giler.. isi die tebal.. fuhhh melelehhhh


kasi close up skettttt! :D


ye.. saye pecinta rambutan... ngeeee

mereka pula adalah pecinta durian.. yekssss *mase amik gamba ni aku tutup idong ngan selendang aku. harap maklum



ni la pokok durian tu.. hp camera je ... tak leh nak zoom tahap dslr.. huhuhu


ni ape anak-anak??? mangosteen kate omputih... manggih kate oang perak. manggis kate oang keyell.. hihihi

tak masak lagi la plak... huhuhu kempunan nak merasa kait buah mangis

ngahahaha.. penuh bonet kete aku. nasib baik tak abis rambutan ni kitorang kebas. kalo tak.. mesti acik tutup pintu umah die tiap kali kitorang datang.. wakakakaka.. tapi seronok skang ni musim buah-buahan. kat umah aku tu ape yang ade?? pokok pisang ngan sukun ade la.. hahaha.. pas tu satu lagi buah mulberry.. tu kecik cenonet je buahnye.. tapi mak aku da tanam pokok rambutan kat umah dah. tunggu la lagi 2 tahun... mang aihhh.. lame sungguh.. so.. kat umah korang ade pokok buah-buahan tak??? cite arrr.. hehehe

Wednesday, November 11, 2009

Aku diuji...

kenapa aku perlu diuji dalam waktu-waktu yang macam ni... ye.. aku terima ujian tu.. tapi adakah petunjuk ujian itu adalah yang baik atau buruk untuk aku? dalam waktu hari tersebut da nak sampai... tak lebih dari 30 hari lagi.. aku tiba-tiba diuji sebegini.. ikhlas ke dia? jujurkah dia???
ya Allah..... petunjuk apekah yang ingin kau tunjukkan ni...



yang baik semuanya darimu Ya Allah... yang buruk semuanya dari hambamu yg kerdil ini......
aku redha ...

Tuesday, November 10, 2009

cerita di pagi ahad

pepagi ahad lepas.. aku rasa macam malas nak masak sarapan lor.. heee... mak pon malas nak masak.. last-last aku ajak die pegi pasar tani manjung. tengok-tengok anak buah aku si eda tu pon nak ikut skali.. jomm... jalan manyak tutup arhhh.. coz ade power man.. yg malakoff tu.. *blasah je la eja dia. ala.. yang joging-joging pas tu naik beskal lak.. aku malas nak amik port sangat pasal tu. on the way nak pegi pasar tani takde masalah. just pusing jauh sket je la..
sampai kat pasar tani aku da tengok ramai dah orang datang. nak parking dalam pon da macam full je aku nengok.. so park kat luar je la.. tepi jalan je..

aku suka pegi sini sebab ade nasi lemak yang sedap. nasi dagang pon ade.. aaa macam-macam ado la.. murah-murah lak tu... pas tu beli barang untuk wat masak tengahari skali.

mak den nampak potai.. rembat...
tu eda da jinjit pucuk paku..

plus plak ngan udang... jadik la masak lemak pucuk paku + petai + udang.. fuuuhh mabeles!

segar dari ladang wokk
apesal mcm askar lak tudung ko ni eda?? muahaha

helikopter kat atas tu tak abih-abih memusing.... memantau power man tu kot..

so aku beli nasi lemak + telur goreng sajok.. *sori nasik lupe nak snap. sambal die sedapppp

ade jugak jual arnab kat sini.. somellll

errr... amik gamba je la.. coz da tanak bela arnab.. asik mati je.. matik la pembunuh... huhuhu


kat traffic light ni pon leh jem.. gegara si powerman nak berlari-lari anak... aku tak tau la pukul bape dorang ni abis. setahu aku bila nak kuar waktu petang, dorang da selesai.. da takde banner malakof lagik.. cepat tul abis.. tapi.. bagus! takde la manyak jalan yang tutup lagi... ape aku buat petang-petang ahad tu plak??? tunggguuuuuu di next entry... pastinya entry yg begitu sedappp!!! hahahaha!

Monday, November 9, 2009

my saturday

hari sabtu lepas.. pagi-pagi tak wat ape sangat kat umah tu. petang dalam jam 4 baru kuar umah. nak pegi umah makcik aku.. gi tempah baju je..
untuk pengetahuan korang... dari masa aku sekolah lagi aku selalu upah dekat makcik aku ni. selesa pakai baju yang die jahit. so sampai la skang ni aku masih menggunakan khidmat beliau.


ni la makcik aku tu. kerja die full time amik upah menjahit. wat kat umah jer... cakap je korang nak fesyen ape.. gerenti die bole buat. so, sabtu ari tu aku suh die wat kurung moden. harap-harap cantik la aku pakai nanti.. sebab aku tak penah wat kurung moden lagik ni.. wahhh... ahaks..


aku ingatkan customer makcik aku ni melayu je.. tak sangka plak dari kaum lain pon ade. aci ni datang amik baju yang die tempah. keje cikgu. peramah lak tu.. rajin die menyembang ngan mak aku.. kagum aku di situ.. lepas je siap amik ukuran badan aku suma... time untuk balik. sepanjang aku kat umah makcik aku ni.. memang aku perasan ade bau durian. aku pon nampak buah durian tu di susun-susun cantik kat luar umah. hadu.. tahan je la... untuk pengetahuan korang semua, aku ni dari kecik tak makan buah durian tau. bukan aku sengaja belagak tanak makan. tapi memang tak leh masyukkk laaaa.. tahhh tak sedap ponnn.. bau die pon aku tak leh nak tahan. ujung-ujung masa nak balik tu makcik aku bagi durian kat mak aku.. huaaaaaa menangis aku disitu (lam hati je la) nak tak nak.. terpaksa la sumbat kan jugak durian lam bonet kereta aku. mak aku da bagitau kat makcik aku yang aku tak makan durian.. so mak kate bagi 2 biji je la... huhuhuhu.. tak baik kan kalau aku menolak pemberian orang.. nak tak nak.. aku terima jer.. sepanjang perjalanan balik tu aku senyap je tak bercakap ngan mak aku. sebab?? sebab aku da mula fening-fening ngan bau durian tu. aku tak bukak air cond pon.. tapi masih jugak bau dia ade.. fuhhh.... dugaaannn..
*teruk ke aku? hehehe.. tapi kuah durian atau pengat durian tu aku makan lak.. hahaha.. jangan marah u'olllssss...
nasib badan ler... abe aku peminat fanatik durian.. buatnye die dera aku sumbat kan jugak durian lam mulut aku???? huaaaaaaaaa kabo kat makkk!! huhuhu


*bukan sengaja....

Friday, November 6, 2009

Warna aku adalah........

semestinya pink! heheheehehehe...

*tak prepare ape-ape lagik ni... huhuhu