Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Tuesday, February 19, 2013

Rumah Untuk Disewa (dah ada penyewa)

alhamdulillah.. kami dah berjumpa dengan orang yang hendak menyewa rumah kami. 
cuma nak uruskan urusan sewa menyewa jer. 
cukup bulan nanti boleh masuk.. 


kat bawah ni la penyewanya...


hehehe takde lah.. kebetulan masa pergi jenguk rumah minggu lepas.. si comel ni yang jadi penunggu depan pintu rumah.. tapi tak boleh nak dekat.. dia da lari terus.. 

malam ni insyaAllah saya akan update pasal contest hari tu yer.. 
maaf sebab terlambat sket... hee.. peace!


Monday, February 18, 2013

Contest Create Nama Page FB

Sticky Post .. Scroll bawah untuk entry yang baru

Bismillahirrahmanirrahim...

seperti yang aku janjikan . aku nak buat contest kecil-kecilan untuk reader blog aku ni. aku taknak buat yang susah-susah.. buat yang senang jer untuk memudahkan korang join contest ni. ok macam ni.. aku nak korang create / cipta satu nama untuk aku letak dalam page FB aku. sebenarnya aku buntu nak letak nama apa.. huhu.. kriteria page aku tu.. adalah page untuk buat jualan bagi barangan bayi dan juga untuk ibu. antara barang-barang yang aku jual antaranya

kalau untuk ibu :-
- tudung
- baju muslimah dan sesuai untuk nursery
- dan aku juga ada buat service untuk upah jahit manik
- semi inner



untuk bayi pulak :-
- aksesori untuk bayi menyusu.. macam-macam ada...
- cloth diapers
- baju kurung budak.. macam-macam lagi la untuk bayi
- baby carrier, baby sling (khas untuk mengendong bayi)


ok.. tu antara kriteria bisnes yang aku jual secara online.. 

syarat untuk korang join contest ni..
1. link kan entry ni dalam blog korang.
2. tajuk entry korang nanti letak CONTEST ADRIEA
3. bagi nama yang sesuai dan sebab-sebabnya.. aku tak kisah sebab tu korang nak tulis banyak mana..psstt tlg jangan letak nama 'adriea' dlm page tu.. coz tu just nick name for my blog..
4. bila da buat.. bagitahu dekat komen entry ni yang korang join contest ni. tinggalkan add email korang sekali.. nanti senang nak contact bila korang terpilih :)
5. contest akan expired pada 18 Feb 2012 jam 12 tengahari. 

tu jer.. :) senang takk??? *1st time wat contest ni.. tak tau la ada sambutan ke tak.. haha

hadiah? 

yang terpilih tu mesti la sorang je kan.. hadiahnya sehelai tudung syria chiffon yang bersulam manik.. 

tadaaa.. ni hadiahnya ;)

selamat mencuba!

Saturday, February 16, 2013

- KeCeWa -

Apa la Yang Dapat Dengan Menipu?

Bukan SekaLi..

Hati KeCeWa


Friday, February 15, 2013

tolong! tolong!

hehehe poyo jer tajuk...

errr.. tapi sebenarnya memang aku nak mintak tolong pon.. nak mintak tolong dekat korang creatkan nama page yang aku nak buat kat fb. dah lama memendam hajat nak buat satu page tempat aku jual barang-barang yang aku jual sekarang ni. dari tahun lepas lagi hajat aku ni.. tak buat-buat lagi sebab aku tak tahu nak letak nama apa.. huhu sadis.. sadis...

so sekarang aku nak mintak tolong kat korang korang yang baca blog aku ni.. bagi satu nama. bukan mintak tolong dengan tangan kosong tau.. aku bagi hadiah nanti.. hehe.. senang cerita.. aku buat contest je la nanti ek.. esok aku letakkan syarat-syaratnya k... so.. tunggu esok... sementara tu.. hari ni boleh la nak fikir nama apa yang sesuai untuk page aku nanti.. cewah.. bajet ramai yang baca blog aku ni...

stay tuned!

Wednesday, February 13, 2013

Al-Fatihah Ahmad Adam Syukri

walaupun anak syurga ni telah pergi ke sisi Allah maha penciptaNya.. tapi aku rasa ingatan pada arwah tetap segar dalam ingatan.  dan walaupun dah lama aku tak update pasal adik adam... aku masih mengikuti perkembangan dia dekat facebook. sebelum arwah meninggal.. ibu arwah ada update dekat status pasal nak membuat pembedahan dibahagian tekak, perut dan juga matak. tapi disebabkan suhu badan adam yang kuat.. ianya telah menyebabkan jangkitan pada paru-paru beliau. hmm teringat aku pada arwah qaisara.. sedikit demi sedikit jangkitan merebak dalam badan anak aku.. sehingga meragut nyawanya..

sekarang ni qaisara dah ada kawan baru.. kawan baik-baik dengan adam yer qaisara.. :) semoga anak-anak syurga ni setia menunggu ibu di pintu syurga..

al-kisah.. sebelum arwah adam meninggal.. aku ada simpan niat nak jenguk dia kat HKL.. ye la.. bukan jauh sangat HKL dengan rumah aku. lagi pon aku ada appointment dengan pakar O&G nanti.. appointment apa.. tak perlu la aku ceritakan.. tapi hajat aku tu tak sampai.. adam pergi lebih awal dari tarikh appointment aku.. apa yang aku banggakan.. adam adalah seorang baby yang sangat kuat! ye.. sangat kuat.. sebab adam boleh bertahan selama 11 bulan 3 minggu.. lagi seminggu .. adam masuk usia setahun.. Allah lebih menyayangimu sayang.. aku dapat rasakan macamana perasaan ibu adam. sebab aku pon salah seorang ibu yang kematian anak juga... sabar ya ibu adam...

pagi tadi... rezeki aku nak tengok siaran terakhir berkenaan baby adam dekat MHI TV3.. saat adam hidup.. hinggalah adam pergi menghadap ilahi... dari badan adam yang kurus kering tu.. sampai la badan adam da berisi.. bam bam tau.. comel sangat.. apa yang terdetik dalam hati aku saat aku tengok muka adam setelah dikafankan.. hati aku berkata.. 'ya Allah... cantiknya adam..' ya.. memang sangat cantik muka ahli syurga itu.. bersih dan tenang je..

masa tu dijemput kakak angkat adam untuk bercerita mengenai adam.. kakak angkat adam cakap..sebelum adam pergi.. masa ibu adam baca yassin.. tiba-tiba adam angkat tangan dan pegang tangan ibu dia yang pegang yassin tu.. dan adam pegang yassin tersebut.. :) memang ibu dia terkejut sikit. sebab adam aktif masa tu..

senyuman terakhir dari adam.. 

memang tak boleh tahan air mata ni masa aku tengok cerita pasal adam dekat tv3 pagi tadi... cuba tahan .. tapi sebak je hati.. sakit woohhh kalau tahan-tahan ni.. last-last merambu je air mata. nasib baik tinggal sorang kat rumah.. hubby da pergi kerja.. huhu.. pengacara MHI pon semua nangis.. bersemadilah roh mu dengan aman di sana sayang...
al-fatihah buat ahmad adam syukri dan al-fatihah juga buat anak aku nur iffah qaisara bt zamri..

Masjid Tanah Melaka : Rumah Teres Untuk DiSewa

KEPADA READER YANG MEMBACA POST INI.. ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA RUMAH YANG DIIKLANKAN DIBAWAH INI SUDAH ADA PENYEWANYA.. HARAP MAKLUM YER...

Sticky Post. scroll ke bawah untuk entry yang baru

Bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah.. urusan rumah dimelaka da selesai sepenuhnya.. cuma sekarang kami sedang mencari penyewa  yang ingin duduk menyewa rumah tersebut.

Rumah untuk disewa.. da siap pasang grill dekat  sliding door dan semua tingkap
ok meh aku letak detail sikit pasal rumah ni

Bilik : 1 master bedroom disertakan dengan 2 lagi bilik tidur. kesemua bilik telah dipasang dengan kipas ceiling. sebab sebelum ni dorang tak letak kipas pon.

ruang tamu : ruang tamu yang mempunyai keluasan yang selesa.. ada pasang kipas jugak.

dapur : ruang dapur.. ada tempat letak meja makan. ada sinki.. dan dekat belakang ada ruang tempat untuk laundry. dah pasang grill dekat situ.

bilik air : bilik air ada dua.. satu dekat master bedroom. satu lagi dekat bahagian belakang. dekat dengan dapur.

dan ada juga ruang untuk tempat letak kereta. rumah ni sesuai untuk para pelajar kolej komuniti masjid tanah  sebab rumah ni berhampiran sangat dengan kolej tu. juga sesuai untuk pasangan keluarga, bujang pendek kata.. sesuai untuk semua lah. hehe..

lokasi : taman paya rumput, masjid tanah melaka. berhampiran kolej komuniti masjid tanah.

kalau berminat.. just bagi email dekat aku adriea@gmail.com nanti kita bincang melalui handphone yer..

Tuesday, February 5, 2013

Mood / Emosi / Kegemaran

hmm pada reader yang rajin baca blog aku ni (ade ke?) mesti da tau aku ni suka memanik.. tapikan.. tapikan.. tak tau la semenjak dua menjak ni kesukaan aku tu semakin lama semakin berkurangan. not so good la kalau macam tu kan.. nak cari rezeki ni bukan boleh malas-malas. kastemer tu ada. yang regular kastemer tu nasib baik memahami.. hehehe.. tapi aku nak perbaiki semua tu. harap-harap Allah izinkan.. aku akan cuba berusaha..

emosi wat masa ni pulak stabil.. cuma lebih cool lagi kot.. ceewahh.. hahaha sape nak angkat bakul aku nihh.. beratnyaaaa! haha..

kegemaran aku sekarang ni nak memasak je kojenya. tapi kadang-kadang buntu gak nak masak apa. nasib baik mood nak jual tudung tu masih ok.. aku da fikir balik.. aku nak kongsi rezeki aku ni. aku nak ajak sesapa yang berminat nak join dengan aku jual tudung ni .. boleh la tanya aku macamana.. buat masa ni.. aku ajak anak sedara aku yang status sama macam aku gak. surirumah tangga sepenuh masa. hehe.. ye la.. sama-sama jana pendapatan.. tak salah pon..

ok semalam buku sulam manik yang baru .. da sampai kat tangan aku. beli secara online dengan sifu manik yang berbakat. plan aku lepas ni.. nak buat design satu persatu dekat kain bersaiz A4 atau lebih kecik.. dan fail kan design tu. supaya senang customer nak pilih design yang dorang nak. sebenarnya dah lama plan nak buat macam tu.. tapi tak buat-buat je lagi.. haihhh.. harap-harap kali ni plan aku ni terlaksana la.. bila kerja yang kita buat lebih teratur.. insyaAllah hidup pon lebih teratur lagi.. silap-silap masa yang kita selalu cakap tak ada tu.. berlebih-lebih pulak adanya.. doakan aku yer?

ni buku yang aku baru sampai semalam.. semoga  semangat memanik datang kembali.. kembali la kauuuuu... haha

Monday, February 4, 2013

Wayang Time !

cuti-cuti last week.. masa adalah sangat penuh dengan xtvt. hubby la ni.. tak bagi wife dia goyang kaki kat umah.. hehe.. jumaat lepas KL cuti sebab hari wilayah. kami pergi melaka.. settlekan urusan kemasukan air kat rumah. pastu aku sempat settlekan urusan tabung haji dekat sana juga. punya jauh nya nak pergi tabung haji.. sampai ke melaka.. padahal kat kl lagi besar.. ekeke..

sabtu pulak .. tengah-tengah relek duduk sambil tunggu mesin basuh menjalankan tugasnya.. tiba-tiba hubby ajak pergi tengok wayang. haih.. nak tak nak..ikut jer.. lagi pon.. aku terbayangkan pop corn je.. ahaha... sampai sana.. aku pilih citer hansel and gretel witch hunter.

pelakon.. aku tak ambik port sangat sape pelakon dia.. rasa macam menyesal lak aku pilih cerita ni. haha.. bukan ape.. aku ngeri tengok muka ahli sihir tu semua. banyak lak tu ahli sihir.. hadeh... akhirnya aku banyak tutup mata je.. tak tengok sangat pon... hubby suka la tengok citer thrill macam ni.. kusangka kan citer ni macam zaman kekanak dulu.. rupanya daku terpedaya sendiri.. haha..

hari ahad lak.. hubby ajak tengok citer parker. ni not bad la.. takde muka yang mengerikan. tapi banyak tutup mata jugak. sebab banyak tembak-tembak.. huhu .. aper la.. baik tak yah tengok wayang aku ni..


citer parker ni hubby aku la yang nak tengok sangat pun.. ade hero pujaan hati dia tu. kalau tengok.. kusyuk giler.. konon-konon dia la yang jadi hero dalam citer tu.. wahahaha .. aku tau sangatttt! takpe.. aku layan kan je.. dapat gak aku makan pop corn lagi.. wakaka.. 

ok lah.. sekian saja la review aku untuk sesi tengok wayang kali ni.. memang la .. tu je la aku leh review.. selebihnya korang nilai dari pendapat aku.. tak pon pergi tengok sendiri. dapat gak makan pop corn. haha.. 

Jamal Kena Pukul

hehe tajuk bikin panasssss... tadi macam biasa.. ambil jamal dekat sekolah.. tapi yang luar biasa sikit .. hari ni hujan masa aku ambil dia.. memang 1st time la aku ambil dia hari hujan.. parking pon jauh sikit.. biasa la .. masa hujan-hujan ni la kereta tiba-tiba banyak berkumpul depan sekolah tu.. huhu.. masing-masing taknak parking jauh.. aku jer la yang sanggup parking jauh.. takpe... kejap jer.. eh banyak lak bebel..

bila ambil jamal.. masa dia turun tangga.. aku tengok muka dia 'sebek' korang tau ape sebek? macam monyok la.. lepas tu tanpa aku tanya apa-apa lagi .. dia dah mengadu.. 'kawan jamal tu pukul jamal acu. dia kata jamal jahat.' punya bersungguh-sungguh nada dia mengadu dekat aku. aku pon layan kan je.. meh tengok dialog kami

aku : ha? jamal kena pukul? cikgu tak marah ke?
jamal : ya.. cikgu tak marah pon
jamal lagi : kawan jamal tu tumbuk tumbuk laju laju dekat perut jamal.
aku : aku diam jer.. dengar je ape yang dia nak cerita.. sebab aku tau jamal ni memang suka gurau dengan orang cara pukul-pukul.. huhu ganas hokey!
jamal : jamal tak suke dengan kawan jamal tu acu! tengok ni dia tumbuk dekat sini. sakittt.. *sambil tunjuk dekat pipi dia..
aku : sape nama kawan jamal tu?
jamal : ha? jamal tak tau...
perkataan tak tau tu selalu je meniti bibir dia bila dia malas nak jawab..
aku tanya lagi..
aku : ye la.. kalau jamal tak tau nama dia.. macamana jamal nak bagitau dekat mama nanti..
jamal : oo ye ke? nama dia nita
aku : aik?? gelak bila dengar nama nita.. ahahaha.. nita?? pempuan ke pukul jamal??
jamal : takde la acu .. dia tu lelaki..
aku : haih.. memang dia tak tau nama budak tu.. so aku cakap dekat dia.. nanti jamal cerita dekat mama je la ye..
jamal : ye. nanti jamal nak bagitauuu dengan mama.

agak-agak.. betul ke jamal kena pukul ni.. huhu.. selalu dia yg pukul budak-budak tu.. haha.. dalam perjalanan balik rumah aku.. dia tak abis-abis dok membebel pasal budak yang pukul dia tu. aku dengar je la.. sampai rumah.. macam biasa.. aku suruh dia basuh tangan.. dan aku sediakan nasi. menu hari ni.. sayur bayam masak air dengan ikan kembung goreng jer. habis dia makan.. aku mandikan dia.. da siap pakai baju.. aku suruh dia tidur. memang setiap kali balik sekolah.. dia akan tidur depan tv tu jer.. kali ni aku suruh dia tidur dalam bilik kedua. selalunya dia tak nak sebab boleh tahan penakut dia tu. haha.. hari ni bertindak mengikut arahan pulak dia. aku temankan dia sampai dia da betul-betul terlelap... da selamat tidur pon dia dalam bilik tu.. tunggu la petang nanti kakak aku ambik.. tah ape la dia ceritakan dekat mama dia nanti hehe... jamal.. jamal..

*kalau jamal ade adik nanti mcaman la pulak yer... huhu..

beg sekolah mesti bersepah kalau acu tak suruh letak elok-elok.. ish ish ish... tido la yer..