Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Thursday, October 31, 2013

baju akad nikah

eh ni baju customer la. tengah mencuri masa nak menyiapkan baju akak nikah bakal raja sehari ni.

untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh email ke adriea@gmail.com


Friday, October 18, 2013

sesak

kenapa semenjak dua menjak ni aku rasa macam sesak je otak bila bukak fb.. mungkin aku banyak baca status kawan-kawan fb yang penuh emosi kot. sampai aku teremosi sama. haha.. penyakit berjangkit sungguh.

baik lepak kat blog ni best jugak. tenang je.. ecewah~
sekarang ni dok update blog guna handphone je la. dah lama tak tekan keyboard lappy. coz berodben yang tah hape hape. aku tak guna lansung pon kena bayar gak. tensi. sesak gak dada mak nak nembayor.

aryan pulak sejak balik dari kampung.. dah mula taknak duduk baring tengok tv sorang-sorang macam sebelum ni. nak berkepit dengan ibu gak. haish kena training balik ni. kalau tak.. susah ibu nak buat keje.

dah macam lari topik je plak aku ni. huhu.. ape pon.. kalau tak bukak fb satu hari memang tak sah kan? hikhokhikhok.. tapi selagi aku ada urusan dalam fb tu.. memang susah la aku nak tinggal pon. da jadi macam satu keperluan untuk aku. tapi kadang-kadang aku rasa ada jugak status yang tah ape-ape aku baca. gelak sendiri je la. itu fb deme... sukati deme ler.. ok lah aryan da bangun. tak sompek den nak mandi. ngedet belog lagi! huhu... jom skodeng aryan mandi


Monday, October 14, 2013

kampung ipoh, tanah merah, kelantah

tajuk da macam nak bagi alamat je ek. nasib baik tak lengkap. hehe.. terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua keluarga.. sanak saudara.. para sahabat dan juga pembaca blog aku..

sekarang ni aku bersiaran dari kampung hubby dikelantan. walaupun tak dapat cuti panjang.. kami balik jugak untuk meraikan bersama keluarga kat sini.

waktu sebelum berkawin dulu.. banyak romours yang mengatakan sambutan raya haji dikelantan la yang paling meriah. masa on the way balik semalam.. aku ngan hubby sembang pasal topik ni. hubby cakap dia pon heran kenapa orang cakap macam tu. dia rasa macam biasa je. takde la meriah sangat pon. hehe.. pastu aku mencelah. memang macam biasa pon. tapi pada aku kelainannya korban banyak dibuat dekat rumah kat kelantan ni. pastu kalau ade korban.. mesti ada buat kenduri makan-makan. kalau kat perak.. aku rasa macam biasa jer.. daging korban tu wat masak untuk sendiri-sendiri je. tak tau la pulak kalau orang lain kan.. hee...

last but not least.. aku tepekkan gambar aku ngan aryan kat atas gunung banjaran titiwangsa. sejuk giler masa ni. sebab baru lepas hujan.

esok da nak balik kl. balik ni nanti terus nak fokus kat tempahan manik. coz banyak da que sebab ade je yang datang rumah hantar baju. alhamdulillah.. rezeki aryan.. ade lagi satu baju pengantin nak dimanikkan... i'll try the best! insyaAllah..

anything nak tanya atau apa2 je lah.. leh email me adriea@gmail.com


Saturday, October 12, 2013

sedar tak sedar

yer sedar tak sedar umur aryan da masuk 4 bulan. sebab itu la ibu makin sibuk sampai takde masa nak update blog. ok itu hanya alasan. alhamdulillah.. sekarang aryan da pandai meniarap. pastu suka angkat-angkat bontot nak wat reverse kot masa meniarap. huhu comel lak ropenya. pastu suka dok sembur air liur. sket sket dok abuuuu abuuuu geram lak ibu nengok bibir monggel tu dok menghembus air liur. hehe..
yang paling ibu heran.. masa dok isap nene pon dia dok abuuu abuu.. haishh .. aryan.. aryan..
bertapa bersyukurnya aku pada Allah yang esa kerna diberi peluang untuk menikmati saat yang macam ni.. dapat melihat perkembangan sikecil didepan mata.. agaknya 'sikakak' da pandai berlari dah sekarang ni kan :-)
memang aku tak pernah nafikan dan tak boleh nak tipu diri sendiri.. setiap kali aku melihat aryan.. wajah arwah juga kelihatan.. Allah... rindu ibu tak pernah hilang pada qaisara..
rasanya aku macam ada hutang satu entry. ade aku nampak entry tu dkt draft.  nanti lah aku siap kan.. tah bila la tu.. hikhokhikhok..
oh yer.. sekarang aku ada dikampung bonda.. kg permatang, manjung perak. disebabkan hubby ada kerja diipoh.. makanya dapat la aku bercuti kat umah bonda ni.. hehe.. esok kami akan berangkat ke kelantan pula... doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang yer...
last but not least.... gambar ibu n aryan buat tatapan kawan2 ibu qaisara n aryan kat blog ni.. hikhik pasan!


Friday, October 11, 2013

hanger tudung berclip

jika berminat boleh email saya adriea@gmail.com