Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Sunday, September 30, 2012

yeayy seronot!

.... seronok sebab dah boleh update blog guna lapto aje pon... ahahaapepontakbleh!
alhamdulillah.. aku ingatkan aku da tak bole guna broadband aku ni dah.. sebab asik lembab je kan.. kapasitidalebeytutakpahampahamlagikesenah??

kalau update guna handphone tu boleh jugak. senang pon senang.. tapi yang tak bestnya tak boleh nak letak caption kat setiap gambar.. eh boleh gak. tapi leceh seyyy..

guna laptop gak yang senang...

pastu bila da guna laptop ni, handphone da sah-sah ade kat hubby.. sebab dok main game... redhojelah..

eh ada tak antara korang yang da guna cloth pad? dengan kata lainnya pad yang kita guna masa datang period tu... tapi ni dari jenis kain. selalunya aku dengar pad yang biasa kita guna tu tak boleh guna lama-lama kan.. dalam 4 jam or less macam tu da kena tukar.. sebab kalau dibiarkan lama-lama ... memang tak baik untuk rahim kita.. sedeh tul.. aku rasa nak cuba guna cloth pad la.. jimat pon jimat kot.. sebab kita basuh lepas kita guna. dan boleh guna balik lepas tu...

macam yang pad biasa tu.. kita basuh dan buang terus kan... eee sape nak simpan..? sebab kompom da hancur dan kompom tak boleh pakai balik owh...

ni sizenya
hehe cute kann


ha butang macam ni...

atas ni saiz maxi...  harga RM22 sahaja setiap satu.. 

dalam proses mencuba untuk menyelamatkan bumi kita.. saya sayang bumi saya! =)

Saturday, September 29, 2012

Apakah ini?

Beb.. Ape nama sayur ni? Eh sayur ke ni? Huhu.. Aku jumpa kat carrefour dekat bahagian sayur. Jakun kejap aku. Terus amik gambar. Huhu... Bentuk macam tanduk kerbau je kan? Takan kerbah kenit kot? Haha..


Friday, September 28, 2012

Lawat mee udang mak jah lagi

Semalam aku puasa ganti. Masa nak berbuka tu biasa la tekak nak makan macam-macam.

So, yang aky teringin nak makan mee udang la. Tak pernah jumpa mee udang dekat tempat lain lagi.. So, terjah mee udang mak jah je la. Dekat dengan wangsa walk.

Lepas makan, perut super duper kenyang.. Alhamdulillah.. Rasa nak terkuar balik pon ade... Jangan .. Jangan... Rugi woooo... Biar dia kuar secara natural je ek.. Hihi..

Hari ni puasa lagi... Masak je la kat umah...


Saturday, September 22, 2012

Melawat

Malam tadi aku ikut hubby pergi HKL. Hubby kata nak melawat anak kepada anak sepupu dia yang sakit..
Sampai sana.. Kami berdua terus tuju institut kaji saraf dalam HKL tu. Coz disitu la pesakit ditempatkan.
Sesampai dikatil yang dituju, ada aku tgk ada seorang ibu yang sedang menggendong anaknya. Baru berumur 6 bulan. Muda sket dari qaisara. Sakit apa? Baby tu doc suspek kepalanya terhentak atau digoncang kuat dan telah menyebabkan ada darah beku dikepalanya. Allah.. Allah.. Ringankan la beban anak itu.. Ibunya kata anaknya dihantar kerumah pengasuh setiap hari. Tapi biasa la.. Pengasuh mana nak mengaku dorang ada buat apa2 yang tak elok.. Ibunya kata juga sebelum dimasukkan kehospital, anaknya muntah2. Bukan muntah yang biasa tu.. Tapi muntah yang keluar deras.. Hmm.. Kesian baby.. Kepalanya dioperate untuk mengeluarkan darah beku dalam kepala. Alhamdulillah.. Operasi berjaya.. Cuma keadaan baby da kurang cergas dari yang sebelumnya. Takpe la.. Sekurang-kurangnya ibu dan bapanya dapat lagi menjaga baby tu.. Aku nasihatkan dia semoga dapat mengambil cuti untuk jaga baby n beri sepenuh perhatian dekat dia.. Aku doakan semoga baby tu cepat sembuh.
Sambil-sambil tu mata aku dok tengok keadaan dalam wad tu. Semuanya bayi dan kanak-kanak. Dan kesemuanya telah dioperate. Ada yang kena operate banyak kali pun ada. Allah.. Allah.. Kecil lagi dorang da dapat ujian yang sebesar itu.. Sakit wei kena operate. Yang paling tak best ubat bius tu ada meninggalkan kesan sket.. Insaf..


Friday, September 21, 2012

FM

Ini je koleksi fm yang aku ade...
Aku suka kumpul. Tapi banyak ni je yang aku ade... Hahaha..
layan je la..




Ratu ke rhattu tu?

Haha cam tah ape je tajuk aku ni. Hari ni aku try test masak beras basmati brand rhattu. Da lama kakak aku bagi beras ni. Hari ni baru nak mencuba. Beras kat umah ni pon banyak lagi coz jarang usik.

First time aku tengok beras ni. Packing pon cantik je. Siap ade zip lagi.. Sebab tu sayang nak masak. Boleh centu? Hihi..

Cara masak pon senang. Ala macam biasa masak beras panjang ni. Kena rendam dulu sebelum masak. Bila da masak, cantik je rupa nasi nya. Panjang dan kurus gitew. Rasa dia? Not bad...

Hari ni makan berlaukkan sardin je.. Tu pon sebab jamal yang pilih sardin kat kedai runcit semalam. Haha.. Jamal suke beno makan sardin u'olls.... Korang da makan? Mai jemput makan!




Privilege card

Card yang diberi pada anggota polis dan juga tentera.

Dengan card ni pemegang card boleh dapat diskaun dekat syarikat rakan niaga (merchant) yang mengambil bahagian. Pada masa ini terdapat 20 syarikat rakan niaga yang mengambil bahagian dengan memberi diskaun dan tawaran harga istimewa antara 5% hingga 25%. Antara perkhidmatan dan produk yang ditawarkan meliputi perhotelan, makanan, pengangkutan, taman tema, tekstil, produk cermin mata serta alat ganti kereta.

Ok.. Bole la dapat diskaun sikit kan.. Itu pun dan berbaloi.. Eh card ni hubby den yang punya. Tapu wife dia menumpang sama la kan. Biasa la. sharing is caring kennnnn





Thursday, September 20, 2012

Sayu

Dalam diam.. Setiap hari aku mengikuti perkembangan anak ini

Hati jadi sayu bila tengok baby adam makin teruk.. :-( ya Allah .. Kurangkanlah penderitaan anak ini...

Ahmad adam syukri.. Semasa dilahirkan dia da kena kerosakan pada saraf otak.. Korang boleh rujuk details dan perkembangan semasa adam dekat facebook ahmad adam syukri..

Marilah kita sama-sama berdoa semoga anak yang sesuci kapas ini dapat yang terbaik dalam hidupnya....

Gambar kat bawah ni menunjukkan ketika adam dilahirkan dan ketika waktu sekarang... Sian dia :-( be strong mama adam..

Me love u adam..

*bila tengok adam... Aku terkenangkan qaisara..




Roti itu john yang punya

Aku da agak da.. Mokcik n pokcik roti john peberet aku ngan hubby ni mesti cuti sebulan syawal. Coz sebelum ni kitorang dok terjah dorang mesti tutup je kedainya..

Malam ni kitorang kuar nak melawat orang sakit kat HKL sebenarnya. Tapi tak jadi.. So pergi tengok roti john terus. Alhamdulillah ade.. Ceyyy lom kenyang lagi da alhamdulillah yer... Hehe.. Roti john dia sedap. Lokasi kat belakang masjid keramat. Dekat area tu ade kedai nasi kerabu gak.

Harga pon bole la.. Yang biasa rm3.50 pas tu kalau nak spesel tambah rm2 sahaja. Yang bestnya ade fun fries. Sos dia pon sedap..

Habis la langgar pantang diet malam ni.. Huhu




Tumpas

Ni la rupa hero harimau malaya yang tumpas lepas makan ubat demam dengan ubat selsema... Hehe..

Mamanya cakap jamal demam. Selsema.. Asik srott srott je hidung dia. Baru sejam lebih lepas makan ubat tros pensan.. Tido sudah.. Siap ngigau lagi tu. Jamal... Jamal...

Beb.. Aku ingat nak buat kek la.. Kek coklat lembap.. Yang kukus punya lagi sedap kan?

Sempena ulang tahun perkahwinan aku ni.. Bole la aku nak cuba wat kek tu.. Walopon date nya da berlalu...
Dan bersempena anniversary ni jugak aku rasa menggedik sket nak imbas kembali our wedding day dalam entry baru nanti... ceeeee.. Ni pon atas permintaan seorang sahabat ;-)

InsyaAllah...

Malam tadi my sisters dok wish n letak gambar-gambar kawin aku dekat timeline fb. Wuuuu terharu giler.. Hehe love u all.. Thnx for all ur love..


Wednesday, September 19, 2012

Dinner

Jemput makan.. Dinner for tonite.. Bako ayam aje pun...

Tapi sori la.. Da abih makan baru nak menjemput ni.. Hihi..

Perap ayam ala-ala je.. Janji ada rasa.. Tapi makan seketul drumstick pon da rasa kenyang sangat-sangat. Napekah? Makan tak lalu ke... Adakah aku dilamun cinta? Wa ha ha jangan la muntah kome...

Gambo pon tak nampak macam ayam kan? Memey la.. Sebab da kena potong.. Haha lawak ke?... Ish ish ish...

Korang makan ape malam ni? Bismillah dulu yer...


Lace hunting

Lace hunting ya bukan lace hantu.. Tapi aku ni bole dikategorikan hantu lace.. Hua hua hua... Hantu gelak cenggitu ke? Balik kg raya hari tu bagi peluang kat aku untuk cari lace buat lapik-lapik meja serta alas ape yang patut. Sebab aku tahu dekat dalam shopping complex billion manjung tu ada jual belambak lace yang murah. Orang manjung kureng pasal lace ni kot.. Sebabnya aku jarang tengok ada orang belek lace dekat situ..

Lace yang aku jumpa ni cantik-cantik gak. Yang penting, murah-murah u'olls... Hehe.. Doiley tu ade yg singgit lebih. Pastu ade diskaun tinggal bape posen je satu. Hihi.. Doiley tu yang alas bulat tu. Aku beli sakan masa tu. Nak beli langsir skali.. Nasib tak baik... Duit da menipis.. Hahaha ...

Aku ni gara-gara da terpengaruh dengan deco english country la ni.. Huhuhu... Banyak kos tu kalau nak deco style macam tu... Tapi harus bijak la beb. Agak-agak kalau barang tu diluar kemampuan aku, takdenya aku nak beli. Tu yang aku dok hunting bagai ni.. Nak cari brg murah je... Hihi... Jom tengok ape yang aku dapat








Dah kurang ..

Beb.. Skang ni aku asik update blog guna handphone je ni.. Gegara broadband da jadi lembab macam siput sebab bagi jamal kenyok *tengok katun kat youtube hari tu.. Pandai ko.. Dia klik sendiri.. Aku ajar sekali je.. So, tunggu je la hujung bulan ni baru leh guna broadband.. Ha ni salah satunya yang da kurang tu.. Broadband ku kurang laju.. Hehe

Then, apa yang kurang lagi? Aku da kurang masak sekarang ni. Rasa menyampah nak masak hari-hari.. Cewah.. Ayat macam nak mintak lempang seratus kali nampaknya.. Hehe.. Takde la.. Aku kurang masak sebab nak kurang kan berat penduduk dalam rumah aku ni. Aku n hubby la tu.. Hua hua... See? See? Semalam jogging.. Makan pon kena catu.. Kalau tak turun berat gak aku tak tau laaa.. Haha

Tapu mencabar beb bab ikat perut secara paksaan ni. Tapi nasib baik paksa rela... Mula-mula mendidih gak la perut.. Haha... Tapi sekarang da ok sket.. Aku nak dapat berat 60kg ni seksa betul rasanya dia nak turun. Ye la.. Dok rumah je kan... Memang lagi kental la lemak tu.... Huhu... Doakan aku dapat berat yang aku target ek... Ceyyy... Nak kurus pon nak mintak orang doakan ke hasni? Haihh... Manala tau doa korang makbul.. Hehe..

So tunggu la sebulan lagi yer.. Tengok aku selim ke tidokk...

Last skali.. Jamal cakap.. U ken do it acu!


Mulakan dengan bismillah

Aku tahu.. Semua org inginkan kejayaan. Mulakan la hari-hari kita dengan sesuatu yang baik. Dan yang baik itu tentunya dari Allah..
Memulakan setiap pagi dengan sujud kepada Allah dan juga jangan lupa berdoa kepadanya...




Tuesday, September 18, 2012

Jom jogging!

Tadi aku n hubby pergi jogging kat taman tasik dato' keramat. Da kali kedua kitorang jogging ni..
Ceyyy.. Baru kali kedua da nak kecoh.. Haha.. Tapi bagus tau korang pergi jogging ni.. Untuk kesihatan kita juga. Dapat juga membantu perjalanan darah dalam badan kita ni.

Kitorang pergi jogging malam coz tak sempat nak pergi petang. Malam-malam ni pon ramai yang jogging tau.. Lepas jogging, boleh terus exercise guna alat-alat senaman yang disediakan dekat taman tu. Bila da sejam workout.. Kitorang pon chalo.. Balik rumah da..

Rasa ringan sket badan ni walaupun tak banyak turun... Ok letewww~



Yang cantik dan yang buruk

Korang bole bezakan yg mana satu buah yang aku beli dan yang mana mr hubby beli tak?

Haih... Nanti korang mesti cakap.. ' ek elehhh.. Dia ni beli buah pun nak tayang'
Bukan begitu ye anak-anak.. Aku just nak korang tengok-tengokkan laki korang kalau dorang beli buah.. Yang da busuk pon dibelinya.. Tak ke rugi namanya tu.. Ke... Laki aku je centu? Hahaha...

Beb .. Aku dok try guna camera 360 ni. Mmg cun la.. Cer tengok buah mangga tu.. Yg buruk pon nampak lagi keayuannya..

Fikir-fikirkannn... *ah.. Takde motif nak letak ayat camni.. Huhu



Rutin

Rutin harian berjalan macam biasa.. Walaupun tinggal berdua saje tapi kalau sampai part mendobi memang banyak baju aku cuci.. Kebanyakkannya baju aku la... Hehe..

Bekas baju kotor tu beli kat ikea.. Murah je.. Satu tu x sampai rm10. 8 hengget lebih je.. Makanya ambil 2 terus.. Hihi.. Jom basuh baju! Tapi part melipat lemah jadinya.... Huhuhu


Hepi 2nd Anniversary to us :)


Alhamdulillah ... itu je yang mampu aku ucapkan.. tak banyak yang aku minta dalam perhubungan aku dan suami.. yang aku pinta semoga jodoh kami kekal sehingga kehujung nyawa dan semoga kami dikurniakan zuriat didunia ini untuk dijadikan teman menyusuri liku kehidupan kami.. amin.. amin ya Rabb.. makbulkan la permintaan kami...

buat Qaisara.. anakda sentiasa dihati kami.. tunggu kami dipintu syurga ya sayang..

seperti taun yang lepas.. kami suami isteri takde buat sambutan apa-apa pun.. cukuplah sekadar kami mengingati dan menghargai sesama sendiri.. apa pun.. i love u hubby =)


Manik 3D

pagi semalam aku pegi ke kelas jahit manik. pertama kali la kiranya ni pergi kelas memanik.. buat kat taman tasik taman sri gombak. thnx to hubby coz sudi hantar wife dia ni..
class berjalan dengan lancarnya. sebenarnya aku tak penah terfikir pun nak belajar 3d ni
sebab yang manik biasa ni pon tak abis belajar lagi. but orang kata apa salahnya kalau mencuba ye tak? thnx to kak ji yang sudi menjemput aku join sama class ni.

aku kenal kakak-kakak ni pon dalam fb je. ala dalam kelas tu kami bertiga je.. eh berempat termasuk anak kak ji yg kecik tu. hehe... cikgu, kak ji, aku ngan anak kak ji..


wow santai tul buat class macam tu.. relax je.. sambil tengok lori lalu lalang.. hahah..

mula-mula aku rasa cuak gak.. sebab aku takde basic manik 3d lansung.. tapi yang cikgu ika nak ajar tu la basic nya pon.. hehehe.. alhamdulillah aku dapat tangkap apa yang dia ajar.

nak tengok hasil kerja aku? kitorang belajar 2 jenis je... satu ruffles dan satu lagi teknik cobochon.. huhu kitorang panggil mata alien je.. heheh.. ruffles ni cantik. memang aku teringin nak belajar buat ruffles ni dari dulu lagi. dan nyaris-nyaris nak beli tutorial gak.. tapi sekarang aku da tahu, so.... senang je rupanya.. hihi dan tersangat la fun bila buat manik 3d ni...


cobochon..maaf sifu kalau sy salah eja.. huhu

ruffles
cantikkan?? kalau diolah dengan ikut kreativiti sendiri cantik ni... hehehe...

Friday, September 14, 2012

Telah Berubah...

petang tadi aku telah merubah sesuatu... ceeee.... intro nak bikin gempak je kannn

aku gardening la petang tadi.. tukarkan pokok mulberry ngan bunga ros dari pasu kecik ke pasu yang selesa sket dorang nak membesar..

yang ni masa kat dalam pasu kecik
tengok tu.. tak padan ngan kecik.. da berbuah mulberry aku tu.. hehehe

ok da tukar masuk pasu besar sket..
masa aku ubah masuk pasu besar, aku terkuis sket buah dia..huhu jatuh trus..

ni bunga ros masa dalam pasu kecik..
bunga ros ni baru lagi.. tu yang nampak segar je tu.. haha.. beli minggu lepas yang kat nursery dekat ngan hospital sungai buloh tu boleh tengok dekat ENTRY NI

tadaaaa... da masuk pasu besar..

pasu-pasu ni nampak tak baru kan? memang tak baru pon.. sebab aku ambil kat rumah kakak aku.. dari dia buang, baik la aku ambik... jimaaaattt woo... haha.. 

lepas ni teringin nak tanam pokok sayur-sayuran lak.. pasu kecik-kecik banyak la tu.. hehe.. korang cuba la berkebun.. memang seronok.. !


Cicit lagi mahal dari Anak...

alkisahhh... 
cicit lagi la mahal dari anak
heheheh 
korang tak pecaya?
haha..
tak pecaya lagi?? 
haaa.. tengok gambar kat bawah..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni anaknya... hahaha

cucunya.. pesai cucu lagi mahai dari anak ni?

cicit lagi mahal u'olls.. hahaha
aku jumpa anak beranak ni dekat pangkor masa cuti raya hari tu.. hehehe... 
aku lupa aku beli yang mana satu.. tapi sedap anak beranak kembong ni
goreng garing-garing, pas tu makan macam tu je ngan nasi panas..
peeehhhhhhhh 
kicap ngan cili api jadi penambah rasa...