Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Sunday, October 23, 2011

Menyulam masa pregnant




kalau korang nak tau.. awal kehamilan aritu aku memang malas sangat nak memanik ni.. nak pandang manik pon tak nak u.. *wahh kekwat! tapi skang ni da merajin la pulak.. tapi tak banyak sangat yang aku buat.. sebabnya.. sakit pinggang haku ni kalo duduk lama-lama.. huhuh..
rujuk pada gambar di atas *da macam wat surat rasmi lak.. manik bunga-bunga tu baju kakak ipar aku.. sian dia da lama ade kat aku baju tu tapi tak bagi lagi kat dia.. hahaha.. sori kak.. nanti adik bagi ek.. harap paham la faktor ibu mengandung ni ek.. hihi.. yang sulam gelang tu lak .. salah satu baju aku.. dan salah satunya baju jiran aku.. hope she likes it.. yang sulam gelang tu cepat sket nak siapnya.. cepat tak cepat.. makan 2 hari gak la.. haha..

hajat di hati banyak lagi baju yang aku nak manikkan.. tapi tak leh la beb.. kalau buat pon.. lambat kot siapnya.. sakit pinggang den.. huhu.. insyaAllah pas bersalin nanti aku akan usahakan lagi ... baru btul jadi supermom nanti ek?? ala.. mak aku leh jaga 11 orang anak.. aku.. baru nak sorang anak takan tak leh buat kan?? mak.. kau lah sumber inspirasiku!! caiyok! caiyok!! ngeee~

Allah adalah Kekasihku selamanya..

Manfaat Dari Musibah

"Benarkah penderitaan ada manfaatnya?", begitulah pertanyaan seorang sahabat kepada saya.

"Ya, jelas sekali banyak sekali manfaatnya disebalik sesuatu penderitaan," ringkas menjawab.

Saya kemudiannya cuba menjelaskan bahawa orang-orang yang hebat adalah mereka yang mampu mengharungi samudera lautan penderitaan biar pun kita tahu ianya dalam dan luas. Semakin menderita hidup seseorang maka semakin hebat cara hidupnya bagi mengatasi dan menghadapi penderitaan yang dialaminya. Asal kita tahu bagaimana mengelola penderitaan menjadi keindahan, kebahagiaan dan kesihatan dalam hidup kita.

Pertamanya, pengalaman menderita dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita kepada limpahan kasih sayang Allah SWT agar kita semakin dekat dan taat kepada-Nya, dengan demikian limpahan kasih sayang Allah akan memenuhi hati kita dan hati kita akan memancarkan kasih sayang-Nya untuk semua orang yang disekeliling kita. Allah menimpakan kita dengan ujian dan penderitaan kerana Dia sayang akan hamba-Nya, agar diperingatkan pada kita bahawa Allah-lah tempat mengadu.

Pernahkah kita fikir, jika kita tidak ditimpakan ujian, bagaimana rasanya keadaan kita pada ketika ini? Mungkin leka dengan dunia dan mungkin juga lupa akan pengaduan kita pada-Nya. Ujian adalah peringatan buat diri yang bergelar hamba. Dengan dikurniakan dugaan dan penderitaan, kita mungkin akan terlatih untuk menjadi lebih sabar dan bijak dalam menghadapi kehidupan.

Keduanya, penderitaan yang kita rasakan, akan menjadikan kebahagiaan kita menjadi lebih sempurna. Mungkin akan timbul persoalan dikalangan sahabat sekalian, bagaimana mungkin kebahagian boleh menjadi lebih sempurna? Kebahagiaan yang sejati pada dasarnya adalah mengalami kegembiraan dan penderitaan secara seimbang. Sunnatullah kewujudan kita di muka bumi ini akan diuji dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Bagaimana pula ujian kesenangan? Sebagai contoh, seorang kaya yang mana hidupnya dikelilingi harta, ujiannya ialah sentiasa merasakan tidak cukup dengan hartanya ataupun mungkin merasa hidupnya sentiasa tidak selamat kerana takut dirompak atau dicuri hartanya. Itulah realiti yang sememang perlu kita akui. Keseimbangan ini akan mampu menjadikan hidup kita menjadi lebih dinamik, sentiasa bersedia dan bersyukur ketika semuanya datang silih berganti antara bahagia dan derita.

Ketiganya, penderitaan yang dialami kita akan membuatkan kita semakin peka terhadap penderitaan orang lain. Kita secara tidak langsung akan memiliki sifat simpati dan kasih serta menghormati orang lain sebagai hamba Allah yang sama-sama dimuliakan. Malahan sifat pentingkan diri juga akan dapat kita singkirkan jauh dari diri kita. Kita tidak akan berani menghina, melecehkan, atau mencemuh orang lain kerana kita merasakan betapa pahitnya sebuah penderitaan. Seterusnya akan melahirkan insan yang bersifat dengan sifat syukur dengan apa yang ada, tidak tamak, melebihkan orang lain dan sebagainya lagi. Setiap ujian atau penderitaan akan mematangkan kita tiap kali ia menjelma kerana kita akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.

Teringat suatu ungkapan yang pernah di sebut oleh Albert Ainstien, "seratus masalah , tak bererti seratus kali gagal, tetapi ianya akan menghasilkan seratus penyelesaian kepada seratus masalah."

Keempat, ketika hati kita remuk redam, ingin menangis menangislah sesungguhnya apa yang kita rasakan sakitnya, dengan menangis merupakan salah satu cara untuk membersihkan hati kita. Menangislah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.

Firman Allah SWT: "Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. an- Nahl : 96).

- Artikel iluvislam.com

Saturday, October 22, 2011

Persiapan Bayi

Bagi persiapan bayi, buat masa ni aku hanya survey je website atau facebook yang ada jual barangan bayi.. dan aku tak beli apa-apa lagi.. sebabnya .. aku rasa masih awal lagi kot..
aku ngan hubby rancang nak beli masa kitorang balik semenanjun

g nanti.. idak ler jenuh nak mengusung barang-barang tu nanti bila n
aik flight.. huhu..

wat masa skang, aku suka sangat survey cloth diaper.. macam best je aku tengok.. lagi-lagi kalau barang tu dapat menjimatkan kos kami sekeluarga.. lagi la aku berminat. memang la cloth diaper tu masa nak beli tu mahal harganya.. tapi dia leh basuh dan dip
akai semula kan.. takde la dibuang terus macam lampin pakai buang tu.. lagi satu sebab musabab yang buat aku berminat ngan diaper tu sebab corak dia comel-comel.. hihih. leh pakai dari baby dilahirkan sehingga baby berumur mencecah 3 tahun.. ok kan?? time 3 tahun nanti da bole ajar baby membuang kat toilet da.. kat sini aku nak share cloth diaper yang aku dok survey tu.. harga pon anggaran dalam RM18 - RM30 per pcs.. banyak lagi website yang aku jumpe.. salah satunya QQ baby ni la.. *eheh pree2 je dapat iklan kat sini ek.. agak-agak dia nak kasi adiah kat aku tak?? hahaha

yang ni plain punya... somel kannn =) wink~ wink~

yang ni printed punya... macam-macam lagi corak yang ada skang ni..


tapi macam yang aku cakap tadi la... tak beli ape pon lagi.. just verangan n nak cite kat hubby.. last-last hubby aku kate ape ko nak tau?? dia suh baby pakai lampin kain yang macam dulu-dulu tu je.. lagi senang dan menjimatkan.. huhuh. sabo je la makkk... pada mommies diluar sana.. persiapan korang macamana lak? mummy kat sini tak bekerja.. jadi persiapan mummy ni ala kadar je la.. hehe... ape yang penting, baby sihat nanti kan kan kan..... amin...

Perkembangan Fetus

syukur kehadrat Allah... setelah sekian lama tak berupdate kat blog ni, aku skang sedang hamil 26 minggu.. pergerakan baby dah mula ketara skarang ni.. sesuatu perasaan yang indah bila kita dapat rasakan 'sesuatu' sedang bergerak-gerak dalam rahim kita.. mula-mula memang rasa macam pelik.. tapi lama-lama jadi macam suatu keperluan dalam seharian aku untuk rasa pergerakan baby.. kalau dia tak gerak.. risau lak rasanya.. hehe.. macam-macam ek... hubby? mula-mula dulu memang dia tak reti lansung nak rasa macamana pergerakan baby tu.. bila letak tangan kat perut aku.. dia tak dapat nak rasa.. padahal aku dapat rasa baby tu menendang masa tangan dia kat perut tu.. tapi skang alhamdulillah.. hubby da dapat rasa n dapat dengar bunyi jantung baby masa dia letak telinga kat perut aku =) .. what a good feelings...

so kat sini aku nak kongsi sket info yang aku dapat melalui internet mengenai perkembangan bayi yang berusia 26 minggu.. check it out!

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.

Kelas antenatal anda harus sudah bermula dalam satu-dua minggu berikutan ini, atau mungkin sudah bermula. Kelas-kelas ini sepatutnya menyediakan anda dengan informasi yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

aku copy bulat-bulat dari webpage ni... kelas antenatal? memang tak penah pegi lagi la.. huhu.. klinik kat dalam kem ni tak straight sangat... hari tu aku baru lepas kena cucuk 2 kali... nurse tu kata sepatutnya dorang nak kena amik ujian darah lagi skali .. *yang 1st da buat masa trimister pertama.. tapi disebabkan kehabisan stok ape tah.. so dia tak buat lah.. next week aku da nak balik manjung. so, aku rasa bila register kat klinik desa kat sana mesti banyak benda yang aku kena buat nanti.. yang tak best dan betul-betul cuak kat aku skang ni .. aku takut kena minum air gula... huaaaaa~ banyak humor yang mengatakan minum air gula adalah TIDAK BEST! huhuh..


perkembangan semasa : emosi adalah sangat tidak stabil skang ni... kuat merajuk sangat-sangat! senang je nak nangis.. huhu.. pastu cepat je sedih bila hubby nak g outstation.. sebelum ni, kental gila jiwa gua beb.. hubby g operasi 2 bulan pon wa relek je tinggal kat umah sorang.. skang ni out!.. hubby pegi 2 - 3 hari pon wa tangkap leleh.. huhu harap hubby memahami...