Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Friday, September 26, 2008

Selamat hari raya!

selamat hari raya suma! sori coz da lame tak update blog. takde la aku bz sangat. cuma bz nak uruskan penghantaran barang untuk 'kampeni aku'. pc aku lak problem. so tak dapat nak wat penghantaran. coz suma melibatkan eperolehan. duh... tapi ape-ape pun aku da berjaya mensettlekan masalah ni smalam. syukur alhamdulillah.

ari ni last aku kat opis. ptg kang kalau rajin, aku masuk opis balik la. kalau tak.... kosong je la opis ni nampak gayanya... ahhaha.. ni pun aku pinjam laptop runner aku. pc mmg problem. siot jek.

so dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya kat korang. pada yang balik kampung halaman ngan kete, hati-hati tau. coz ramai lagi yang sayang korang. pada yang naik bas tu, pastikan korang tak salah bawak tiket. mane la taukan.. terlalu excited sgt nak balik kampung. tengok-tengok korang bawak tiket wayang. wakakakaka.. naya...naya..

so ok lah.. berjumpa lagi lepas raya. 8hb oct 2008 aku mula bekerja semula.. insyaAllah...

Tuesday, September 16, 2008

balik manjung vs jenjalan kat sogo

ahad tu, aku masih lagi kat umah akak aku kat sunway. aku kunci alarm kat hp aku jam 4.30am. trus aku call hp mak aku. kejutkan dia untuk bangun sahur. salunya kalau kat umah mmg aku yang kejutkan dia. pas tu kak yati aku mangun siap-siapkan makan utk sahur. yang aku lak leh landing balik nak sambung tido. tengah nak terlelap 'oit ko tanak saho ke? tdo plak' kate kak yati. ngeeee... aku pon berpisat-pisat mata aku mangun ngan sedaya upaya untuk melangkahkan kaki ku yang berat ini utk sampai ke bilik air. macam jalan kaki nak pegi pudu raya je. padahal depan bilik je bilik air. huhuhu.. pas cuci muka n ape yang patut, aku join kak yati makan. nasi + sup sayur + ikan kayu goreng. makan depan tv. wuuu.. aku rasa macam makan malam la plak. makan sambil tengok tv. huhuhu.. kak yati aku makan abis nasik dia. aku tak abis. yer la.. manyak nasik kak yati aku letak lam pinggan aku. mane larat nak abis. pas sahur, tgk tv jap.... sambung tdo balik. ngeeeeee.................... terlepas subuh aku. aduh~ mangun balik jam 8am. kejutkan kak yati.. ti ti.. kui bape kite nak kuar ni? (malam tu ktorang plan nak pegi jenjalan kat sogo) akak aku ckp.. sesiap la.. pas siap kita kuar. aku pon siap-siap la. kul 11am baru ktorang kuar.

1st ktorang amik bas nak g kotaraya.. coz nak g pudu beli tiket bas aku nak balik manjung. aku dapat tiket balik jam 5pm. aduh.. bebuka lam bas la nampak gayanya.

2nd aku simpan beg kat kdai simpan beg kat pudu tu. tak larat aku nak bawak beg baju tu kehulu kehilir.

3rd ktorang amik lrt pegi ke sogo. uihhh.. ramai org dah ni.

masuk lam sogo.. redah-redah dalam tu nak pegi pintu keluar. fuh mmg ramai umat ari tu. aku da rasa penat da ni. jalan je kejenya. pas tu kuar je dari pintu sogo, ktorang cari port nak lepak. cari la tangga yang ayu sket utk aku ngan kak yati duduk. sambil duduk, sambil tengok gelagat org. hehehehe.. masa ktorang duduk kat tangga tu, kebetulan lak ade insiden yang tak dijangka berlaku depan ktorang. insiden perbalahan tu berlaku antara pemandu kereta honda civic baru tu ngan polis. dia tak puas ati kot sbb tak dapat masuk kat jalan utk parking tepi sogo tu. polis mmg berkeras tanak kasi dia. pas tu ... tah da penat kot pakcik tu..dia blah sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat pada incik polis tu. incik polis pon ape lagi. ngan kuasa gaban yang dorang ade, dia jerit-jerit.. TAHANNN TAHANNNN.. maknanya dorang nak tahan la pakcik yg degei tu. ish.. macam-macam la. syok gak sesekali dapat tengok benda-benda cam tu ek. heheheh..

ktorang masih lagi melepak kat tangga tu. dalam kul 1 lebih baru bergerak bjalan ke gerai-gerai yang ade kat jalan masjid india tu. uhhhhhh~ aku da tak larat. penat, tekak kering, panas, pening tgk org ramai sgt, sesak-sesak, tade ekon, lapo... aaaaaa suma ade. terdetik gak ati aku yg jahat ni nak berbuka poser. konon-konon la.... pas penat jalan-jalan.. satu hape pon aku tak beli. tade mood nak membeli lansung. ngan keadaan yang macam tu.

pas tu ktorang masuk lam sogo balik. hajat dihati nak mencari tempat duduk untuk merehatkan kaki yang dah lesu. nak nak eskelator pon kene berbaris beb. ade pak guard jaga. kasi satu group lepas.. baru bagi group yg seterusnya plak. udah teman ghase macam naik tangga kat fun fair la pulak. huhuhu

sampai kata atas, cari kusi.. mmg takde.. so ktorang melepak la kat tepi-tepi pagar (mcm anjung tu) kat tingkat atas tu. tgk environment kat bawah. aduhhhh.. ramai sungguh umat. macam ulat dah aku nengok dari atas orang-orang yg rakus membeli-belah tu. sambil tengok-tengok gelagat orang, aku da mula mencangkung kat tepi pagar tu. mcm beruk dah. pas mencangkung, trus aku duduk bersila. hahahahah.. tak larat da. akak aku tgk je gelagat aku. last-last dia pon join aku. hahaha.. maka ktorang berdua berjemaah duduk bersila sambil melihat gelagat manusia yang sendang banyak duit untuk membeli dan blah. tak macam aku.. mampu tengok je. tanpa membeli tp rasa nak blah.


best tak tempat ktorang lepak ni? sambil bace surat kabo lagik tu. tgk la blakang ktorang.. tmpt jual ape tu??? nasi lemakk.. nasi lemakk.. mari mari mari.. murah .. murah... wakakakakak ramai lagi yg lepak ni.. tgk mamat tu pon same lepak situ. nak tgk pemandangan nasik lemak kot. miahahaha

mari atas... lihat lampu itu.. santikkan.. kak yati ckp.. dik kalau letak kat umah mak lampu tu cantik tak? agak-agaknya camne la rupanya ek. berangan beso sangat ni.

mari lihat di bawah plak.. tengok... mereka sedang berpusu-pusu memilih baju raye yang dirasakan murah tu.

agak-agaknya kalau sogo ni roboh time ni.. camne la ek.. uish.. nauzubillah... ha sogo sale sampai 5 oktober weh. ape lagik! pegi la sopinggg... hehehehe

pas lepak, ktorang g cari-carikan baju utk mak. tak jumpe. yang jumpe pon tade less. huhuhu.. pas tu gi balik ke pudu balik. g kfc jap. tapau nasi ayam utk aku berbuka mase lam bas nnt. mase tu jam baru menunjukkan pukul 4pm. lagi sejam nak tunggu. huhuh.. kak yati pon tunggu ngan bas ngan aku. sampai bas sampai baru dia blah. sian dia. tapi alhamdulillah.. pkul 4.30 bas da sampai. so.. tata akak ku... bermula la perjalanan aku balik ke perak......... dijangkakan sampai manjung pkul 9pm. uish seksa tul makan nasik ayam lam bas ni. aku selamat sampai manjung pkul 8. giler awal. laju kot bas ni. aku pon tak sedar. hahaha.. takpe.. janji selamat sampai... amin...

sambungan kisah 'date yang tak di'plan'kan"

dalam bas, aku dapat single seat. ok la tu. tapi aku rimas cos aku dapat kat tingkap yang ade palang tu..aaarrhh penin. tak leh tgk ngan pemandangan mata yang luas. pemandangan aku terjejas ngan tingkap yg sebegitu rope. aku duduk je la ngan hati yg redha. jap-jap pusing kanan, jap2 pusing kiri. dah macam ayam nak bertelur. hehehehehe.. lame gak aku bertahan kat seat tu. aku tgk manyak lagi seat yang kosong. aku relekkan diri je dlu. bila bas benti kat rnr mane tah, aku pon ngan sesuka hati nya menukarkan tempat duduk aku. depan tu ade couple cina. mula-mula ok je aku nengok. lame-lame. hadoi laaaaa.... berteom-teom(baca becium2) n berpelok-pelok la pulakk... aarrggghh rimasss...... aku tgk luar tingkap je. aku rasa kalo kedudukan tengkuk aku mcm tu, mau keras je terkehel trus. hai jenuh. hahaha.. so aku menidurkan diri aku je la. dah tak bole tdo, aku layan sms lak. nak dekat-dekat sampai baru aku berbasa-basi ngan JENGku. tanye die tak wat ape ke. (kan die kat kl dah) dok melepak kat umah kawan dia. aku saje ckp nak ikut dia g jalan-jalan kat sogo nnt. dia kat jom la.. aku ckp, jap lagi aku sampai. haa baru kat situ die perasan ade sesuatu yang tak kene. malas nak cite dialog ktorang, kami berdua telah bersetuju untuk berjumpa kat pudu raya. 'pudu rayaaaa!!! tunggu akuuu!!' wakakakaka sengal.
berkobar-kobar ni. giler ko.. da bebulan-bulan tak jumpe. huhuhu. rindu giler. plan siJENGku, dia ajak aku berbuka kat kl. aku ok je la. tp hati aku kalau bole nak ajak dia berbuka kat sunway je. dekat sket ngan umah kakak aku. tade la aku terkocoh-kocoh nak balik sunway dari kl nnt. bila kami bersua muka kat pudu.. cewah.. aku ckp... jom bebuka kat sunway pyramid ek. jom la.. memujuk dia la ni konon. ye la.. ktorang manada transport. naik bas je ni. huhuhu.. maka dia pon setuju.. yahuuuu..... hah? camne ngan plan asal aku tu? kan aku da kate sblm ni .. tade pon plan nak berdating ngan bf aku ni. hadu.... maka, akak ipar aku ngan bijaknya menukar plan. dorang nak berbuka puasa bersama-sama aku n bf aku. warghkahakahkahkah. nape aku gelak? sebab.......... hahahahah.. aku rasa kalau plan ni menjadi, aku tatau la camne reaksi bf aku tu. sebab... camni citernya.

tersebutlah kisahhhh ... toibbbbb.... tanak citer detail sgt. aku citer secara ringkas. abg aku ade lah pegawai atasan kepada bf aku dikem yang sama. kem pakit sarawak.. heheheheheheh.. perhubungan aku ngan JENGku diketahui oleh akak iparku sahaje.. hehehehehehehehhehe... so pepaham sendiri la ek. bukan tanak kasi tau kat abg. tapi, biar dia tau sendiri je la. ahaks

then setelah penat aku ngan JENGku round sunway piramid, maka tibalah waktu berbuka.. memula ingat nak g makan kat KFC. tapi tempat duduk da penuh. huhuhu maka berhijrah pulak la kat jiran sebelah dia. McD pon jadi la. aku tunggu gak abg aku sampai. tade pon... sampai kesudah. rupa-rupanya dorang bebuka kat umah kakak aku. depan piramid tu je umahnya. ala... plan tak menjadik lagi. kalau tak... tatau ape yg akan berlaku. jejak kasih-mengasihi. hehehehhe.. pas berbuka, kami pon sebulat suara nak balik. aku hantar JENGku kat bus stop. (dekat jejantas tu je) kebetulan ade bas yg menunggu. akak ipar aku lak baru call. bgtau dorang baru nak turun menapak g sunway piramid. cet.. lambat. masa tu baru la aku bgtau kat JENGku yang abg aku ade kat sunway gak. die sengih je.. hehehehe.. takde rejeki nak mempertemukan dorang berdua. cewah.

so bila da antar JENGku naik bas, agenda aku yang seterusnya plak.... dating ngan abg n the geng yang terdiri dari (abg, akak ipar, ekal, tia <-- anak dorang, kak yati <-- dok sunway tu) bayangkan.. aku terpaksa menapak lagi naik jejantas kat sunway yg tinggi tu. huaaaaa.. penatttt... takpe... demi kuarga tersayang.. aku sanggup. cewahh... so, aku masuk lagi la lam perut singa tu. tapi kali ni meriah sket. sbb ade anak-anak buah aku tu. sonok layan kerenah dorang. tak beli ape sangat. sekadar cuci-cuci mata kat dalam tu. maklum la.. tengah bulan...... hahahahahha... so kat sini aku masukkan gambar-gambar yg sempat aku amik. (ekceli time ni da penat sgt da.. bygkan dari pagi sampai malam tak balik rehat kat umah lagi. ngan tak mandinya.. huhuh)



bile melangkah masuk je lam pyramid, benda yg pertama dia nampak, tempat main ni. tau je mane jalan nak tuju tempat ni. ekal... ekal... heheh.. mcm best je naik benda ni.

pas tu jalan-jalan lam jj. abg aku cari barang-barang utk golf. mende die cari pon aku tatau. aku dok main ngan budak-budak ni je. heheheh.. pas penat berjalan, kak yati ajak beli donut jco. waaaahhhhh.. best tu. nak-nak yang free ni. mesti lagi sedapkan. hahaha.. makaaa...

wuuu.. time ni dok beratur. mata da melilau tengok donut-donut yang sedap ni

time ni dok nunggu akak aku bayar. sempat lagi suh mamat ni posing. ala tomei-tomei.. hehehe

kak yati aku berlenggang kankung membawa donut yang beliau beli dan belanja kepada adik-adiknya. mane akak ipar aku ek?

ha tu akak ipar aku. baju merah. i have no idea ape yg dorang sembangkan ni. sampai moncong-moncong mulutnya. hahahaha..


tengok la donut-donut yang akak aku beli dan dipilih oleh akak ipar serta anak pompan die. pink tetap ade. mmg anak pompan dia tu suka pink. macam aku... hahhah.. ekal tetap mengikut arahan dari aku utk berposing. senyum tunjuk gg kai... hahaha

haaaa.. ni lak donut utk aku. pink tetap ade. jgn mare.... hahahaha.. sume sedap!! nnt nak beli lagik! wuu jauh tul nak g beli ni. huhu..

pas beli donut2 ni, ktorang menapak lagi balik ke sarang. abg aku park kete kat umah kakak aku. dekat aje pun.. sampai je kat kete, si kai da buat muke kesian. die ckp 'acu nak alik ke?' coz die tau aku takan ikut die balik PD. hehehehe.. alalala cedih dia. cayang acu ek.. cewah! pas dia salam-salam aku n teom-teom aku. alala tomei tul. kakak pon same. salam2 n teom aku. pas tu.. dorang balik ke PD... aku plak menapak naik tangga lagik!! umah akak tingkat terakhir. tingkat 5. huaakkk~ sampai je umah, terkapor depan tv. rehat-rehat jap pas tu mandi pas tu makan donut... pommm tido..............

thanx kak yati coz sudi blanje donut yg sedap tu. erm... terubat sket rindu aku pada dia.... he he he he...

Date yang tak di'plan'kan

jumaat lepas, aku telah sebulat suara untuk membeli tiket untuk pergi ke Kuala Lumpur. dan banyak kali tertangguh niat aku ni. ade je yang menghalang. dan dah lame gak aku tak menapakkan kaki aku kat tempat yg sibuk ngan segala macam benda tu. so kali ni aku nekad nak pegi gak. plan asal aku

1. nak jumpe abg sham aku serta akak ipar n anak2 dia yg aku da rindu sgt tu.
2. bawak kuih tart nenas utk kak yati aku (umah tempat aku menginap tu la kat sunway)
3. tadek tu je plan aku.

pegi ari sabtu, balik ahad. jadik la..


so balik dari opis, (jumaat tu) aku pon ngan bahagianya men'sms' la JENGku tanye die kat mane. kunun2 aku nak bgtau aku nak g kl. (kasi report harian la ni)


013416**** : kat mane?

019828****: ade kat airport

013416****: wat ape kat airport? (mcm soklan bodo je ni)

019828****: nak naik kapal terbang la, jom (aik.. dah la tak bgtau nak g mane.. jom lak tu)

013416****: nak naik kapal terbang g mane?

019828****: nak g kl, isnin ade mesy


ha gitu la antara babak-babak yg agak mencemaskan. hajat di hati aku yg nak bgtau aku nak g kl. rope-ropenya dia yg bagitau dulu ni. sabo je la. tapi aku diamkan je. aku tak bgtau pon aku nak pg kl. suprise!! hehehehe..


keesokkannya (sabtu) mintak tlg kat akak aku.. hantarkan kat stesen bas manjung yg indah lagi permai tu. aku bawak kete cumilku pegi umah dia kat sitiawan, then park kete kat sane. dorang yg kebetulan nak kuar g taiping (shopping kot) bawak aku skali harung nak hantar kat stesen bas. jam telah menunjukkan pukul 10.15am dah. bas aku sampai kul 10.30am. huhuhu tiba2 abg ipar melencongkan kete dia ke pump stesen yg berdekatan kat sitiawan tu (bas aku kat manjung weh) kasi kete die minum dlu.. huaaa.. lagi 15 menet bas sampai. kete dia manyak lak tu minum. rakus tul. yg tak dok diam lam kete tu.. akak aku la. die lak cuak sbb aku da terlambat. takot aku kene tinggal bas. muahahaha.. pas isi minyak, apalagas... pecuttttt kete unser tu sampai ke stesen bas manjung. sampai2 jek, erk.. satu bas pon tade. aku kuar, amik beg trus g kat konter pertanyaan.. 'eerr.. dik, bas g kl kul 10.30 da sampai ke?' 'blum lagi' fuhh.. slamat.. pusing blakang, tgk kete akak aku da blah.. tp sempat aku lambai-lambai dorang. ler.. punye la ketor lutut, ckp time kasih pon aku lupa. maka, aku kasi sms je la... hehehhee...

k selesai sudah pjalanan aku nak g stesen bas. sambong lak cite lam bas.... to be continued.....

Monday, September 15, 2008

Hijab Sang Pencinta



yeay! akhirnya aku berjaya mendapatkan sambungan untuk novel kegemaran aku ni. da lame aku katam novel ni. tp tak de masa nak masukkan entry. huhuh.. ampunkan saye penunggu gua. ape yg aku nak ceritakan pasal novel ni, tak sikit dan tak banyak... novel ni mmg best giler! banyak menceritakan tentang keagamaan. sesuai dibaca oleh kita-kita yg beragama islam ni. utk yg bukan islam, dorang leh baca gak. cuba la dapatkan novel ni. tapi make sure u alls dapatkan dari siri pertama sampai ketiga ni. bagaikan puteri, cinta sang ratu ngan hijab sang pencinta. best bangat! hehehe.. tak leh nak cite panjang2 sangat lah. aku dilanda kepeningan kepala. tolonnnnn...

Monday, September 8, 2008

Tanam Pokok Bunga

mcm nak tgelak pon ade ni. aku tanam pokok bunga?? hahaha.. sabtu yang lepas, aku ckp ngan mak nak tukarkan pokok bunga yg ade lam teko kat ngan ikan guppy tu. mak cakap, tukar la. nak tanam pokok ape?? aku ckp nak tangan pokok bunga kembang pagi. bunga ni mcm bunga ros bentuk dia. tapi kecit je. banyak kaler. santik-santik sangat kalau dia kembang. then aku buang pokok yang ade lam teko tu, cuci-cuci sket, masukkan tanah mengikut sukatan dari arahan mak aku. hehehehehe.. then..

taraaaaa..



da siap aku tanam pokok ni. aku patah-patahkan pokok ni kat lam pasu-pasu mak je. senang je tanamnya. then...

tataraaaaaa...



kat sini la aku letak teko tersebut. harap-harap idup la ko ek pokok bunga. tepi teko tu la contoh bunga yg aku tanam tu. aku petik kat pasu mak gak. hahaha.. nnt pas seminggu lebey, kita tengok perkembangan pokok ni ek. idup ke tak?? hahaha..

Taman Bonda

kat sini aku nak masukkan gambar-gambar taman mini mak aku. manyak woo pokok-pokok bunga yang ditanam. skang lak musim bebunga orkid-orkid mak tu. santik n sejuk je mata yang memandang. cewah. mak aku penggemar orkid, aku lak penggemar beli bunga mawar atau ros. tp yg jaganya mak aku. hihihihi.. manyak mati da.. adeii.. so, mari kita lihat gambar-gambar yang sempat aku snap ek ;) enjoy...



taman ni.. mak punye.. (tuka skrip dari eklan petronas.. hehehe) wuu ganas woo mak lipat lengan baju.. time ni mak malu-malu nak amik gambo. mcm nak tgelak pon ade mak tu. coz aku paksa dia posing. hahaha ampun mak..





simple rite? kecik je taman ni.. dalam pasu bunga putih besar tu.. menetapnya guppy yang telah dibeli hari tu. da beranak pinak dah guppy-guppy dalam pasu ni. manyak giler anak-anak die..



rumput n batu-batu ni kak yati aku yang belikan untuk mak. dia gak yg tolong susunkan.. nnt dia nak tambah lagi sampai penuh anjung kat depan tu.. ahaks.. i likee..

nak tengok bunga-bunga orkid mak yg baru berbunga?.. readyy...









harap maap. model berkenaan enggan disiarkan wajahnya. takot diserbu peminat. sekian.
ha.. ni la orkid-orkid mak yang sedang berbunga. ade lagi baru berputik. dah mcm nursery lak ek. hari tu lak mase kak yati aku ade, ktorang bertiga bergerombolan pegi menjengah nursery yang terpilih. maka terjadilah insiden membeli orkid lagik! hua hua.. tengok-tengok..



ni mak beli. tapi aku pilih. ngeeee~





dua-dua orkid ni kak yati aku yang beli. tapi.. aku jugak yang pilih. hahaha..

fuh.. tu la antara flora yang ade kat umah aku. mak aku ni rajin tanam pokok. kalau kawan-kawan die dtg lepak kat umah tu, ade je pokok yang mak aku bagi. heheh.. tapi di samping flora-flora yang ade kat umah aku ni, (umah mak daa..) ade sekor fauna ni begitu setia duduk kat taman mak aku ni. apekah fauna tersebut?? sila scroll down pleasee............



hehehe.. ni lah dia.. seekor sesumpah. yang begitu gagah untuk menyumpahkan diri beliau sendiri menjadi batu. sekian..

t-shirt kenangan..

hoh? mcm nak jual tshirt la plak ek. hehehe.. tade.. ari tu aku mengemas almari baju aku. da penuh da almari baju aku. mcm nak roboh pon ade di sebabkan baju-baju aku yang da penuh. hahaha.. so aku pilih-pilih la baju mane yang aku rasa da tanak pakai.. nnt akan aku rizab kan kepada anak-anak sedara aku. badan dorang pon beso aku je. hehehehe.. dorang tu pantang aku bagi baju yg aku tak leh pakai.. terima aje. huhuhu.. dalam dok mengemas baju-baju aku tu, aku terjumpa tshirt lusuh yang da agak lame la aku tak pakai. tgk dlu tshirt tu..





see?? comel tak kata-kata kat tshirt ni? hehehe.. ekceli, tshirt ni adalah pemberian ex-bf aku masa dahulu kala... hahaha.. time tu beliau ikut parents dia g London. so, tshirt ni la dia belikan utk aku. so nice. masa aku tgk tshirt ni terkenang la plak semasa dulu.. cewah.. kalau bf den baco ni.. ekau raso dio jeles tak??? miehehehe.. (kau tetap dihati ku wahai jeng..) tapi tshirt ni kisah lame.. tade jodoh kami bedua. beliau pon da kawin.. hahaha padan muka aku. so aku simpan je la tshirt ni.
tapi.. nak dijadikan cerita..... satu insiden telah berlaku. dalam seminggu or few days dari aku belek-belek tshirt ni, aku dapat perkabaran berita yang btol-btol mengejutkan urat sarap dan usus besar serta usus kecik den. seorang teman aku mensms kan aku berita kematian pemberi tshirt ni :( terkejut gila aku dapat sms tu. macam tak caya pon ade. aku tanye kat member-member skolah yang lain. sebenarnya arwah kawan sekelas aku masa kat smsm. kawan aku yang agak rapat ngan beliau mengesahkan pemergian dia....... innalillah .. semoga roh arwah dicucuri rahmat.. pemergian arwah pada 27 ogos 2008 betul-betul membuatkan aku terkejut. Allah lebih menyayangi beliau.. semoga keluarga arwah sabar dan redha dengan pemergian dia..

dari insiden ni aku mula berfikir tentang ajal yang datang tanpa mengira masa,usia, dan segalanya. huhuhu.. takot gak ni. amal ibadat tak banyak lagi. Ya Allah.. panjangkan lah umurku untuk mentaatimu dan rasulmu... Ya Rabb....

Salam Ramadhan Al-Mubarak

assalamualaikum sume.. aku mintak maap bebanyak coz da lame tak menulis kat blog aku ni(erk...leh tulis ke??)
ekceli aku sehat walafiat .. insyaAllah.. cuma masa tak mengizinkan aku nak bermanja-manja ngan blog aku ni. eee skemanya ayat. miahaahahaktui! mmg aku tade mase. tatau la mane datangnya kebizian aku tu. lagi satu.. tade idea nak menulis pon ade. dok banyak pk kan hal yang lain. huhuhu..
so lupakanla pasal tu suma ek. yang penting, aku da kembali! yeeeha..
1st skali aku nak mengucapkan beribu-ribu lemon keatas blogger-blogger yg sudi menapakkan ucapan-ucapan dan mata dorang kat blog aku ni. terharu jugak aku. coz ade gak yang sudi menjengguk blog aku ni ek. ahaks. lagi satu aku saje je nak letak entry award tu lame-lame sket. bangga la konon. muahahaha.. nak tgk kak tipah sudi tak amik award yg aku kasi tu.. hihihi (lupe kot?)
then aku harap tak terlewat lagik untuk aku mengucapkan salam ramadhan kepada suma umat islam yang wajib untuk menunaikan ibadah ni. alhamdulillah.. aku tak tinggal lagik puasa. sume full. ahaks.
hari pertama puasa, aku teruja nak jenjalan kat bazar ramadhan. coz time ni barang sume fresh kan? tade la kuar yang basi-basi tu. kat tempat aku ni manyak tapak bazar ramadhan yang ada. ada kat sitiawan, manjung, belakang billion. area lumut sane aku tak tau la plak ade ke tak.. so hari pertama, aku ngan kak yati aku g terjah bazar ramadhan kat sitiawan dulu. coz kakak aku ada meniaga kat sane. yer la.. depan restoran die gak. manala tau dapat murtabak pree ke.. miahahaha



ni la suasana kat bazar ramadhan sitiawan. org2 yang berbaju kunen suma tu takde kene mengena ngan kehidupan aku pon. tuuu yang dok intai tu.. kak yati aku. seram lak tgk mata dia. nyebokkk je time aku nak amik gamba. hahaha..

waa.. mase ni manyak tul juadah yang ader



tinguk! ni baruuu seciput. baru satu kedai... santik tul kaler-kaler kuih ni kan.. hehehe.. aku tanak amik gambo makanan manyak-manyak. kang makhruh lak.. bley?? heheheh



ha.. ni la gerai kakak aku. yg tgh wat murtabak tu abg ipar aku. yg dok sengih tu plak anak akak aku. a.k.a anak buah aku la kan. ni name nye seksen murtabak. mari mari marii murtabakk murtabakk (ni la aku jerit dlu.. mase aku tlg kakak aku taun lepas... ahahaha..aku jerit lam ati je wei)



haa.. yg montel tu kakak aku..yg tangan kebelakang tu anak kakak aku gak. ble lak name die ngan name aku same. sebijik! nor hasni. duh~~ mcmana kakak aku leh lupe name adik die pon aku tak tak tawu.. eh masuk cite name lak ek?? hua hua... aa kat seksen ni namenya seksen lauk-pauk, mee goreng ke.. bla bla, nasi ayam, nasi tomato.. (kalau akak aku bace blog ni mesti die banggakan adik die tlg pomot..hahaha.. tade maknanya akak aku nak bace blog ni. bukak pc pon tatawu. wakakakak)

so kepada blogger-blogger yg duduk berdekatan kat area penempatan aku (wah!) sile la sudi untuk menjenggah, menghirup bau dan membeli di kedai kakak saye yer.. hehehe.. saje nak pomote secara sukarela.. aku kan adik yang baik... ahahaha..

salam ramadhan skali lagi utk sumer.. banyak lagi entry yg aku nak masukkan ni. tungguuuu..