tak lama lagi. weee... |
nak masuk tahun kedua dah ni aku tak berpuasa dengan mak. insyaAllah kalau ada rezeki nanti aku nak balik kampung la. puasa ngan mak. ingat dulu.. masa bujang.. aku la yang tukang kejutkan mak untuk bangun sahur.. panas-panas kan lauk.. sebab kadang-kadang.. mak tak sedar pun bunyi jam.. hehehe.. dan sampai sekarang ni pon aku jadi alarm clock. untuk siapa lagi.. hubby tu la. duduk jauh-jauh pon, aku ni la yang call untuk kejutkan dia. dari zaman bercinta lagi pon... thehehe..
so, pagi ni jamal dihantar oleh abahnya pulak. aku turun bawah untuk ambil jamal. selalunya mama dia yang naik atas. dah lama tak jumpa abang izam. puasa kali ni nak belanja kitorang makan kat hotel tak?? hahahaha..
agak-agaknya.. mak nak tak datang rumah aku bulan puasa nanti? hummm.....
ok lah.. cukup la takat ni dulu. ada banyak kerja yang menanti... lakukan tanggungjawabmu seikhlas dan sesungguh yang mungkin... =)
No comments:
Post a Comment