Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Thursday, January 16, 2014

homestay berhampiran teluk kemang, port dickson


Pada korang yang bercuti di port dickson dan mencari tempat penginapan, ada sebuah homestay yang sesuai untuk disewa.

Antara kelebihan yang ada kat homestay ni lokasi adalah berhampiran dengan :-

1. PD ostrich farm ( 2 min perjalanan)
2. Pantai Teluk Kemang (5 min perjalanan)
3. Pantai Lagun Biru (10 min perjalanan)
Banyak lagi pantai peranginan yang berdekatan dengan homestay

Dan antara kemudahan yang terdapat dalam homestay ni :-

1. 3 bilik tidur (Master bedroom dilengkapi dengan aircond)
2. Ruang tamu dan ruang makan yang selesa
3. Ruang dapur untuk memasak
4. Tempat parking yang luas

Alamat homestay adalah seperti berikut :-

No. 86, Jalan 3/5
Taman Intan Perdana
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

Untuk tempahan sila hubungi

1. Nomie (018-3102667)
Atau
2. Yana (012-2976076)

Sunday, January 5, 2014

6 months

Alhamdulillah... Aryan da berumur 6 bulan.. Tapi sebenarnya da nak masuk 7 bulan dah januari ni. Cepat jer masa berlalu.. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih Allah diatas peluang yang telah engkau berikan ini..

Dalam masa yang sama.. Arwah kakak aryan pon da nak masuk umur 2 tahun bulan ni.. Kalau arwah qaisara ade.. Mesti dia tengah main2 dengan aryan sekarang.. Rumah abah ngan ibu mesti lagi meriah :)

Tapi walaupun qaisara takde.. Qaisara tetap dalam hati kami berdua..

Berbalik pada aryan.. Aku bersyukur sangat bila dapat melihat kehebatan kekuasaan Allah didepan mata aku sendiri.. Bila mana aku dapat tengok aryan pandai buat macam-macam ikut perkembangan bayi.. Syukur...syukur ya Allah.. Bertapa besarnya kuasaMu.. Bila seorang bayi pandai melakukan sesuatu perkara tanpa diajar.. Dari lahir aryan dengan sendirinya pandai menghisap susu.. Sampai la sekarang dia da pandai merangkak.. Respon aryan sangat positif. Bila aku panggil nama dia.. Dia pandang dan bunyikan suara seraya menyahut. Hihi comel anak ibu.. Pantang aku hilang dari pandangan.. Mula la dia bising.

Zamir aryan.. Ibu sayang sangat padamu..

Skang ni disamping pandai merangkak.. Aryan da pandai berdiri kat tepi-tepi sofa.. Berpaut kat kabinet tv.. Berdiri tepi baby court dia... Allah.... Risau ibu tengok bila dia suka lepaskan tangan bila berdiri macam tu. Dah tentunya dia akan jatuh terlentang. Da nak berjalan ke anak ibu ni... Gigi pon tak tumbuh lagi.. Hihi.. Tapi pantang tengok orang mengunyah.. Mesti dia nak mengendeng sama.. Hehe..

Tahun 2013 da meninggalkan kita... Ramai orang memasang azam baru. Aku pon ade azam gak.. Tapi lebih kepada impian... Tau sendiri cukup la.. Tak yah kongsi pun takpe kan.. Sebab kena berusaha sendiri gak nanti.. Hihi.. Semoga Allah izinkan.. Ok lah.. Nanti aku sambung next entry lak.. Sebelum tu... Terima la senyuman dar aryan ni... Hehe ... Peace!