Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Thursday, October 16, 2008

kerja la kerja..

pepagi kamis ni aku terbz la plak.
mase tengah kusyuk wat keje-keje yang 'ado' ni, tiba-tiba aku rasa lapar la plak. ari ni aku terlupa bawak bekal air. huhuhu dahage..... opis dah la takde dapo. ish ish ish.. so aku mendapat idea.. pling~

hajat dihati nak makan kerepek ubi pedas yang aku bawak untuk opis ari tu.. tengok-tengok balang kerepek da kosong... yang tinggal hanya serpihan kuih sepit ngan kuih tiram yg manis mcm aku tu... so, aku pon membatalkan niat aku utk mengunyah. tunggu lunch karang jek la.... huhu.. sambung keje......

Wednesday, October 15, 2008

blog aku beranak!

hah? bile blog aku beranak ni?? hahahah.. aku yg beranakkan blog aku ni..

untuk pengetahuan korang, aku da tambah satu lagi blog iaitu mymobile blog. blog ni aku apdet melalui hp aku jer. senang. tapi tak banyak sgt la yg boleh aku masukkan. coz memalui hand phone kan.. maklum ler.. kat umah aku tade tenet. nak harapkan apdet blog kat opis je la. sbb tu aku wat mymobile blog. welcome to -->> blog baru aku

Monday, October 13, 2008

beberapa hari sebelum nak raya..

aku masukkan gambar-gambar yang tak sempat aku masukkan kat sini. disebabkan kesakitan yang melanda pc aku. enjoy....

ni bukan masa raya.. tapi 2 hari sebelum raya. kak ina aku (yg tak pakai tudung) ngan hubby dia blanja mak, anak-anak buah dia, akak aku ngan aku berbuka puasa kat hotel orient star lumut.

dua beradik ni anak-anak buah aku. yg tudung itam tu baru darjah 5. nasib tak kene charge adult masa berbuka. huhu.. ni aksi selepas berbuka, ktorang pegi kedai perabut kat sitiawan. kak ina n hubby nak belikan almari display ngan kabinet tv. murah rezeki mak taun ni..


kak ila aku beli set pinggan mangkuk vantage... huhuhuhu.. terpikat lak aku... pinggan utk raya... hua hua hua
tgk ar.. dia punye 5 kotak.. huhuhhu


kak yati aku.. masak rendang ngan penuh aksi.. hahahaha

pc ku kembali sembuh sedikit

huh.. ari ni amik lagi cpu kat legend computer. da sembuh sket pc aku ni. excited je bawak g opis. sume da ok. tade restart sendrik lagi. lame-lame baru aku pasan... sound takde la plakkk.. adehh jenuh aku godek-godek kot ade wayar-wayar yg tak sambung betul. atau speaker aku da rosak (tidak mungkin) test kat ear phone aku.. same gak. sah! ade yang tak kene lagi ni. so, resultnya aku call lagi la legend computer. technician dia akan menyusul ke opis aku ni bila dia senang. huhuh.. takpe la.. janji dia datang tengok. jangan aku nak kene hantar lagi ke kedai die dah. tak larat bawak naik turun cpu ni kat opis weh. sesak napas ai tau. nanti jadi macam tangan papaya... hahaha.....

Thursday, October 9, 2008

aku kembali...

Hari (8 okt 08) ni aku baru mulakan hari aku untuk bekerja. Boring la plak cuti lame-lame ni. Bos yang bagi aku cuti raya lama-lama ni. Aku tak apply ape-ape pun. Tapi, bagus gak. Dapat la aku relek-relekkan badan aku yg makin lame makin malas ni. Da chubby sket la plak. Ni suma gegara makanan yang sedap-sedap ade lepas raya ni… kehkehkeh…

Raya hari tu, aku ngan famili tak beraya diluar sangat. Maksudnya, takde pegi ziarah menziarahi mcam taun-taun yg sebelumnya. Berkonvoi kete ramai-ramai pegi umah sedara-mara. Umah mak aku time tu sure jadi umah tertutup. Hehehe.. tapi taun ni lain maa… banyak lepak kat umah. Taun ni gak akak-akak n abg aku ramai yang balik raya kedua. Tapi, meriahnya tetap sama… ade anak buah aku 3 org yg kecik tu pun umah da macam nak pecah. Tapi bila sampai lagi sepasang hero n heroin, lagik laaa… tapi aku suke layan bebudak ni. Seronot tengok keletah dorang. Sampaikan aku dapat insiden la taun ni. Kalau nak diikutkan, memang insiden yang memalukan. Tapi aku heran sbb mase tu aku tak malu lansung. Mungkin sebab kesan dari hantukan kat kepala yg kuat kot. Wakakaka… mane taknye wei.. aku jatuh telentang dalam shopping complex. Sakit woooo.. anak buah aku tu la. Si ekal, suke sangat jalan kat blakang sambil bgayut kat baju aku. Skali die jatuh…tarik lak baju aku.. naaaaaaa… kebaboooo aku telentang ala matrix. Mase aku nak jatuh tu, sempat lagi aku berfikir.. alaamakkk.. abis laaa ekal kene hempap ngan aku nanti ni.. so aku mengerengkan sket badan aku. Dalam gerak pelahan, mmg nampak aku wat aksi matrix la. Tapi, kesannya, kepala ku berbenjol. Huhuhuhu.. sakit siotttt!

Lagi satu insiden yang bisa membuatkan idongku menjadi kembang kempis. Mendapat pujian ikhlas dari bebudak kecit tu. Alkisah.. umah aku tu macam da jadi welfare untuk anak-anak kucen dan ibu kucen yang mempunyai laki tak bertanggung jawab lak. Ade je yang membuangnya. Time raya tu, ada 4 eko anak kucen kecit2. dok miauuu miauuu je taunya. Lapo la tu. Mana taknya… mak die pandai wat anak je. Jaganya idak. So nak dijadikan citer, takde sape pedulik kat anak-anak kucen tu. Aku pikir gak.. kalau aku kasi makan pon, bukan kucen tu reti. Last-last dapat idea nak kasi kucen tu susu. G dapo, cari susu lam peti ais. Ade susu pekat. Aku dok pk lagik.. ish.. leh kencing manis anak kucen ni nanti. So aku mencari alternative yang lain, pling~ dapat idea.. mintak kat akak aku setengah sudu susu tepung anak die. Aku bancuh lam piring. Ngehngehngeh… berjaya! So aku pon kasi ar anak-anak kucen tu minum susu ngan sudu. Aloh cian btoi… sememangnya mereka itu lapo. Yg anak-anak buah aku lak dok kasi arahan je taunya. “ACU.. TU ADE LAGI TOMPOK-TOMPOK TU TAK MINUM LAGI”. Ade lagi… “ACUUU TU HAAA WARNA BELANG-BELANG TAK MINUM SUSU LAGI”. Kompius aku. Sebab aku nengok kucen tu kaler kunen jek. Camne die leh nampak belang-belang pon aku tak tau. Then.. aku biarkan je susu tu kat situ.. pandai lak anak kucen tu datang minum sediri. Pas kasi kucen tu minum susu, aku wat rutin harian aku kasi ikan guppyku makan. Anak buah aku tgk lagi ape yg aku buat. So.. terpancullah kate-kate dari hati nurani mereka yang ikhlas itu.. “ACU NI TADI BAGI KUCIN MINUM SUSU, SKANG BAGI IKAN MAKAN PLAK” si adik mencelah “ACU NI KAN BAIKK.” Wahhhhh kembang kempis idungku dipuji oleh kekanak ribena tersebut. Hahaha.. pas tu datang lak lagi sorang budak kecit. Iaitu cucu ku. (cucu sedara daa.. anak kepada anak buah aku..huhuh) dalam kete, die nampak anak-anak kucen yg tersebut. Nak tau ape die kate? Dengan selambenya die berkata (umo 2 taun stengah je) “TENGOK TU, MESTI AYAH DIE PUKUI DIE” die kate kat anak kucen yang matanya comot ngan taik mata tu kawan-kawan… nampak macam lebam kott.. wakakakakaka… sabo jer la hakuuu…