huhu tajuk pon ngeri.
Agak sukar untuk mencegah buasik ketika hamil apatah lagi jika anda memang sudah menghidapinya sebelum itu. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan cuba menanganinya agar kesan masalah ini akan berkurangan dan tidak bertambah parah.
Berikut antara tip yang boleh anda lakukan untuk membantu mengatasi masalah ini.
- Cegah najis daripada menjadi keras dengan memperbanyakkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang.
- Banyakkan minum air putih lebih kurang dua liter sehari (8 gelas).
- Perbanyakkan juga minum susu dan pengambilan yogurt untuk membantu meransang proses dibahagian usus.
- Jangan memaksa untuk meneran sewaktu membuang air besar. Najis yang keras akan menyebabkan luka bertambah parah dan berlaku pendarahan.
- Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama. Alas tempat duduk dengan bantal untuk mengurangkan tekanan daripada pinggul ke anus. Elakkan duduk ditempat yang keras.
- Seringlah lakukan pergerakan fizikal seperti berjalan kaki untuk membantu otot saluran pencernaan.
- Sapukan sedikit minyak bayi pada dubur setiap kali setelah membuang air besar untuk mengurangkan kesakitan dan kesan luka.
Alhamdulillah.. semasa aku mengandungkan qaisara.. aku tak mengalami masalah ni. yang penting, banyakkan minum air.. air mineral pon bagus.
|
adeh.. atit.. |