syukur kehadrat Allah... setelah sekian lama tak berupdate kat blog ni, aku skang sedang hamil 26 minggu.. pergerakan baby dah mula ketara skarang ni.. sesuatu perasaan yang indah bila kita dapat rasakan 'sesuatu' sedang bergerak-gerak dalam rahim kita.. mula-mula memang rasa macam pelik.. tapi lama-lama jadi macam suatu keperluan dalam seharian aku untuk rasa pergerakan baby.. kalau dia tak gerak.. risau lak rasanya.. hehe.. macam-macam ek... hubby? mula-mula dulu memang dia tak reti lansung nak rasa macamana pergerakan baby tu.. bila letak tangan kat perut aku.. dia tak dapat nak rasa.. padahal aku dapat rasa baby tu menendang masa tangan dia kat perut tu.. tapi skang alhamdulillah.. hubby da dapat rasa n dapat dengar bunyi jantung baby masa dia letak telinga kat perut aku =) .. what a good feelings...
so kat sini aku nak kongsi sket info yang aku dapat melalui internet mengenai perkembangan bayi yang berusia 26 minggu.. check it out!
Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.
Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.
Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.
Kelas antenatal anda harus sudah bermula dalam satu-dua minggu berikutan ini, atau mungkin sudah bermula. Kelas-kelas ini sepatutnya menyediakan anda dengan informasi yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
aku copy bulat-bulat dari webpage ni... kelas antenatal? memang tak penah pegi lagi la.. huhu.. klinik kat dalam kem ni tak straight sangat... hari tu aku baru lepas kena cucuk 2 kali... nurse tu kata sepatutnya dorang nak kena amik ujian darah lagi skali .. *yang 1st da buat masa trimister pertama.. tapi disebabkan kehabisan stok ape tah.. so dia tak buat lah.. next week aku da nak balik manjung. so, aku rasa bila register kat klinik desa kat sana mesti banyak benda yang aku kena buat nanti.. yang tak best dan betul-betul cuak kat aku skang ni .. aku takut kena minum air gula... huaaaaa~ banyak humor yang mengatakan minum air gula adalah TIDAK BEST! huhuh..
perkembangan semasa : emosi adalah sangat tidak stabil skang ni... kuat merajuk sangat-sangat! senang je nak nangis.. huhu.. pastu cepat je sedih bila hubby nak g outstation.. sebelum ni, kental gila jiwa gua beb.. hubby g operasi 2 bulan pon wa relek je tinggal kat umah sorang.. skang ni out!.. hubby pegi 2 - 3 hari pon wa tangkap leleh.. huhu harap hubby memahami...
2 comments:
takpe la kak nak wat cemana ji lagi kuat nangesss ... walaupun sume orang tak bagi nanges nanti baby ngikut tapi nak buat cemanaa... :(
tu la ji... tak bebuat pon nangis tu kan.. huhu.. senang je turun ayo mata mcm air tejun.. tapi lama2 elok sendiri.. haha.. megik sungguh..
Post a Comment