Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Tuesday, December 13, 2011

Tips Hamil : Tip Mudah Tidur



Thanx to cik google for the picture

Semakin besar usia kandungan, semakin sukar untuk ibu hamil mendapatkan tidur yang selesa. Dengan keadaan perut yang semakin membesar dan menekan abdomen disekelilingnya, ditambah dengan gejala-gejala normal sepanjang kehamilan seperti pedih ulu hati, sesak nafas, kerap buang air, kram dan sebagainya antara gangguan yang membuat ibu hamil sukar mendapat tidur yang lena.

Berikut antara tip yang boleh anda cuba untuk membantu anda agar lebih selesa dan mendapatkan tidur yang lena ketika hamil.

1. Sebelum tidur, minumlah segelas susu suam. Ia membantu anda berasa lebih selesa untuk tidur lena.

2. Elakkan makan sebelum tidur terutama makanan bergoreng dan pedas.

3. Tinggikan sedikit kepala dengan menambahkan bantal.

4. Jika terasa kaki anda kram, bawa berjalan sebentar di sekitar bilik untuk meredakan kekejangan sebelum menyambung tidur.

5. Masuk ke bilik dengan satu tujuan iaitu tidur. Elakkan berada dibilik tidur untuk makan, menonton tv atau menyiapkan kerja pejabat.

6. Jangan memikirkan pelbagai masalah sewaktu hendak mula tidur.

7. Elakkan melakukan senaman sebelum masuk tidur. Senaman seeloknya dibuat pada waktu pagi atau siang, bukan malam hari.

8. Elakkan minuman berkafein yang boleh menyukarkan mata untuk lelap.

9. Sokong belakang badan dengan beberapa biji bantal atau baring mengiring dengan satu kaki dibengkokkan dan disokong dengan bantal. Ia memberi keselesaan untuk anda tidur.

POSISI TIDUR

Sukar tidur kerana pelbagai faktor kehamilan memang biasa dihadapi. Oleh itu, anda haruslah berusaha mencari gaya yang sesuai dan mampu memberi keselesaan kepada anda kerana tidur yang cukup juga penting dalam menjaga kesihatan sewaktu sedang hamil.

Sebahagian pakar menganjurkan apabila usia kehamilan memasuki 16 minggu, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi miring kebahagian kiri. Posisi ini dikatakan memberi faedah terhadap bayi disebabkan plasenta mendapat aliran darah dan nutrisi yang maksimum selain membantu ginjal membuang sisa bahan yang tidak diperlukan dari tubuh ibu sekaligus membantu mengurangkan risiko pembengkakan.

Selain itu, tidur miring dengan meletakkan bantal pada sisi perut dan di punggung juga membantu anda mendapatkan tidur yang lena. Anda juga boleh mendapatkan bantal yang direka khas untuk wanita hamil bagi tujuan ini.

selesa ke bantal macam ni ek? aku guna bantal biasa jer..

atas tu adalah salah sedikit info yang aku ingin kongsi ngan korang melalui majalah Bakal Ibu. *niat aku memang nak kongsi ngan korang pon dari apa yang aku baca =)

setiap malam kalau nak memulakan intro tido tu memang jadi masalah kat aku.. pusing kiri tak kena.. pusing kanan tak kena.. terlentang lak asik kene kick ngan baby.. haha... tapi lama-lama aku tertidur gak... memang aku sokongkan bantal didepan dan belakang aku kalau aku tidur mengiring.. *aku banyak tidur mengiring kekanan.. sebab rasa selesa macam tu.. tapi terpulang pada keselesaan masing-masing la ek... belum lagi aku sampai tahap tidur sambil duduk.... huhu

*happy reading to all mommies... next tips ape pulak yang aku nak kongsikan? tungguuuuu... =)

No comments: