Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Tuesday, December 20, 2011

Tip Ibu Hamil lagi... - Tip cara uruskan uri bayi

rasanya tak ramai yang tau macamana nak uruskan uri bayi yang baru lahirkan.. macam aku ngan hubby la kot.. thehe... kat sini aku kongsikan ngan korang tip yang aku dapat dari majalah wanita keluaran terbaru ni.. dari situ dia bagitau..

- Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

- Basuh uri dengan bersih menggunakan air paip atau sungai yang mengalir sehingga tiada kesan darah yang melekat.

- Selepas itu, bilas dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.

- Letakkan uri yang telah dibersihkan di atas kain kapas putih yang bersih.

- Taburkan sedikit garam kasar bersama asam keping di atas uri berkenaan.

- Bungkus uri dengan kemas dan ikat ketat.

- Gali lubang tanah kira-kira satu kaki setengah (saiz muat untuk uri berkenaan sahaja. Jangan terlalu besar)

- Alaskan dasar lubang dengan papan atau bahan yang mudah reput (boleh juga gunakan tempurung kelapa)

- Setelah itu timbus tanah dan ratakan. Pastikan lubang yang digali tadi mengharap kearah kiblat)

- Akhiri proses dengan surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq serta Al-Ikhlas seterusnya panjatkan doa pada Nya agar bayi kita terlindung dari sebarang gangguan dan penyakit.

semoga kita sama-sama dapat amalkan.. kalau ada tip atau petua lain.. kongsi-kongsikan la dekat comment box tu ek ;)

*huhu tak sanggup nak letak gambor uri lam entry ni..

2 comments:

nusk said...

wawawaaa banyak nye story mak yong hehehe..and tqs too for sharing a lot of tips n info;)

Unknown said...

hhihihi.. mak yong rajin wat koje.. manyak story die nak mory kan.. haha.. u r welcome my dear.. ewahh... sharing is caring~ hehe