eheh... jangan marah.. kali ni banyak lak entry berkenaan dengan tip-tip ibu hamilkan.. mesti la.. sebab aku tengah mengandung sekarang.. adalah lebih afdhal kalau aku kongsi tip-tip yang aku tahu... nanti da dapat baby, aku kongsi lak tip penjagaan bayi lak yer... hihih.. tapi semua tip ni berdasarkan buku yang banyak aku baca..
oke taknak bebel panjang-panjang sangat... kali ni aku kongsi pasal tip masalah kulit ibu yang sedang hamil.. pasti ramai yang mempunyai masalah ni.. termasuk la aku... dalam buku tu kata...
Perubahan hormon semasa hamil menjadikan tubuh mengalami pelbagai gejala dan simptom kehamilan. antaranya ialah masalah kulit. Berikut tip dan panduan yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan masalah ini.
Wajah berminyak - Ada wanita ketika hamil tiba-tiba mengalami masalah kulit berminyak dan mennjadikan wajah dipenuhi jerawat. Amalkan membasuh wajah secara rutin dua kali sehari menggunakan sebarang bahan pewangi atau alkohol.
Pigmentasi - Ramai wanita menghadapi masalah ini ketika hamil dan selalunya ia akan hilang setelah anda melahirkan bayi. Anda boleh cuba menggunakan krim pelindung ultraviolet untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Kulit kering dan gatal - Masalah ini disebabkan oleh kulit yang merengang akibat kandungan yang semakin membesar. Jika terasa gatal, elakkan menggaru dengan kuku, sebaliknya usaplah dengan kain lembut hingga hilang rasa gatal. Sapukan minyak bayi pada bahagian kulit yang kering untuk mengekalkan kelembapannya.
Rekahan - Inilah masalah yang paling merisaukan wanita hamil kerana kesan rekahan ini tidak mudah hilang selepas melahirkan. Kawasan yang biasa berlaku rekahan adalah dipayudara, perut, paha dan pinggul. Rajinlah melakukan urutan menggunakan minyak atau pelembap yang sesuai dikawasan tersebut untuk membantu mengurangkan kesan rekahan ini.
Urat Simpul - Timbulnya urat-urat halus dipermukaan kulit berlaku kerana tekanan yang berat pada urat darah akibat beban kandungan yang dibawa. Untuk mengatasinya, cuba elakkan berjalan kaki atau berdiri terlalu lama. Elakkan kaki berada dalam keadaan tergantung.
*pstttt.... aku dengar minyak bio oil bole membantu mengatasi masalah kulit ni... nanti mau try test la... heeee.... selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment