Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Monday, December 12, 2011

Tips Hamil : Masalah Bengkak Kaki


Kaki bengkak memang masalah biasa bagi wanita hamil. Kaki mudah bengkak kerana harus menanggung beban tubuh yang bertambah kerana faktor kehamilan. Berikut antara tip yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah ini.

1. Manjakan kaki anda. Bagaimana? Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan paha.Ulangi selama beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Selepas itu, amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang dicampur sedikit garam atau limau nipis.

2. Rajin mengurut lembut kaki dengan cara menekan tapak kaki menggunakan minyak bayi atau losyen setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus menjaga kesihatan kaki sepanjang kehamilan.

3. Dapatkan pemeriksaan doktor jika masalah bengkak kaki yang anda alami agak berlainan disamping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih dari 1kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana dikhuatiri ia disebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan.

4. Letakkan kaki diatas bantal semasa berbaring atau berehat. Tidur dengan pelbagai posisi, elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah.

5. Jangan berdiri atau duduk dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama. Banyakkan bergerak supaya pengaliran darah tidak terganggu. Amalkan senaman secara teratur juga membantu.

6. Gunakan kasut tumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki.

7. Banyakkan berehat terutama jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti untuk setiap 10 minit sekali bagi merehatkan tubuh untuk melancarkan sistem perjalanan darah.

8. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.

ni lah salah sedikit info yang aku copy dari majalah Bakal Ibu... aku ikut gak tip-tip yang ada ni.. berkesan gak.. terutama yang dia suh urut-urut sket kaki tu... memang kurang sket bengkak..
*kaki aku memang cepat bengkak la skang ni.. huhu... 33 wks...

No comments: