*gambar ihsan dari akak google =)
salunya ni la masalah ibu mengandung yang perit sket kan... kat sini aku nak kongsi tips yang ada dalam buku ibu hamil yang ada kat tangan aku ni.. mudah-mudahan ibu diluar sana dapat jugak info tentang pedih ulu hati ni.. sharing is caring =)
Pedih ulu hati antara gejala yang sinonim menyerang golongan wanita hamil. selain disebabkan oleh perubahan hormon dan fizikal, faktor lain yang mendorong keadaan ini ialah kerana refleksi asid dalam perut atau masalah menghadaman makanan.
Berikut tip yang boleh anda cuba bagi mengatasi keadaan ini.
- Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. elakkan makan dalam jumlah banyak atau sehingga terlalu kenyang kerana ia mudah membuat anda mengalami pedih ulu hati.
- Pastikan anda mengunyah makanan hingga benar-benar hancur sebelum menelannya.
- Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
- Elakkan makanan yang pedas dan berminyak serta minuman bergas atau berkafein kerana ia mengambil waktu yang lama untuk menghadam.
- Elakkan makan berselang seli dengan minum air. minum selepas menghabiskan makanan.
- Bila terasa pedih ulu hati, cuba kaedah ini. Berada dalam keadaan posisi seperti mahu merangkak dengan kedua tapak tangan dan lutut berada di atas lantai. biarkan seketika. posisi ini dengan bantuan tarikan graviti akan memudahkan perjalanan makanan dalam perut dan mengurangkan rasa pedih tersebut.
- Semasa tidur, gunakan bantal untuk menyokong bahagian kepala dan belakang agar bahagian badan dan kepala sedikit tinggi supaya makanan mudah dihadam. Elakkan tidur diatas permukaan yang rata begitu sahaja.
- Jangan memakai pakaian yang ketat terutama pada bahagian perut dan dada.
ini la sedikit sebanyak informasi yang boleh aku kongsikan.. selamat mencuba mommys sekalian ;)
No comments:
Post a Comment