Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Saturday, December 3, 2011

Trimester ketiga


diam tak diam... aku da masuk waktu kehamilan trimester ketiga.. iaitu trimester yang terakhir...
menurut info dalam buku yang aku beli ni... memasuki trimester ketiga atau peringkat terakhir kehamilan, bebanan dari sudut fizikal semakin dirasai. perut semakin membesar dan kenaikan berat tubuh akan membuat anda cepat letih dan kelelahan apabila melakukan sebarang kerja. ITS TRUE! memang cepat letih je skang ni... kalau bole, nak je ada pembantu untuk tolong aku masak... tapi..apa kan daya.... huhuhu...

sambung lagi --> anda juga merasai pelbagai perasaan atau emosi yang berlainan. gembira, sedih dan rasa khuatir bercampur aduk dalam diri anda. dalam tempoh ini juga, anda akan mula melakukan persiapan bagi menyambut orang baru. ITS TRUE AGAIN... tapi bab emosi tu aku cuba kawal.. tak nak rasa tertekan sangat.. sebab kadang-kadang.. yang menjadi penyebabnya bukan besar sangat pon... huhuhu..

ok.. jom tengok simptom-simptom yang dialami masa trimester ketiga ni lagi.. antaranya :-

1. Sakit Pinggang Dan Pinggul

sakit pinggang atau terasa sakit dibahagian pinggul akan kerap anda alami dalam trimester ketiga ini. ia berlaku kerana peningkatan berat beban kandungan yang anda bawa. berat bayi menarik anda kehadapan membuat anda harus menarik tubuh kebelakang untuk mengimbangi keadaan ini. keadaan ini menyebabkan tekanan kepada otot dan pelvik. selain itu, keadaan ini juga disebabkan oleh regangan ligamen yang semaik menegang. berhati-hati dengan pergerakan anda. elakkan membongkok dalam melakukan aktiviti harian dan sewaktu mengangkat barang sebaliknya, turunkan kaki (bengkokkan lutut) untuk mengambil barang diatas lantai. jangan mengangkat barang yang berat. selain itu, untuk membantu mengurangkan keadaan ini, cuba elakkan melakukan perkara yang boleh mengundang rasa sakit pinggang seperti berdiri atau berjalan terlalu lama. elakkan juga memakai kasut bertumit tinggi dan jangan selalu membongkok....
keadaan aku : sakit pinggang ni kurang sket.. sebab masa trimester kedua memang aku kerap sakit pinggang dan pinggul dah... memang kena kerap berjalan untuk elakkan sakit pinggang dan pinggul... (exercise sket) nak wat keje bongkok-bongkok memang tak leh la derrr... kasut tumit tinggi memang tak pakai dah.. simpan je ler.. huhu

2. Pernafasan

Pada trimester ini terutama ketika hampir menjelang hari bersalin, ramai wanita hamil yang mula berasa susah untuk bernafas. ini disebabkan tekanan bahagian paru-paru si ibu. selalunya apabila kepala bayi sudah mulai turun kerongga pinggul iaitu dalam tempoh lebih kurang dua minggu sebelum bersalin, ketika inii anda akan mula dapat bernafas dengan lebih mudah berbanding sebelumnya. selain itu, rasa terbakar didada (heart burn) juga akan mula hilang. jika terasa sukar bernafas sewaktu mahu tidur, tinggikan bantal dibahagian kepala agar dada sedikit naik untuk memudahkan pernafasan anda.
hoho.. time ni memang masa tidur tu pernafasan agak terganggu sket.. so aku ikut tips tidur dalam keadaan tinggikan sket bantal.. alhamdulillah berkesan...

3. Kerap Buang Air Kecil

Rahim yang membesar ditambah pula dengan kedudukan bayi yang semakin menurun menjelang kelahiran akan menekan pundi kencing menyebabkan anda akan kerap membuang air kecil walaupun dalam jumlah sedikit. ia adalah perkara biasa. jangan hadkan minum air semata-mata tidak mahu kerap membuang air.
keh keh keh.... ni sejak awal pregnant memang aku dah start ulang alik ke toilet dah... huhuhu...

4. Sukar Tidur

Apabila perut semakin membesar, pergerakan bayi juga semakin kuat hingga menganggu ketenangan anda untuk tidur nyenyak. ditambah pula dengan masalah lain seperti sakit pinggang dan pinggul, pedih uli hati dan sukar bernafas turut mengganggu tidur anda. cubalah cari posisi tidur yang sesuai. dapatkan bantuan lain seperti bantal yang lebih untuk membantu memberi sokongan agar anda lebih selesa sewaktu tidur.
tidur malam memang agak tidak selesa. dan selalu terjaga.. tapi bila da terjaga tu.. aku duduk jap.. relax.. relax... borak-borak ngan baby jap... tepuk-tepuk bantal... pastu pejam-pejam mata.. tak sedar masa bila aku tidur.. hehe...

setakat ni dulu wat entry kali ni... jap lagi sambung lagi fakta yang ade lam buku ni...

to be continued ..

*kaki da lenguh sebenarnya sebab duduk lama ni.. =P

No comments: