simptom-simptom lain ...
5. Varises
sesetengah wanita hamil mengalami keadaan dimana kebanyakan urat-uratnya kelihatan timbul dibawah kulit. ini dikenali sebagai varises. *wooo baru ku tahu varises namanya... kite panggil urat simpul jer.. huhu peningkatan jumlah darah dan aliran ketika hamil menyebabkan keadaan ini berlaku. selain itu, keadaan ini turut dipengaruhi oleh faktor keturunan. selalunya masalah ini akan hilang setelah melahirkan nanti.
ade la sket urat-urat da muncul kat kaki aku ni.. tapi lom kritikal lagi.. harap-harap tak teruk sangat la...
6. Kontraksi Perut
mungkin anda pernah dengar tentang kontraksi palsu. rasa sakit yang datang anda sangka tanda sudah mahu bersalin tetapi sebenarnya bukan. ia adalah kontraksi palsu, iaitu rasa sakit yang ringan. rentak kesakitannya tidak teratur, sekejap timbul dan tiba-tiba hilang. keadaan ini biasa anda alami pada trimester terakhir ini.
setakat ni belom lagi.. kena alert gak ni...
7. Bengkak kaki
bayi yang semakin membesar akan meningkatkan tekanan pada daerah kaki kerana harus membawa beban tubuh yang berat. kerana itu wanita hamil pada peringkat ini mudah mengalami bengkak kaki. malah, ada juga yang mengalami pembengkakan pada bahagian tangan. perubahan hormon turut menjadi salah satu daripada faktornya. semasa berbaring, tinggikan sedikit kaki dengan meletakkannya diatas bantal untuk membantu perjalanan darah. elakkan kasut bertumit. urutan lembut juga membantu melegakan keadaan ini.
memang da kerap bengkak sket-sket da kaki ni sekarang... tangan pon ade gak aku rasa sama... eh bengkak ke da tembam ek? wakaka.. tapi nak guna tips letak kaki atas bantal tu aku agak kurang selesa kot... masa kat umah aku ari tu.. gigih hubby tolong letakkan bantal tinggi-tinggi kat kaki aku.. sudahnya aku tolak sikit-sikit tanpa sedar... huhu
8. Kram Kaki
keadaan kram kaki mungkin semakin kerap berlaku pada trimester ini. ia ada kaitan dengan perubahan pusingan dalam rahim selain kerana tekanan yang berlebihan pada saraf kaki. kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kaki kram.
nak wat camne.. terpaksa la aku hadapinya sorang-sorang... takde da teman nak tolong urut dikala kaki jadi kram.. tapi... aku tutup kaki aku ngan selimut supaya tak sejuk...
ni la antara simptom-simptom yang dapat aku kongsi dengan pembaca semua... ada lagi.. tapi segan nak cerita.. sebab melibatkan organ dalaman wanita.. huhu... semoga maklumat-maklumat ni dapat membantu para mommys semua...
info dari majalah BAKAL IBU
No comments:
Post a Comment