Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Friday, September 14, 2012

Khasiat Buah

khasiat buah? buah ape?? haaa jangan dok melencong lak ek.. haha...
semenjak dua menjak ni dok sekolahkan diri aku untuk rajin makan buah-buahan... memang sebelum ni memang susah sangat aku nak makan buah. minum jus buah ada la.. tu pon kalau makan kat luar.. huhu..

dengan cara makan buah-buahan ni pon boleh jimat duit poket kan? haha... beli buah-buahan tempatan murah sket.. berbanding buah-buahan import.. semalam aku pergi pasar dengan jamal.. saje tanya jamal..

aku : jamal nak pisang?
jamal : nakkk.. jamal nak pisang yang bersih.. (ceeeeyy.. bersih kann..)
aku : ok.. jamal nak yang ni? *sambil tunjuk pisang emas
jamal : tak tak.. jamal nak pisang yang tuu..*dia tunjuk sebelah pisang emas.. jamal nak pisang yang besar... kannnnnn demand nak yang besar jee...

ni la pisang yang jamal pilih.. 
satu da kena ngap tu.. dia la yang makan.. tapii... yang banyak nya aku ngan hubby yang makan... jamal makan satu tu kadang-kadang ada yang tak habis terus masuk tong sampah.. haihhhhh gerammm acu..

eh macam da lari topik je.. huhu 
ok mari cerita tentang khasiat buat pisang ni.. 
pisang ni memberi sumber tenaga yang segera.. katanya la kan.. aku tengok info dalam surat khabar metro ni. pas tu.. pisang jugak membantu untuk mengatasi masalah sembelit. menganduni tryptophan, sejenis protein yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira.. uih memang bagus ni.. leh ilang stress.. ekeke... dan juga boleh meransangkan pengeluaran hemoglobin didalam daran. ini dapat membantu mencegah anemia. 

next.. buah betik lak

betik mempunyai serat yang dapat mencegah toksin didalam usus besar. mengandungi antioksidan, kaya dengan papain sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan. ianya juga baikk untuk jantung dan juga membantu dalam pemulihan luka.

Jambu Batu.. bukan kumpulan jambu

Jambu batu baik untuk sembelit. berkesan dalam menurunkan kadar kolestrol dan tahap glukosa dalam darah. Bahan antioksidan yang berkesan. jambu juga dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit. jus jambu batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.. aku tengah berpantang makan jambu batu sekarang ni.. arrrghhh..

Tembikai atau timun cina

tembikai dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan penyakit kardiovaskular. biji tembikai ialah sumber protein yang baik. dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit. ianya kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. tembikai juga dapat mengawal tekanan darah.

Nenas

mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah. nenas melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ianya kaya dengan bahan antioksidan. membantu untuk membina tulang yang sihat. ianya juga membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lendir. melindungi badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat. nenas juga membantu  untuk membina sistem imunisasi badan yang semulajadi. dan juga membantu untuk menghalang pembentukan plak.

wahhh bagus jugak khasiat buah-buahan tempatan ni kan.. tapi nak makan tu biar berpada-pada gak kan.. aku frust sebab tak dapat nak masukkan gambo buah-buahan tu semua.. tenet ni pehal hari ni?? tensi mak. dalam banyak-banyak buah-buahan kat atas ni.. suma aku boleh makan. bab jambu batu je mak aku suruh pantang makan selama setahun.. aku ikot je.. dan dalam banyak buah-buahan dalam malaysia ni.. aku tak makan buah durian dengan buah tembikai susu je.. kedua-duanya disebabkan bau........ huhuhuhuuhuh


2 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

good info... tetiba terasa nak mkn pisang...huhu

Unknown said...

hehehe pisang kat umah ni ade lagi cik puan izan.. sila la dtg ambik.. hihi