Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Monday, September 10, 2012

shopping!

hari sabtu duduk dirumah saja.. tapi pagi-pagi pergi pasar keramat... kitorang tak kemana coz nak rehat n ngasuh jamal dirumah.. paksu rajin sangat menyakat jamal sampaikan rumah ni dah macam ada 10 orang isi rumah. haih..

ahad, kami ke planet pluto.. eh apartment kakak aku dishah alam. tujuannya untuk menghantar barangan milik beliau. tapi dah terlajak kesana, aku minta izin kepada hubby untuk bawa kami berdua pergi shopping bunga di sungai buloh... weeee... best woo tempat nursery tu.. 1st time pergi masa balik cuti raya dari perak hari tu.. hari tu tak puas pergi sebab tak dapat beli bunga rose yang aku idamkan.. kali ni pergi nak pergi hunting lagi bunga rose tu....

korang penah pergi tak nursery ni? 1st time aku sampai.. memang macam terngangga kejap la.. rasa osem sangat tempat ni... sepanjang-panjang perjalanan kat lorong tu, kiri kanan dia suma orang jual pokok bunga... kali ni hubby drop aku ngan kakak kat penghujung jalan... dan dia chow kuar dari lorong tu nak pergi minum .. tanak join kitorang.. haha.. takpe la daling.. janji u tunggu i sampai habis shoppin dan cuci mata.. hehe..

hujung jalan tu banyak kedai jual orkid.. yang mahal, yang murah macam-macam ada. but my kakak says.. for the beginner like me, baik la beli orkid yang murah-murah.. yer.. aku agreed..

makanya orkid yang mahal-mahal tu layak masuk dalam camera aku je la yer...

cantik orkid ni.. orkid hutan kot.. RM100 harganya... phew~

jatuh chenta..

arrrgghh sudah gila..

orkid mahal lagi..

lets shopping !

bunga ni wangi.. tokei kedai ada cakap nama bunga ni.. tp i tak ingat sepatah haram. kakak beli yang ni

akhirnya, aku beli dua pasu orkid, satu rose, sepaket tanah, baja orkid dan bekas semburan tu.. senang nak sembur-sembur pokok.. takde la nak renjis ngan tangan lagi.. hiks.. semoga rumah aku akan bertambah serinya..... dan semoga ko tak mati wahai pokok.. huhu..

*aku da nyatakan hasrat dihati kepada suami terchenta.. kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki.. bila abang da pencen nanti.. tak kira la abg nak buat rumah kat perak atau kat kelantan ke, ayg nak rumah atas tanah.. ada halaman sendiri.. dan ada pagar... boleh la ayg nak tanam-tanam pokok nanti... weeee.... nak tau apa respon hubby? dia kata... tak nakkkk... pastu gelak.. :(

No comments: