Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Tuesday, September 4, 2012

Pendarahan pada trimister pertama



Pendarahan lazimnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan selagi gejalanya sinonim dengan proses kehamilan yang sedang berlaku.

Namun, jika pendarahan it mulai menunjukkan kelainan, sudah tentu ia membimbangkan anda apatah lagi jika ia memicu ke arah faktor yang boleh menyebabkan keguguran.

Bagi ibu hamil yang baru merasai proses kehamilan untuk kali pertama, apabila berlaku pendarahan dalam trimester pertama ini, sudah tentu ia mengundang kerisauan, apatah lagi jika ia adalah kehamilan yang diharapkan dalam perkahwinan tersebut. Persoalan yang mungkin bermain difikiran anda, apakah sesuatu yang normal apabila mengalami pendarahan pada peringkat awal kehamilan?

Sebenarnya, pendarahan ini lebih bersifat variasi. Bermula daripada jumlah yang sedikit atau hanya bintik-bintik kecil darah pada seluar dalam, hinggalah berlaku pendarahan yang banyak diiringi dengan rasa sakit dan ngilu di perut.

Pendarahan pada awal kehamilan sering berlaku pada hampir 30% wanita yang baru hamil. Dan separuh daripada wanita yang mengalaminya masih dapat meneruskan kehamilan tersebut dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat.

Pendarahan yang sedikir, contohnya seperti beberapa titisan darah pada seluar dalam merupakan perkara normal dalam proses kehamilan ini. Ia berlaku kerana implantasi embrio pada dinding rahim yang menyebabkan rahim melepaskan sedikit darah. Keadaan ini selalunya berlaku sekitar minggu ketujuh hingga minggu kesembilan kehamilan dan berlaku antara dua ketiga hari sahaja.

Ada antranya yang mendapati pendarahan kecil ini berlaku setelah mereka melakukan hubungan seksual, mengangkat barang berat atau setelah melakukan aktiviti lasa. ini kerana terdapat banyak pembuluh darah yang sedang dalam proses pelebaran untuk proses kehamilan dibahagian servik ketika ini yang menyebabkan mudahnya pendarahan berlaku apabila otot dipaksa bekerja keras untuk sesuatu perkara yang anda lakukan.

Kerana itu anda harus membatasi pergerakan dan mengelakkan melakukan aktiviti lasak atay kerja-kerja berat ketika ini. Malah hubungan suami isteri juga di nasihatkan tidak dilakukan secara 'kasar' ketika ini.

Tetapi, dalam sesetengah kes, pendarahan kecil ini juga boleh menjadi tanda kepada risiko keguguran. Anda mungkin mengalami keguguran apabila pendarahan menjadi bertambah banyak diiringi dengan gelaja sakit atau kram pada bahagian perut. Ini akan disertai dengan keluarnya ketulan darah atau jaringan fetus.

Kerana itu anda harus cepat berjumpa doktor jika gejala pendarahan yang dialami mula membimbangkan kerana ia mungkin tanda akan berlakunya keguguran atau mungkin juga akibat komplikasi lainnya.

*aku pernah kena macam ni masa mengandungkan qaisara. awal 6 minggu kuar darah warna coklat.. tapi alhamdulillah semuanya ok masa tu..

No comments: