Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Monday, September 3, 2012

Perjalanan Raya 2012 part 1

assalamualaikum... huuu ade part part lak entry ni ek..  baru kali ni berkesempatan nak cerita pasal kisah hari raya.. sebelum ni sibuk dengan kemas rumah, sibuk pergi open house pastu paling best, sibuk melepak dan bermalas-malasan dirumah.. heee...

tahun ni aku beraya kat semenanjung.. horeii.. sebab tahun lepas aku beraya diseberang nun.. dibumi kenyalang daerah sri aman. dalam kem da... kem pakit. memang jauh bezanya beraya tahun ni dengan tahun lepas. sebab tahun lepas aku dan hubby tak banyak travel sangat. banyak raya dalam kem je... tapi tahun ni kitorang pertama kalinya beraya dikampung bersama. alhamdulillah.. Allah masih beri lagi peluang kepada aku dan hubby untuk merasai nikmat itu.. terima kasih Allah..

tahun ni hubby bagi keputusan untuk beraya dikelantan (kampung dia la tu) sebab memandangkan cuti yang dia ada tu tak mengizinkan untuk kitorang beraya dikedua-dua belah pihak. so, penghujungnya .. kira macam sipi-sipi la.. ramadhan tu kitorang gerak balik kampung aku di manjung, perak. dapat puasa bersama mak pon jadi la.. syukur.. kali ni aku balik angkut  jamal sekali. haha .. sebab sape yang nak mengasuh dia nanti kan? mama ngan abah dia keja... so, ikut la acu n pakcu balik kampung...

takde gambar pon yang aku snap masa kat manjung... huuu.. disebabkan kesibukan melayan karenah jamal ngan paksu dia.. serta menjadi chef dan sibuk menyiapkan sulam manik lagi.. memang takde masa la nak snap sana sini...

pas tu ramadhan yang kedua terakhir, kami balik ke tanah merah kelantan. alhamdulillah aku masih ingat jalan-jalan nak balik.. coz kalau nak dibandingkan, memang aku akan jadi pemandu arah untuk hubby aku tu... yang dia tau bawak keta.. pas tu cakap.. 'masuk mana yang?' 'are u sure?' cet! tapi bila da masuk kampung dia, aku senyap la... hehehe

hari tu kitorang berbuka dengan adik beradik hubby. malamnya pulak kitorang makan colek! yeayyy! hubby memang akan cuba usahakan untuk menunaikan permintaan wifey dia kalau boleh.. first time la ni aku makan colek. tahun lepas memang terlepas la.. aku dengar pasal colek ni masa kitorang bertunang dulu.. sebab masa tu hubby ada kat kampung dan cerita yang dia tengah makan colek.. aku ni pantang dengar nama makanan yang dia cakap sedap ni.. wajib cuba.. hehe.. alhamdulillah dapat gak merasa..tapi... sekali lagi.. takde gambonya... huuu sibuk ambik gambar amsyar *anak buah hubby tu je..

amsyar yang terlalu ghairah makan straw.. hehe

lebih kurang macam ni la rupanya... tq incik gugel

colek ni ada beberapa jenis... colek perut, colek kerang, colek buah-buahan, colek ... errr lupa nama dia.. tapi ade cucur udang.. aku pilih colek perut... 

1st time makan.. huaaa sedapppp..... da abis, curi-curi sket hubby punya.. hehehe... terasa lagi rasanya kat mulut aku ni.. rasa masam-masam pastu pedas-pedas.. haihh tak tau la nak cerita macamana rasanya.. memang sedap... hehe... 

ok.. nanti bersambung lak cerita raya part 2... hehe

No comments: