Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Saturday, September 22, 2012

Melawat

Malam tadi aku ikut hubby pergi HKL. Hubby kata nak melawat anak kepada anak sepupu dia yang sakit..
Sampai sana.. Kami berdua terus tuju institut kaji saraf dalam HKL tu. Coz disitu la pesakit ditempatkan.
Sesampai dikatil yang dituju, ada aku tgk ada seorang ibu yang sedang menggendong anaknya. Baru berumur 6 bulan. Muda sket dari qaisara. Sakit apa? Baby tu doc suspek kepalanya terhentak atau digoncang kuat dan telah menyebabkan ada darah beku dikepalanya. Allah.. Allah.. Ringankan la beban anak itu.. Ibunya kata anaknya dihantar kerumah pengasuh setiap hari. Tapi biasa la.. Pengasuh mana nak mengaku dorang ada buat apa2 yang tak elok.. Ibunya kata juga sebelum dimasukkan kehospital, anaknya muntah2. Bukan muntah yang biasa tu.. Tapi muntah yang keluar deras.. Hmm.. Kesian baby.. Kepalanya dioperate untuk mengeluarkan darah beku dalam kepala. Alhamdulillah.. Operasi berjaya.. Cuma keadaan baby da kurang cergas dari yang sebelumnya. Takpe la.. Sekurang-kurangnya ibu dan bapanya dapat lagi menjaga baby tu.. Aku nasihatkan dia semoga dapat mengambil cuti untuk jaga baby n beri sepenuh perhatian dekat dia.. Aku doakan semoga baby tu cepat sembuh.
Sambil-sambil tu mata aku dok tengok keadaan dalam wad tu. Semuanya bayi dan kanak-kanak. Dan kesemuanya telah dioperate. Ada yang kena operate banyak kali pun ada. Allah.. Allah.. Kecil lagi dorang da dapat ujian yang sebesar itu.. Sakit wei kena operate. Yang paling tak best ubat bius tu ada meninggalkan kesan sket.. Insaf..


No comments: