Kali ni aku kongsikan pulak mengenai cara-cara yang bersesuaian untuk ibu hamil.
Bagi golongan ibu hamil yang memandu kereta, keadaan fizikal ibu hamil adakalanya mengganggu keselesaan sewaktu memandu kenderaan. Sebenarnya, tiada masalah untuk wanita memandu sewaktu hamil selagi ia menjaga segala risiko yang boleh mendatangkan bahaya terhadap diri dan kandungannya.
Perlu juga anda ketahui bagaimana mengatasi masalah yang timbul ketika memandu berkaitan dengan kehamilan anda. Berikut antara tip yang boleh anda gunakan sewaktu memandu kenderaan ketika hamil.
Trimester Pertama
Selalunya pada peringkat awal kehamilan ini, anda mengalami gejala morning sickness. Keadaan tubuh yang tidak sihat ditambah dengan gejala mual, muntah dan pening, sebaiknya anda tidak memandu sendirian ketika ini.
Seelok-eloknya langkah yang perlu anda ambil adalah seperti berikut :-
1. Makan terlebih dahulu walaupun sedikit sebelum memandu. Jika tidak, perut yang kosong boleh menyebabkan anda mual ketika memandu tambahan pula apabila terkena penghawa dingin dalam kereta.
2. Sediakan air dan makanan ringan dalam kenderaan.
3. Anda juga boleh makan gula-gula atau chewing gum daripada halia ketika memandu untuk menghilangkan rasa mula.
4. Sediakan plastik beg dalam kenderaan untuk kecemasan jika anda muntah.
5. Sewaktu memandu jika tiba-tiba anda rasa pening atau mual ingin muntah, segera perlahankan kenderaan dan berhenti ditepi jalan yang selamat. Berehat seketika sebelum memulakan perjalanan semula.
6. Jika keadaan anda teruk dan gejala yang dialami tidak hilang, jangan teruskan pemanduan. Hubungi keluarga atau kenalan untuk datang membantu anda.
Trimester Kedua
1. Jika anda bercadang mahu memandu untuk suatu perjalanan yang jauh dan memakan waktu yang lama, sebaiknya dapatkan dulu pemeriksaan kesihatan dan kandungan anda agar tiada sebarang masalah yang timbul.
2. Berhentilah seketika jika terasa tulang belakang anda mula sakit.
3. Jika otot atau sendi andamula terasa pegal dan ngilu, berhenti seketika dan bawalah berjalan atau lakukan sedikit senaman regangan yang membantu menenangkan tubuh.
Trimester Ketiga
1. Letakkan bantal kecik dibelakang anda sewaktu memandu untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa pegal dan sakit belakang.
2. Jika anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan anda mulai letih, carilah tempat perhentian. Jalan yang sesak boleh membuat anda letih, otot kekejangan dan stress.
3. Ketika memandu dan tiba-tiba anda mengalami kontraksi ringan, berhenti sebentar. Turunkan tempat duduk agar anda dapat berbaring dan berehak seketika hingga anda rasa kontraksi itu hilang sebelum menyambung semula pemanduan. Jika kontraksi tidak hilang, segera dapatkan bantuan orang lain untuk mengambil anda.
4. Elakkan perut terlalu rapat dengan stereng. Pastikan kaki boleh menekan pedal sepenuhnya.
Selamat mencuba!
*masa dekat kem hari tu.. kalau hubby pegi operasi atau outstation.. memang aku drive sorang-sorang... selagi terdaya.. memang aku lakukan sendiri.. =)