Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Monday, April 9, 2012

Tips Penjagaan Tali Pusat

thanx to the magazine
Semasa dalam kandungan, tali pusat bayi atau juga dikenali sebagai 'umbillical cord' adalah saluran terpenting untuk menyalurkan nutrisi, vitamin dan oksigen kepada bayi. 

Setelah bayi dilahirkan, tali pusat tidak lagi diperlukan lalu dipotong dan lebihannya akan diikat atau dikepit. Pangkal tali pusat yang masih melekat akan mengering dan biasanya tanggal dengan sendirinya dalam masa satu ke dua minggu setelah bayi dilahirkan. 

Bagi ibu yang baru menimang cahaya mata mungkin sedikit gusar apabila mahu mengendalikan tali pusat bayinya kerana takut ia akan menyakitkan si kecil. Tak perlu risau kerana ia lansung tidak menyakitkan bayi anda. Tidak sukar untuk merawat tali pusat. Yang penting anda pastikan bahagian ini sentiasa bersih dan kering. 

Kajian mendapati tali pusat bayi lebih cepat tanggal apabila dibersihkan dengan air dan sabun bayi berbanding menggunakan ubat-ubatan lain. Selagi tali pusat bayi masih belum tanggal, elakkan memandikan bayi dengan merendamkannya kedalam air. Cukup sekadar dilap dengan air suam. Ini bagi memastikan tali pusat sentiasa kering.

Untuk membersihkan pangkal tali pusat, anda harus mengangkat sedikit tali pusat dengan perlahan. Ia tidak akan menyakitkan bayi. Sisa air pada sekitar tali pusat boleh dikeringkan dengan kain bersih atau kapas kering. Pastikan ia benar-benar kering. Bahagian ini harus dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Tali pusat tidak boleh ditutup rapat dengan apa pun termasuk lampin kerana boleh membuatnya menjadi lembap. Ini akan menyebabkan tali pusat lebih lambat tanggal malah boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Biarkan tali pusat tanggal dengan sendirinya. Jangan sesekali cuba menariknya kerana mahu menanggalkannya. Jika sudah empat miniggu bayi lahir namun tali pusatnya masih belum juga tanggal, segera bawa bayi berjumpa doktor kerana dikhuatiri berlakunya sebarang jangkitan terutama jika sekitar tali pusatnya kemerahan, keluar cecair atau darah dan berbau tanpa sebab yang jelas. 

4 comments:

kEy said...

dulu kecik2 je suke jage pusat..bile pusat dah besar bio je die jge die sndri....

Unknown said...

key - hahaha kelakar oke!!

cha said...

Mcm scary je tp btul ke Tak sakit kak?

Unknown said...

cha - rasanya tk sakit kot cha.. coz kalau sakit, mesti baby meraung..