sumber didapati didalam majalah terbitan Tinta Balqis Publishing
Bayi anda akan sukar tidur nyenyak dan tidurnya sering terganggu? Sudah tentu keadaan ini membimbangkan anda. Tahukan anda, masalah ini boleh membuat bayi kekurangan wakru tidur yang boleh menyebabkan masalah lain.
Gangguan tidur juga boleh menganggu sistem kekebalan tubuh bayi serta pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya. Malah, kekurangan waktu tidur juga boleh memberi kesan terhadap perkembangan otaknya. Ini kerana sebahagian besar pertumbuhan hormon otak bayu berlaku sewaktu dia sedang tidur.
Bayi yang kurang waktu tidur boleh mengganggu hormon yang bertugas untuk mengatur rasa lapar. Selain itu, ia juga mempengaruhi metabolisma dalam tubuh yang boleh meningkatkan risiko terhadap diabetes.
Kerana itu bayi perlu mendapatkan tidur yang cukup dan sudah tentu tidur yang nyenyak amat membantu keadaan ini selain memberi kesan positif terhadap perkembangan bayi.
Berikut beberapa sebab yang menyebabkan tidur bayi terganggu.
1. Flu atau batuk
Jika bayi menghidap flu atau batuk, keadaan ini akan mengganggu tidurnya. Batuk yang berulang ditambah dengan hidung yang tersumbat membuatnya sukar bernafas menyebabkan bayi tidak lena tidur dan kerap terjaga. Jika hidungnya tersumbat, anda boleh menyedut hingusnya menggunakan alat khas yang boleh didapati dikedai yang menjual barangan bayi. Selain itu, sapukan sedikit minyak panas didadanya untuk membantu melegakan hidungnya dan memudahkan bayi tidur.
2. Kembung Perut
Bayi memang mudah mengalami keadaan ini terutama pada bayi yang baru lahir. Jika anda menyusukan bayi dengan susu badan, anda harus elakkan makan makanan yang boleh menghasilkan gas seperti bawang. Ini bagi mengurangkan risiko bayi anda mengalami keadaan kembung perut yang boleh mengganggu lena tidurnya.
3. Haus dan Lapar
Apabila bayi haus atau lapar, keadaan ini juga mengganggu tidurnya. Cubalah berikan bayi makan satu jam sebelum masuk waktu tidurnya.
4. Basah
Lampin yang basah juga membuat bayi mudah terjaga. Kerana itu segeralah mengganti lampinnya apabila basah agar tidur bayi lebih nyenyak.
5. Ruam Lampin
Keadaan ini biasa dialami bayi. Antara punca utamanya kerana sering membuang air dan kebersihan kulit yang tidak terjaga. Malah, bakteria yang terkandung dalam air kencing bayi boleh memburukkan lagi keadaan ruam tersebut. Sudah tentu keadaan ini membuat bayi tidak selesa dan tidurnya juga sering terganggu. Untuk mengatasi masalah ini, cuba ganti lampinnya yang basah sekerap mungkin. Hindari menggunakan kain basah kerana ia boleh menambahkan lagi ruam bayi anda. Keringkan bahagian yang basah dengan cara menepuk dengan menggunakan kain kering, bukan cara menggosok. Sapukan krim pelindung sebelum memakaikan lampin dan jangan memakaikan lampin terlalu ketat. Selain itu, pilihlah lampin daripada jenis kain yang mudah menyerap peluh.
6. Banyak Bermain
Bayi jika terlalu banyak bermain akan semakin sukar untuk diajak tidur walaupun sudah sampai waktu tidurnya. Anda perlu memberi perhatian terhadap perkara ini. Jangan biarkan bayi terus bermain apabila waktu tidurnya sudah hampir tiba. Jika bayi kelihatan letih, menggosok mata dan sering menguap, bermakna dia sudah mengantuk dan segeralah menidurkannya.
semoga tip ini memberi manfaat kepada ibu-ibu diluar sana.
tidurlah anak... =) |
No comments:
Post a Comment