ahad lepas, aku kuar pergi KL ngan my sis. kebetulan hubby pon tak datang weekend kat shah alam, dan selepas di beri keizinan, kami keluar naik bas. da lama kot aku tak naik pengangkutan awam ni. nak pulak pengangkutan awam bas. memang berbeza dulu dengan sekarang. berbeza sangat. apa yang bole aku katakan, syabas malaysia. sebab bas tu dipenuhi dengan rakyat asing. huhuhuhu... rasa macam duduk over sea beb... *over sea la sangatttt... next entry aku citerkan pasal betapa tak bestnya naik bas kat KL sekarang ni.
ok kembali ke pangkal jalan.. pada asalnya aku ngan my sis nak pergi KL sebab nak cari tudung ngan manik. my sis yang nak cari tudung. aku of coz la cari manik. untuk tambah stok. tapi alang alang da sampai situ, harus la masuk SOGO terus. kebetulan masa tu ade sales.
|
nengok tu... time ni tengah lelong comforter... RM99 jek.. murahh.. tapi aku tak beli pon |
|
tengok je la .. nawaitu harus tetap. cewahh |
|
tantek!! |
|
da takde nak menshopping kat sini, aku amik gambo je la.. hahaha |
masa ni sogo takde la mensesak sangat macam aku datang shopping last year dengan hubby. hajat dihati tak nak beli apa-apa.. tapiiii... ade jugakkk aku laburkan dekat sini. hahaha.. ala 15 hengget jer.. hahaha... kata sales kannn... harus lah murah.. barang ape tu?? ahhh sulit!!
lepas penat pusing-pusing teman my sis shopping baju.. perut pon berkeroncong........
bersambung......
2 comments:
sogo selalu sesak kan. tak suka huhu
time nak raya tu yg tak tahan.. sesak sesangat...
Post a Comment