Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Showing posts with label tips bayi. Show all posts
Showing posts with label tips bayi. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Tidak Nyenyak Tidur?

Tip Bayi Dan Penjagaan
sumber didapati didalam majalah terbitan Tinta Balqis Publishing

Bayi anda akan sukar tidur nyenyak dan tidurnya sering terganggu? Sudah tentu keadaan ini membimbangkan anda. Tahukan anda, masalah ini boleh membuat bayi kekurangan wakru tidur yang boleh menyebabkan masalah lain.
Gangguan tidur juga boleh menganggu sistem kekebalan tubuh bayi serta pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya. Malah, kekurangan waktu tidur juga boleh memberi kesan terhadap perkembangan otaknya. Ini kerana sebahagian besar pertumbuhan hormon otak bayu berlaku sewaktu dia sedang tidur.

Bayi yang kurang waktu tidur boleh mengganggu hormon yang bertugas untuk mengatur rasa lapar. Selain itu, ia juga mempengaruhi metabolisma dalam tubuh yang boleh meningkatkan risiko terhadap diabetes.
Kerana itu bayi perlu mendapatkan tidur yang cukup dan sudah tentu tidur yang nyenyak amat membantu keadaan ini selain memberi kesan positif terhadap perkembangan bayi.

Berikut beberapa sebab yang menyebabkan tidur bayi terganggu.

1. Flu atau batuk
Jika bayi menghidap flu atau batuk, keadaan ini akan mengganggu tidurnya. Batuk yang berulang ditambah dengan hidung yang tersumbat membuatnya sukar bernafas menyebabkan bayi tidak lena tidur dan kerap terjaga. Jika hidungnya tersumbat, anda boleh menyedut hingusnya menggunakan alat khas yang boleh didapati dikedai yang menjual barangan bayi. Selain itu, sapukan sedikit minyak panas didadanya untuk membantu melegakan hidungnya dan memudahkan bayi tidur.

2. Kembung Perut
Bayi memang mudah mengalami keadaan ini terutama pada bayi yang baru lahir. Jika anda menyusukan bayi dengan susu badan, anda harus elakkan makan makanan yang boleh menghasilkan gas seperti bawang. Ini bagi mengurangkan risiko bayi anda mengalami keadaan kembung perut yang boleh mengganggu lena tidurnya.

3. Haus dan Lapar
Apabila bayi haus atau lapar, keadaan ini juga mengganggu tidurnya. Cubalah berikan bayi makan satu jam sebelum masuk waktu tidurnya.

4. Basah
Lampin yang basah juga membuat bayi mudah terjaga. Kerana itu segeralah mengganti lampinnya apabila basah agar tidur bayi lebih nyenyak.

5. Ruam Lampin
Keadaan ini biasa dialami bayi. Antara punca utamanya kerana sering membuang air dan kebersihan kulit yang tidak terjaga. Malah, bakteria yang terkandung dalam air kencing bayi boleh memburukkan lagi keadaan ruam tersebut. Sudah tentu keadaan ini membuat bayi tidak selesa dan tidurnya juga sering terganggu. Untuk mengatasi masalah ini, cuba ganti lampinnya yang basah sekerap mungkin. Hindari menggunakan kain basah kerana ia boleh menambahkan lagi ruam bayi anda. Keringkan bahagian yang basah dengan cara menepuk dengan menggunakan kain kering, bukan cara menggosok. Sapukan krim pelindung sebelum memakaikan lampin dan jangan memakaikan lampin terlalu ketat. Selain itu, pilihlah lampin daripada jenis kain yang mudah menyerap peluh.

6. Banyak Bermain
Bayi jika terlalu banyak bermain akan semakin sukar untuk diajak tidur walaupun sudah sampai waktu tidurnya. Anda perlu memberi perhatian terhadap perkara ini. Jangan biarkan bayi terus bermain apabila waktu tidurnya sudah hampir tiba. Jika bayi kelihatan letih, menggosok mata dan sering menguap, bermakna dia sudah mengantuk dan segeralah menidurkannya.

semoga tip ini memberi manfaat kepada ibu-ibu diluar sana.


tidurlah anak... =)

Thursday, April 12, 2012

Saya Sakit Perut..

kata-kata aluan : insyaAllah blog aku ni akan aku akan menjadi salah satu blog untuk para ibu mencari tip-tip mengenai penjagaan baby dari dalam perut lagi sampai la mereka membesar setahun.. untuk simpanan aku jugak ni.. sebab aku ambil semua tips ni dari majalah.

kali ni nak share pasal bila baby sakit perut.

Bukan hanya orang dewasa, kanak-kanak dan bayi juga mudah mengalami sakit perut. Sudah tentu apabila keadaan ini berlaku pada bayi yang belum pandai berkata-kata agak merisaukan anda apatah lagi bila sikecil asyik meragam dan menangis.
Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan bayi sakit perut samada yang berpunca dari faktor pemakanan, cuaca mahupun persekitaran yang tidak bersih. Yang penting, anda menitikberatkan soal penjagaan kebersihan untuk melindungi bayi daripada bakteria yang jadi punca sikecil sakit perut.

Berikut tip yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria yang menyebabkan risiko jangkitan bakteria yang menyebabkan bayi sakit perut.

- Pastikan semua peralatan yang digunakan untuk sikecil seperti botol susu disteril sebelum digunakan.
- Basuh tangan sebelum memegang peralatan yang akan digunakan untuk sikecil anda.
- Sebaiknya simpan peralatan yang telah disteril didalam balang steril sebelum digunakan supaya terhindar daripada pencemaran bakteria.
- Keringkan bahan yang sudah disteril diatas tisu bersih.
- Elakkan memberi bancuhan susu yang sudah lama atau yang sudah disimppan dalam peti sejuk lebih daripada 24 jam.
- Elakkan memanaskan semula susu untuk diberikan kepada sikecil semata-mata kerana tidak mahu membazir. Proses tersebut boleh membiakkan lagi bakteria. Buat susu baru setiap kali sikecil mahu menyusu.
- Jangan simpan lebihan susu yang diminum oleh sikecil untuk penyusuan berikutnya. Ini kerana air liur bayi telah mencemari susu tersebut.

*aku akan jadi cuak bila tengok baby nangis macam kene pukul.. huhu

Monday, April 9, 2012

Tips Penjagaan Tali Pusat

thanx to the magazine
Semasa dalam kandungan, tali pusat bayi atau juga dikenali sebagai 'umbillical cord' adalah saluran terpenting untuk menyalurkan nutrisi, vitamin dan oksigen kepada bayi. 

Setelah bayi dilahirkan, tali pusat tidak lagi diperlukan lalu dipotong dan lebihannya akan diikat atau dikepit. Pangkal tali pusat yang masih melekat akan mengering dan biasanya tanggal dengan sendirinya dalam masa satu ke dua minggu setelah bayi dilahirkan. 

Bagi ibu yang baru menimang cahaya mata mungkin sedikit gusar apabila mahu mengendalikan tali pusat bayinya kerana takut ia akan menyakitkan si kecil. Tak perlu risau kerana ia lansung tidak menyakitkan bayi anda. Tidak sukar untuk merawat tali pusat. Yang penting anda pastikan bahagian ini sentiasa bersih dan kering. 

Kajian mendapati tali pusat bayi lebih cepat tanggal apabila dibersihkan dengan air dan sabun bayi berbanding menggunakan ubat-ubatan lain. Selagi tali pusat bayi masih belum tanggal, elakkan memandikan bayi dengan merendamkannya kedalam air. Cukup sekadar dilap dengan air suam. Ini bagi memastikan tali pusat sentiasa kering.

Untuk membersihkan pangkal tali pusat, anda harus mengangkat sedikit tali pusat dengan perlahan. Ia tidak akan menyakitkan bayi. Sisa air pada sekitar tali pusat boleh dikeringkan dengan kain bersih atau kapas kering. Pastikan ia benar-benar kering. Bahagian ini harus dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Tali pusat tidak boleh ditutup rapat dengan apa pun termasuk lampin kerana boleh membuatnya menjadi lembap. Ini akan menyebabkan tali pusat lebih lambat tanggal malah boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Biarkan tali pusat tanggal dengan sendirinya. Jangan sesekali cuba menariknya kerana mahu menanggalkannya. Jika sudah empat miniggu bayi lahir namun tali pusatnya masih belum juga tanggal, segera bawa bayi berjumpa doktor kerana dikhuatiri berlakunya sebarang jangkitan terutama jika sekitar tali pusatnya kemerahan, keluar cecair atau darah dan berbau tanpa sebab yang jelas.