snap dari majalah yang salu aku rujuk |
jom tengok apa info yang aku dapat kali ni =)
1. Jemur bayi waktu pagi
Sesetengah orang percaya amalan menjemur bayi waktu pagi adalah baik untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, boleh untuk anda ikuti amalan ini namum tidak perlu setiap hari. Anggapan yang mengatakan bayi perlu dijemur setiap pagi tidak betul. Jika anda melakukannya pun, tidak perlu lama. Cukup sekadar antara 10 hingga ke 15 minit pada jam 8:00 pagi. Sedikit sebanyak ia membantu bayi yang baru lahir terutama yang menghidap penyakit kuning (jaundis). Ini kerana sinar matahari pagi membantu menguraikan bilirubin yang akan larut dan dikeluarkan sebagai urin.
2. Membiarkan bayi tidur dengan susu botol.
Ramai orang tua beranggapan membiarkan bayi menghisap susu botol hingga dia tidur akan lebih memudahkan tugas anda terutamanya dimalam hari. Bayi yang terjaga apabila diberi susu botol akan mudah menyambung tidurnya semula. Namun mungkin anda tidak ketahui bahawa cara ini boleh mengganggu perkembangan bayi. Dengan membiiarkan bayi tidur bersama susu botolnya, susu akan terkumpul di gusi bayi. Selain itu, bayi mudah terkena jangkitan telinga kerana susu tersebut boleh memasuki saluran 'eustachius'. Kerana itu, pastikan anda segera mengalihkan susu botol sebaik saja bayi selesai menyusu atau selepas saja dia tidur. aku nak tambah sket.. mungkin dengan cara ini boleh mengundang bahaya gak. macam sekarang ni ramai bayi yang mati akibat tersedak susu. so, tak payah la biarkan baby isap botol susu tanpa dipantau..
3. Mandi air sejuk menjadikan bayi kuat.
Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat. Sudah tentu pendapat ini tidak benar. Malah, air sejuk boleh membuat metabolisme dan pembakaran dalam tubuhnya meningkat menyebabkan makanan yang diserap tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula tubuh bayi. Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam yang tidak terlalu panas. Namun, jangan terlalu lama agar tubuh bayi tetap seimbang kehangatannya.
4. Air liur meleleh
Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan pada sekitar mulutnya. Penghasilan air liur berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi. Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaintan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu.
5. Muntah setelah makan
Setelah makan atau minum susu, mungkin bayi akan muntah sedikit. Ini berlaku mungkin kerana bayi terlalu kenyang atau banyak udara yang masuk ke perutnya sebelum atau sewaktu sedang minum susu. Keadaan ini juga boleh berlaku apabila bengkung bayi dipakaikan terlalu kuat. Selain itu, mungkin anda memberi bayi makan dalam posisi yang salah, contohnya dalam posisi tidur terlentang. Kerana itu sebaiknya buatlah bayi sendawa setelah makan untuk mengatasi masalah muntah ini.
6. Mendukung bayi
Bayi akan berasa tenang apabila didukung namun cuba elakkan untuk menjadikan ia sebagai satu amalan untuk memanjakan bayi anda. Ini kerana bayi yang terlalu biasa didukung dalam semua keadaan tidak akan melatih emosinya untuk berdikari malah, akan menjadi manja dan setiap waktu hendak didukung. Ini membuatkan bayi menjadi malas dan anda sendiri juga yang akan mengalami kesukaran kelak.
7. Berpeluh
Anda mungkin beranggapan bayi yang kuat berpeluh menandakan dia sihat. Tidak semestinya begitu. Adakalanya peluh yang keluar berlebihan mungkin petanda bayi mengalami gangguan tertentu seperti tekanan, fungsi kelenjar yang berlebihan, kadar gula yang rendah atau berat tubuh yang berlebihan
suka aku nak katakan.. bahawa maklumat-maklumat ni aku dapat daripada majalah yang aku rasakan bermanfaat untuk aku kongsikan bersama. kalau ada antara korang yang rasa ada fakta yang tak betul, kongsikanlah sekali dekat komen-komen dibawah tu ek.. supaya dapat kita bersama-sama timba ilmu =)
<3 sharing is caring <3
No comments:
Post a Comment