Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Saturday, April 28, 2012

Berwajah Baru

header baru.. harus diasah lagi ni
haaa... orang lain dok sibuk bersih membersih, jerit menjerit, lari melari.. ehh berlari, rempuh merempuh, aku kat umah sibuk click sana click sini. ha gasak la korang nak wat ape kat KL nun. korang kan orang-orang yang pandai tahap gaban. ahhh malas la cite pasal bersih tu. jadi tak bersih otak ngan hati aku nengok dorang tu. *geleng-geleng kepala sambil taip

amacam? lawa tak blog berwajah baru aku ni.. ngeh ngeh ngeh.. pada aku rasa lawa sangat da ni... hahahah.. padahal.... haha.. takpe.. nanti aku godek-godek lagi..dalam masa yang sama aku buat satu blog shop untuk aku letakkan brooch ngan bunga-bunga fabrik aku tu. selitkan sekali hasil memanik. senang sikit tak bercampur aduk kat blog aku ni.. heee... nanti aku bagitahu link blog tu bila da siap.

so, korang pergi mana hari ni? aku dok rumah jer..... esok? tak tau lagi.. nak keluar pun macam malas je rasa. tunggu je la mood esok yer...

Friday, April 27, 2012

Tombol Pintu Rosak! oh.. Ahmad Albab!

minggu lepas, tombol pintu rumah kakak aku ni rosak lagi. sebelum tu pintu bilik aku tido tu yang rosak. sampaikan aku terkunci sorang-sorang dalam bilik. nasib baik masa tu en hubby ade kat ruang tamu. kalau aku sorang-sorang dalam umah masa tu .. haku tak tahu la ape nasib aku ari tu... huhu..

tapi kali ni pintu nak kuar g bilik kecik tempat untuk sidai baju lak tak leh nak bukak. my sis kata biar lah tunggu hubby aku datang weekend nanti suh dia buatkan..mak aih lama kot.. lagi satu lom tentu dia tu leh datang sebab masa tu sibuk dengan DSA 2012. bila my sis da pergi kerja, aku pon ape lagi.. wat keje gak la.. mengumpil tombol pintu tu.. haha.. susah giler rupanya.. last-last aku masukkan gambar lam FB.. ramai tul cikgu pintu lam FB tu .. terutamanya kakak n abang aku... hahah jom tengok..


masa ni aku try guna kad gak.. kad avon.. haha.. tp tak bleyyy

time ni aku dok tarik2 besi lam lubang tu.. aaahh geram wooo... dok ketuk2 sama ngan hammer.. huhu

aahhhh suka2ti je kata haku lembab .. err tu abg den 

tu abg den sorg lagi.. tq coz sudi call n ajar.. hahah

i am army wife ok! hahaha

ye laa.. gelak la.. hahaha

haha.. banyak giler komen kan? btw thnx to sister n brother yang membantu dr jarak jauh..

hasil ketukan, tarikan, pecahan.. abis terburai..

memang ganas gak la aku buat kat pintu tu kan.. mintak ampun ya pintu.. skang ni hubby da pasangkan tombol yang baru. tapi..................... terbalik pulak pasangnya.... hahahahah macam-macam hal..... 


Tidak Nyenyak Tidur?

Tip Bayi Dan Penjagaan
sumber didapati didalam majalah terbitan Tinta Balqis Publishing

Bayi anda akan sukar tidur nyenyak dan tidurnya sering terganggu? Sudah tentu keadaan ini membimbangkan anda. Tahukan anda, masalah ini boleh membuat bayi kekurangan wakru tidur yang boleh menyebabkan masalah lain.
Gangguan tidur juga boleh menganggu sistem kekebalan tubuh bayi serta pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya. Malah, kekurangan waktu tidur juga boleh memberi kesan terhadap perkembangan otaknya. Ini kerana sebahagian besar pertumbuhan hormon otak bayu berlaku sewaktu dia sedang tidur.

Bayi yang kurang waktu tidur boleh mengganggu hormon yang bertugas untuk mengatur rasa lapar. Selain itu, ia juga mempengaruhi metabolisma dalam tubuh yang boleh meningkatkan risiko terhadap diabetes.
Kerana itu bayi perlu mendapatkan tidur yang cukup dan sudah tentu tidur yang nyenyak amat membantu keadaan ini selain memberi kesan positif terhadap perkembangan bayi.

Berikut beberapa sebab yang menyebabkan tidur bayi terganggu.

1. Flu atau batuk
Jika bayi menghidap flu atau batuk, keadaan ini akan mengganggu tidurnya. Batuk yang berulang ditambah dengan hidung yang tersumbat membuatnya sukar bernafas menyebabkan bayi tidak lena tidur dan kerap terjaga. Jika hidungnya tersumbat, anda boleh menyedut hingusnya menggunakan alat khas yang boleh didapati dikedai yang menjual barangan bayi. Selain itu, sapukan sedikit minyak panas didadanya untuk membantu melegakan hidungnya dan memudahkan bayi tidur.

2. Kembung Perut
Bayi memang mudah mengalami keadaan ini terutama pada bayi yang baru lahir. Jika anda menyusukan bayi dengan susu badan, anda harus elakkan makan makanan yang boleh menghasilkan gas seperti bawang. Ini bagi mengurangkan risiko bayi anda mengalami keadaan kembung perut yang boleh mengganggu lena tidurnya.

3. Haus dan Lapar
Apabila bayi haus atau lapar, keadaan ini juga mengganggu tidurnya. Cubalah berikan bayi makan satu jam sebelum masuk waktu tidurnya.

4. Basah
Lampin yang basah juga membuat bayi mudah terjaga. Kerana itu segeralah mengganti lampinnya apabila basah agar tidur bayi lebih nyenyak.

5. Ruam Lampin
Keadaan ini biasa dialami bayi. Antara punca utamanya kerana sering membuang air dan kebersihan kulit yang tidak terjaga. Malah, bakteria yang terkandung dalam air kencing bayi boleh memburukkan lagi keadaan ruam tersebut. Sudah tentu keadaan ini membuat bayi tidak selesa dan tidurnya juga sering terganggu. Untuk mengatasi masalah ini, cuba ganti lampinnya yang basah sekerap mungkin. Hindari menggunakan kain basah kerana ia boleh menambahkan lagi ruam bayi anda. Keringkan bahagian yang basah dengan cara menepuk dengan menggunakan kain kering, bukan cara menggosok. Sapukan krim pelindung sebelum memakaikan lampin dan jangan memakaikan lampin terlalu ketat. Selain itu, pilihlah lampin daripada jenis kain yang mudah menyerap peluh.

6. Banyak Bermain
Bayi jika terlalu banyak bermain akan semakin sukar untuk diajak tidur walaupun sudah sampai waktu tidurnya. Anda perlu memberi perhatian terhadap perkara ini. Jangan biarkan bayi terus bermain apabila waktu tidurnya sudah hampir tiba. Jika bayi kelihatan letih, menggosok mata dan sering menguap, bermakna dia sudah mengantuk dan segeralah menidurkannya.

semoga tip ini memberi manfaat kepada ibu-ibu diluar sana.


tidurlah anak... =)

Astro bagi hadiah!

yeay! mulai dari hari ni 27 April 2012 sehingga 6 Mei 2012 Astro akan bagi kita tengok sebanyak 130 channel tanpa bayaran extra. best woo... leh tengok tv sampai mata jadi lebam... hahaha

thank you Astro!

*esok tak dapat nak pegi pesta buku antarabangsa kat PWTC coz hubby kena standby akibat BERSIH! huhuh.. so, leh tengok tv with my sis sambil bergelak ketawa sesama.. haha...



Thursday, April 26, 2012

My Incredible Story With Milo

ni ka kisah aku .. heeee :D

nestle 100 years

cepat tambah lagi stories kat sini!
mesti korang pon ade cerita yang menakjubkan dengan produk nestle kan ;) jom la try.. manaaa la tauuu.. dapat hadiah nanti.. hihi.... kalau nak cuba, klik kat sini ----> NESTLE DISISIMU

Wednesday, April 25, 2012

Manik di tudung

ingat lagi tak entry yang NI  .. hari tu WIP.. tapi sekarang da siap.. sebenarnya da lama siap.. tapi lambat nak masukkan kat sini.. ya ampun...

simple touch bunga sisik ikan

close up

aishhhh susah nak amik gambar sendiri.. 
kali ni aku cuba letak bunga-bunga sequin ni dekat tudung syiria.. kalau ade dinner atau kenduri nanti bole la aku melaram .. hehe..

cya!

Iklan Seram

errrr....

hadoi seram mak menengoknya... ini macam punya iklan pon hade.. huhuhuhu... speechless ...

Kembali Beraksi

halo halo halo... ape reaksi korang bila tengok tajuk diatas? macam tah apa-apa je kan? haha..
baru je semalam update seketul.. pas tu makan masa sampai ke hari ni baru nak update yang seterusnya.. kesian.. kesian..

sebenarnya aku sibuk dalam menyiapkan projek buat bunga gubahan aku yang pertama..

sebelum-sebelum tu plak sibuk ngan buat brooch gak.. dan sibuk untuk buat projek yang terbaru lagi... sebenarnya banyak benda yang aku nak laksanakan.. semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.. dan semoga diberkati olehNya....

idea buat bunga gubahan ni datang dari kakak aku sendiri.. coz dia tanya boleh tak aku buatkan bunga untuk bla bla bla bla. tak yah la aku cerita detail sangatkan.. so, pada aku... ini lah peluang untuk aku tambah dan uji kemahiran aku sendiri.. of coz aku jawab boleh! sabtu lepas, aku ajak hubby pergi material nak buat bunga gubahan ni.. nasib baik dia takde apa-apa program dah.. ye la .. DSA 2012 pon da abis.. so, tiba la masa untuk kami spend time berdua pulak.. yeayy!!... so, hari jumaat aku da mula buat bunga tu.. tapi sabtu ngan ahad da tak bole nak buat sangat coz jadi chef ... haha poyos.. isnin .. selasa... rabu... tarrrrraaaaa... da siapp!!!

sebelum digubah..

Alhamdulillah.. semoga mereka gembira ;)

bunga ni sesuai untuk dijadikan hadiah ... example bagi awek ke.. hihi.. wife ke.. mummy ke.. mummy to be ke.. kalau bawak semasa melawat orang yang sakit mesti yang sakit tu pon ceria tengok bunga ni kan.. wahhh !! dan aku juga menerima tempahan sekiranya bunga ni nak dijadikan bunga telur a.k.a bunga pahar.. sekiranya berminat sila la email me adriea@gmail.com for details ;) tq ..

another project.. 
love to be creative
<3

Tuesday, April 24, 2012

tak tau nak letak tajuk ape

uhhh... da lebih seminggu aku tak jenguk sini..
sibuk dengan kerja harian dan juga kerja demi mencari sesuap nasi..
banyak perkara berlaku minggu lepas yang nak aku ceritakan dalam nih.. tapi.. haihhh... takdo maso hah..
ni pon aku curi-curi masa nak taip seketul dua.. tu pon blur tak tau nak letak tajuk ape... huhu...
nanti aku jengah lagi..

bunga-bunga ni aku sedang ralitkan..
jumpa lagi... rindu kamu semua ;)

Thursday, April 12, 2012

Saya Sakit Perut..

kata-kata aluan : insyaAllah blog aku ni akan aku akan menjadi salah satu blog untuk para ibu mencari tip-tip mengenai penjagaan baby dari dalam perut lagi sampai la mereka membesar setahun.. untuk simpanan aku jugak ni.. sebab aku ambil semua tips ni dari majalah.

kali ni nak share pasal bila baby sakit perut.

Bukan hanya orang dewasa, kanak-kanak dan bayi juga mudah mengalami sakit perut. Sudah tentu apabila keadaan ini berlaku pada bayi yang belum pandai berkata-kata agak merisaukan anda apatah lagi bila sikecil asyik meragam dan menangis.
Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan bayi sakit perut samada yang berpunca dari faktor pemakanan, cuaca mahupun persekitaran yang tidak bersih. Yang penting, anda menitikberatkan soal penjagaan kebersihan untuk melindungi bayi daripada bakteria yang jadi punca sikecil sakit perut.

Berikut tip yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria yang menyebabkan risiko jangkitan bakteria yang menyebabkan bayi sakit perut.

- Pastikan semua peralatan yang digunakan untuk sikecil seperti botol susu disteril sebelum digunakan.
- Basuh tangan sebelum memegang peralatan yang akan digunakan untuk sikecil anda.
- Sebaiknya simpan peralatan yang telah disteril didalam balang steril sebelum digunakan supaya terhindar daripada pencemaran bakteria.
- Keringkan bahan yang sudah disteril diatas tisu bersih.
- Elakkan memberi bancuhan susu yang sudah lama atau yang sudah disimppan dalam peti sejuk lebih daripada 24 jam.
- Elakkan memanaskan semula susu untuk diberikan kepada sikecil semata-mata kerana tidak mahu membazir. Proses tersebut boleh membiakkan lagi bakteria. Buat susu baru setiap kali sikecil mahu menyusu.
- Jangan simpan lebihan susu yang diminum oleh sikecil untuk penyusuan berikutnya. Ini kerana air liur bayi telah mencemari susu tersebut.

*aku akan jadi cuak bila tengok baby nangis macam kene pukul.. huhu

Selamat Pagi

assalamualaikum..
semalam.. on the way balik dari satu tempat, aku dikejutkan dengan gegaran gempa bumi berlaku dekat kampung aku dimanjung.. aku terus call mak. mak kata dia tengah solat masa tu. terima kasih ya Allah tiada ada apa-apa perkara buruk yang berlaku.

teringat dulu masa kejadian tsunami di acheh tahun 2004. masa tu aku bujang lagi beb.. duduk rumah mak. tengah masak masa tu.. memang rumah mak aku tu senang terkena tempias kalau ade gempa bumi disana. mungkin lokasinya agak dekat dengan negara jiran. sewaktu gegaran tu, aku lihat pokok di sekeliling rumah bergerak-gerak seolah-olah ada sesuatu dibawah tanah. pergerakan yang agak kuat yang membolehkan pokok tu goyang kiri kanan. huhu seram.. memang tak disangkal lagi dengan kekuasaan Allah. semenjak dari kejadian itu, setiap kali ade pergerakan tanah dekat rumah tu, aku dapat sedari walaupun pergerakan yang kecil. lepas terasa pergerakan tu mesti aku tengok berita.. memang tepat pasti ada gempa bumi di sana. *aku da jadi alert sangat dengan pergerakan gempa... huhuhu

sentiasalah beringat kawan-kawan.. tentang tanggungjawab kita sebagai seorang islam. selalunya kita akan beringat dan insaf bila Allah turunkan amaran itu. tapi kita akan lupa terus bila tiada apa bencana yang berlaku.. nauzubillah... aku mengingatkan diri aku sendiri juga...

aku nak kongsi status dari FB Sham Kamikaze pagi ni untuk tatapan korang



yang baik itu semua dari Allah.. yang buruk dan hina itu semua dari hambaMU... ampunkan kami semua ya Allah.. 



Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday

GuD NiTe mY LovE

Tuesday, April 10, 2012

teka teki teka tekuk

semalam bila aku tengah rajin melawat blog kawan-kawan blogger, aku terjumpa entry teka teki yang agak lawak gak la..

pas tu tiba-tiba aku teringat teka teki yang anak sedara aku bagi dekat aku dulu..

diana my niece : acu, acu nak main teka teki tak?
aku : ok, boleh jugak teka teki ape?
diana : dalam banyak-banyak negara, negara mana yang banyak anjing betina?
aku : hah?? teka teki ape ni? adei... *sambil memerah otak berfikirkan jawapan.. aku lost.. tak dapat nak fikir..
acu tak tau la diana... negara mana??
diana : ala senang jer... negara argentina la....
aku : apekah??? hahahah


jawapan tu bole la diterima pakai sebab bunyi die lebih kurang... anjing betina dan argentina.. hahaha...
diana...diana...

work in progress

bunga sisik ikan .. nantikan ;)
skang ni aku tengah nak mencantikkan tudung aku sendiri.. tak tau la hasilnya macamana.. aku pon excited sebenarnya nak tengok hasilnya. sebab ni la pertama kali aku apply sulam manik dan labuci kat tudung... hari tu terbenti kejap menyulam ni sebab nak siapkan brooch..

tunggu eks ;)

kalau da siap nanti aku share ngan korang ;)

Monday, April 9, 2012

Tips Penjagaan Tali Pusat

thanx to the magazine
Semasa dalam kandungan, tali pusat bayi atau juga dikenali sebagai 'umbillical cord' adalah saluran terpenting untuk menyalurkan nutrisi, vitamin dan oksigen kepada bayi. 

Setelah bayi dilahirkan, tali pusat tidak lagi diperlukan lalu dipotong dan lebihannya akan diikat atau dikepit. Pangkal tali pusat yang masih melekat akan mengering dan biasanya tanggal dengan sendirinya dalam masa satu ke dua minggu setelah bayi dilahirkan. 

Bagi ibu yang baru menimang cahaya mata mungkin sedikit gusar apabila mahu mengendalikan tali pusat bayinya kerana takut ia akan menyakitkan si kecil. Tak perlu risau kerana ia lansung tidak menyakitkan bayi anda. Tidak sukar untuk merawat tali pusat. Yang penting anda pastikan bahagian ini sentiasa bersih dan kering. 

Kajian mendapati tali pusat bayi lebih cepat tanggal apabila dibersihkan dengan air dan sabun bayi berbanding menggunakan ubat-ubatan lain. Selagi tali pusat bayi masih belum tanggal, elakkan memandikan bayi dengan merendamkannya kedalam air. Cukup sekadar dilap dengan air suam. Ini bagi memastikan tali pusat sentiasa kering.

Untuk membersihkan pangkal tali pusat, anda harus mengangkat sedikit tali pusat dengan perlahan. Ia tidak akan menyakitkan bayi. Sisa air pada sekitar tali pusat boleh dikeringkan dengan kain bersih atau kapas kering. Pastikan ia benar-benar kering. Bahagian ini harus dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Tali pusat tidak boleh ditutup rapat dengan apa pun termasuk lampin kerana boleh membuatnya menjadi lembap. Ini akan menyebabkan tali pusat lebih lambat tanggal malah boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Biarkan tali pusat tanggal dengan sendirinya. Jangan sesekali cuba menariknya kerana mahu menanggalkannya. Jika sudah empat miniggu bayi lahir namun tali pusatnya masih belum juga tanggal, segera bawa bayi berjumpa doktor kerana dikhuatiri berlakunya sebarang jangkitan terutama jika sekitar tali pusatnya kemerahan, keluar cecair atau darah dan berbau tanpa sebab yang jelas. 

Hectic Weekend

tajuk entry versi London.. keh keh keh.. london la sangat..
walaupun kerjaya aku ni da di copkan sebagai Surirumah sepenuh masa, tak bermakna aku ni boleh je hidup goyang kaki yer.. tugas aku pon ade jugak tolong incik suami untuk mencari sesuap nasi.. tapi bukan ler tolong buat kerja dia.. huhu.. malas nak explain.. buat-buat paham la yer.. hehe..

minggu ni aku turun ke KL lagi dengan kakak aku.. persis orang kaya pergi shopping tiap-tiap minggu. oh! tidek... orang kaya tu.. hari-hari dorang shopping.. huhu.. tapi hajat kami pergi ke KL adalah untuk membeli barang untuk dibuat brooch.. niat dihati.. aku ingin menambah koleksi-koleksi yang ada dan dah takde..

sebelum bertolak ke KL.. kami bermop, berkemas ngemas rumah ni dulu.. alhamdulillah.. baru dapat keluar dengan hati yang tenang dan senang.. cewahh...

nanti aku ceritakan kejadian-kejadian tersebut ek..

pssttt.. hari ni nak bersilat kat dapur.. masak nasi ayam... kalau jamal ngan mama die ade skali kan best.. leh makan sekali.. encik hubby pon takde gak ni.. huhu.. kami makan berdua je la nanti.... atau bertiga.. ehehe..

chau cin chauuuu~ nasi ayam on the go!

bersarapan bersama donut yang dibeli semalam... tak abis.. huhu.. jemput makan! 

*mengupdate sambil masker tertempek kat muka adalah heaven~

Saturday, April 7, 2012

Ajal maut ditangan Tuhan

baru je semalam aku ceritakan hal qaisara.. beberapa minit selepas itu, aku dapat berita dari kakak aku di kampung. kakak aku bagitahu kakak yang duduk sebelah katil aku semasa dalam wad bersalin di hospital manjung hari tu da meninggal dunia.. akibat jatuh dalam bilik air rumah dia. innalillah... terkejut gak aku dengan berita ni. seingat aku.. kakak tu ramah giler. dah tu pula, dia la ibu yang paling berusia kat situ melahirkan anak. umur dia 45 tahun. dan melahirkan anak yang keduabelas. aku tak sempat pun nak tengok anak dia. coz anak dia ditempatkan dalam wad icu baby gak sebab demam kuning dan lahir tak cukup bulan.

imbas kembali.. *da macam novel lak
kakak tu baik sangat. dia bagi aku minyak angin untuk disapukan pada kaki.sebab masa tu aku takde bawak apa-apa minyak pon. ye la kiranya masa tu dalam pantang dah. dia kata ambil la minyak tu terus. dia ade banyak minyak lagi. dia pon bagi aku sebuku roti gardenia yang besar. maaf kak.. aku tak makan pon. sebab takde selera lansung masa duduk dalam wad. bukan disebabkan tak sedap. tapi takde selera bila memikirkan anak takde disisi.

kakak ni banyak bercakap... slang dia cakap pon loghat utara. sebab dia berasal dari pantai remis, perak. orang-orang kat situ memang cakap macam orang kedah pun.. aku hanya dengar je la... seingat aku, sepanjang aku berada dalam wad tu, dia panggil aku dengan nama 'su'. tsk tsk tsk.. mungkin dia ingat nama aku su sebab anak-anak buah aku panggil aku mak su... huhu

dia cerita anak-anak dia ade yang dia jaga. ade gak yang dia beri pada orang. akibat dari himpitan kehidupan yang susah. kakak tu kata lagi.. 'kak pon tak sangka kak mengandung lagi.. kak ingat da abih da.. tengok-tengok ada lekat' bercerita sambil ketawa.. hehe... tapi dia kata dia da ikat peranakan dia da sebab da taknak mengandung lagi disebabkan faktor usia. walaupun kadang-kadang aku rasa keramahan dia tu membuatkan aku tak selesa, tapi alhamdulillah.. kadang-kadang aku rasa hilang sket rasa kesunyian aku tu.. masa aku keluar dari wad pun aku tak jumpa dia. sebab keadaan emosi aku tak mengizinkan...

pada kakak katil sebelah dalam wad... semoga Allah tempatkan dirimu didalam golongan orang-orang yang dikasihi.. tenanglah kakak disana.. kesian pada baby dia kan.. seusia qaisara... semoga anak-anak kakak tu dapat menjaga adik dorang dengan baiknya...

al-fatihah..

*ajal maut tanpa mengira usia.. hari ini kita rasa bahagia.. siapa tahu esok lusa kita dijemputNya..

Friday, April 6, 2012

Aku Ingat Aku Kuat. Tapi....

da lebih dua bulan.. aku rasa aku da kuat. dari segi mentaliti aku. aku rasa aku da punyai kekuatan untuk menjawab segala pertanyaan. aku juga rasa aku da kuat untuk bercerita tentang kisah itu.

tapi...

rupa-rupanya itu hanya pada luaran.. dari malam tadi aku rasa sedih. lepas bacakan surah Yassin untuk disedekahkan pada yang telah pergi.. aku rasa semacam pada emosi aku. tapi aku dapat tahankan lagi. sampai ke pagi tadi.. aku berhubung melalui sms dengan ex-bos aku.. sebab nak bertanyakan status syarikat yang pernah aku berkhidmat. sambil itu aku mengambil peluang untuk bercerita tentang arwah qaisara... saat itu juga air mata aku jatuh berjujuran. aku beristighfar.

kemudian aku berchatting pula dengan seorang sahabat. ceritakan pasal arwah Qaisara lagi.. sambil bercerita tu pon air mata aku laju menyirami pipi.. Allah.. hati aku jadi hancur.. aku beristighfar lagi.. saat menulis ni pun air mata aku da start bergenangan. bertapa rindunya aku pada arwah. hanya Allah sahaja yang tahu..

maafkan ibu Qaisara.. ibu janji.. ibu akan cuba tambah kekuatan ibu.. tapi ibu tak boleh nak tipu diri ibu sendiri.. takpe.. sayang jangan risau.. insyaAllah ibu mampu tanggung keperitan ini. sebab ibu ada ayah qaisara.. ibu juga ade ibu-ibu dan bapa saudara qaisara.. opah qaisara juga.. mereka semua sayangkan ibu.. selagi mereka berada disisi ibu, ibu akan mampu berdiri. dan yang paling penting, ibu ada Allah..selalu ibu doakan pada Allah.. selalu juga ibu mengadu pada Allah.. Allah sayang kita semua.. yang penting, kita percaya dan yakin pada janji Allah..

pada sahabat-sahabat aku semua.. terima kasih juga atas kata-kata dorongan dari korang.

ya.. aku sedang mencuba.. biar masa yang menentukan segalanya..


Thursday, April 5, 2012

Mengimbau Kenangan Di SMDI Pengkalan Bharu


long pang .. long lai... 

tiba-tiba hot fm pasang lagu ni pagi semalam. dan tiba-tiba juga aku teringat kenangan masa sekolah form one dengan form two. ahaks.. masa tu aku pergi sekolah naik bas sekolah. kalau ade cerita geng bas sekolah masa tu, mesti kitorang pon dok creat nama geng kitorang geng bas sekolah. keh keh keh..

masa tu ramai gak kawan chinese. dekat sekolah tu je la aku ade kawan chinese. masa form two memang aku dikelilingi sahabat chinese. kelas aku masa form two, 2A3. aku sekolah sesi pagi masa tu. dorang banyak ajar aku cakap bahasa hokkien, nyanyi lagu cina.. shii mo shi yo mama hauu... haha lagu tu la.. sampai abis aku dapat nyanyi.. hehehe.. lepas tu dorang ajar aku tulis nama aku dalam bahasa cina. tapi sekarang aku da lupa semuanya.. kecuali lagu tu.. huhuhu.. kawan-kawan aku tu pon tak tahu kemana menghilang lepas aku pindah sekolah. balik dari sekolah, dalam bas tu pulak, tokei tu pasang lagu cina.. terpaksa laaaa layan gak. tapi bila pasang lagu melayu, dia pasang kaset lagu ella album ella usa tu.. suma lagu ella kan best.. tak sangka.. dorang pon suka lagu ella.. hehehe

start form 3 aku kena pindah masuk ke sekolah menengah seri manjung. kat situ majoritinya student melayu... tapi lam kelas aku ade sorang budak korea. kim namanya.. tah mana menghilang jugak.. 

ape-ape pon.. aku rindukan semua tu....... 

Penjelajahan bermula

sambung lagi cerita dari sogo..
selesai makan, kami berdua keluar dari perut sogo. terus menyusur menghala ke arah deretan kedai-kedai baju tu. tujuan utama kami sebenarnya nak pergi kedai Bunga Reben je.. tapi.. sebelum nak sampai kedai tu kan ke banyak lagi kedai-kedai yang ade.. haha.. dari kedai buku, kedai tudung-tudung, kedai kain-kain ela, kedai keronsang, semua kami masuk. memang tak hengat dah nak ambil gambar. tapi kebanyakkannya cuci-cuci the movie jer.. eh.. haha.. cuci-cuci mata jer laaa.... sebab aku ingat lagi pada nawaitu aku tu..

tapi.. to be a woman .. tak sah la kan. kalau tak membeli kalau da berkenan pas tu harga pulak meransangkan lagi.. pehhh ayat.. memang terguda jugak la...

bole dikatakan sepanjang jalan sebelum nak sampai kedai bunga reben tu, kitorang menyinggah kedai-kedai yang ada kat situ. da macam singgah melawat kawan-kawan la kekdahnya.. hahaha poyoss..

akhirnya kami sampai gak kedai bunga reben.. da masuk situ, aku da macam orang tak tentu arah. *sile bayangkan macamana orang yg tak tentu arah. aku da tak tau nak beli ape kat situ. lepas tu aku tarik nafas dan beristighfar.. haha.. baru la aku pilih barang dengan tenangnya... dari tingkat bawah, kitorang naik lak kat tingkat atas.
takde la beli banyak mana.. tapi dok membelek-belek tu yang makan masa =)

agak lama la jugak bertandang kat situ.

keluar dari kedai tu.. kami meneruskan perjalanan nak pergi ke bus stop... taaaapi... sebelum sampai bus stop pulak... singgah kedai-kedai tudung dan kain-kain ela yang ade... hahahah... hadoiii... den yang tak bape nak larat berjalan ni terpaksa melaratkan diri *ade ke perkataan melaratkan? huhu... tapi.. sampai satu kedai kain tu, jari kaki aku cramp!! maaakkk tolonggg!!! cuak giler aku masa tu.. aku cari kerusi nak duduk.. salu kaki aku cramp masa pregnant ari tu jer... bila da duduk... dan rehatkan kaki... jari pon da ok... aku gelak ngan kakak aku.. hahaha.. mana tak nyer... kaki da bagi signal letih, tuannya tak hengat nak stop berjalankan.. hehehe... kalau ade hubby mesti muka dia da masam ikut kitorang berjalan...
tudung yang dibeli sepanjang perjalanan nak sampai bus stop.. hihi.. dapat gak beli tudung 3 segi ni.. kat sini lagi murahhh! huhu

lastnya kitorang sampai dibus stop,adoyai... asik penuh je bas ni.. huhuh tak selesa mak.. jom balik!

ber Nandos

ha sambung disini.. bila perut berkeroncong, my sis ajak turun bawah cari makan.. bawah kat sogo tu ler..

my sis suruh aku pilih.. nak makan kat mana... adoyai.. kat situ tak de banyak pilihan sangat kan.. so, aku pilih Nandos je la.. yeay!! my sis belanja! alhamdulillah...

Nando's kat Sogo KL

me fresh oren, sister teh o ais limau

hot peri peri 3/4 chicken .. yummmehhhh~

jemput makan sumer... Bismillahirrohmanirrahim... 
seusai makan kat sini... kami berdua keluar dari Sogo dan memulakan penjelahanan kami.. cewahh.. haha.. to be continued lagi..... manik oh manik..

Wednesday, April 4, 2012

SOGO Spring Summer Sales!

ahad lepas, aku kuar pergi KL ngan my sis. kebetulan hubby pon tak datang weekend kat shah alam, dan selepas di beri keizinan, kami keluar naik bas. da lama kot aku tak naik pengangkutan awam ni. nak pulak pengangkutan awam bas. memang berbeza dulu dengan sekarang. berbeza sangat. apa yang bole aku katakan, syabas malaysia. sebab bas tu dipenuhi dengan rakyat asing. huhuhuhu... rasa macam duduk over sea beb... *over sea la sangatttt... next entry aku citerkan pasal betapa tak bestnya naik bas kat KL sekarang ni.

ok kembali ke pangkal jalan.. pada asalnya aku ngan my sis nak pergi KL sebab nak cari tudung ngan manik. my sis yang nak cari tudung. aku of coz la cari manik. untuk tambah stok. tapi alang alang da sampai situ, harus la masuk SOGO terus. kebetulan masa tu ade sales.

nengok tu... time ni tengah lelong comforter... RM99 jek.. murahh.. tapi aku tak beli pon 

tengok je la .. nawaitu harus tetap. cewahh

tantek!! 

da takde nak menshopping kat sini, aku amik gambo je la.. hahaha
masa ni sogo takde la mensesak sangat macam aku datang shopping last year dengan hubby. hajat dihati tak nak beli apa-apa.. tapiiii... ade jugakkk aku laburkan dekat sini. hahaha.. ala 15 hengget jer.. hahaha... kata sales kannn... harus lah murah.. barang ape tu?? ahhh sulit!!

lepas penat pusing-pusing teman my sis shopping baju.. perut pon berkeroncong........

bersambung......

Flower Brooch

ini adalah Sticky Post.. next entry adalah entry terbaru =)

selain bermanik, aku jugak buat flower brooch ni.. kalau berminat, bagitau la yer...

Brooch ni ada 3 size. jom tengok harga
Paling besar : RM4.00 sekuntum
Sederhana besar : RM3.50 sekuntum atau bole juga didapati sebanyak RM10.00 untuk 3 kuntum
Kecil : RM2.00 sekuntum atau RM5.00 untuk 3 kuntum

ni la 3 size yang dimaksudkan

saiz paling besar RM4.00

saiz paling besar RM4.00

sederhana RM3.50/pc atau RM10.00/3pcs

sederhana

sederhana

sederhana

saiz kecil 

pin yang digunakan. pin bulat =)


harga adalah tidak termasuk kos penghantaran. kalau berminat atau ada sebarang pertanyaan, komen kat sini pon boleh.. atau email me adriea@gmail.com

tenkiuuu~ 

just nak tunjukkan measure setiap brooch