Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Thursday, March 1, 2012

Layang-layang bertali kaca

eh macam ulang tayang pulak yer.. hehe.. yang sebelum ni aku citer aku nak baca.. lum abis baca lagi masa tu.. tapi novel tu aku da abis baca da sekarang. so, aku nak share ngan korang pendapat aku lepas baca novel Layang-Layang Bertali Kaca ni..


novel ni mengandungi 922 halaman. perasaan aku bila baca novel ni.. *aku memang menghayati bila membaca.. thehe.. rasa nak jadi anak orang kaya macam manja. watak utama dalam cerita ni. aku rasa beruntungnya manja sebab boleh memiliki apa jua pon. sebab bapak die tengku yang memang kaya lah.. tapi . hidup manja ni terkongkong sket masa dia kecik-kecik. bukan terkongkong sket kot. terkongkong banyakkk... nak buat ape yg dia suka sume pon tak bole.. *apa pon tak bleeyyy.. 

so, bila da besar, dia terlepas sket dari kongkongan bapak dia dengan sedikit muslihat yang dia buat. hehe bijak manja ni. nak tau ape muslihat dia? kena baca sendiri.. dapat pergi belajar kat london lak tu.. memang heaven la manja rasakan.. sebab duduk jauh dari bapak dia.. dan dia bole hidup berdikari dengan sendirinya

masa dia belajar kat london tu la dia jumpa kawan-kawan malaysia yang belajar kat sana.. dan baru dia tau yang kehidupan dia banyak ketinggalan tentang perihal agama. kawan dia yang nama zakiah tu la yang banyak mengajar dia. alhamdulillah.. bab ni memang aku suka.. sebab penulis memasukkan elemen-elemen yang boleh menyedarkan diri kita sendiri tentang pentingnya didikan agama islam. 

dari sinopsis yang pernah aku tulis sebelum ni hidup manja memang macam bermain layang-layang.. dalam mencari erti hidup, manja juga sedang mencari jodoh yang sesuai untuk diri dia. bagi manja, cinta bukan sekadar berlandaskan harta semata-mata. dalam mencari cinta ni la... manja bertemu jodoh yang unik sekali. masa aku baca part manja jadi pembantu rumah azmin, perut aku tak abih-abih berbunyik. sebab manja ni pandai masak. macam-macam menu yang sedap penulis letakkan dalam menu yang manja masak. haha.. *da la time berpantang ni. sabarrr je la.. 

babak last tu.. akhirnya manja jumpa putera idaman dia.. dan yang paling best manja jumpa gak dengan permaisuri hati dia.. sape tu?? baca baca... hehehe.. then semua watak dapat pasangannya masing-masing.. 

moral of the story : kehidupan kita ni tak selalu di atas.. adakalanya akan menjunam ke bawah. tapi tak semestinya bila kita gagal, kita akan terus kalah dengan kegagalan tu. dan setiap apa yang kita beri tak kira besar atau pun kecil, insyaAllah.. ganjaran dari Allah tu lebih besar maknanya.. oleh itu, ikhlas lah dalam melakukan semua perkara. bersyukur lah dengan apa yang kita miliki seadanya.... 

p/s : novel ni memang best.. tak rugi korang beli ;)


No comments: