Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Wednesday, March 7, 2012

Pedih Sangat

maaf kalau ada yang tertanya-tanya dengan status FB aku yang sama dengan tajuk entry aku ni..

maaf sahabat semua..
terima kasih pada yang sudi mengambil berat dekat aku..

aku gembira.. tapi dalam masa yang sama.. aku sedih..
hati aku jadi pedih

aku gembira tengok sahabat yang mendapat baby..
kegembiraan yang tak dapat aku bayangkan buat korang..

tapi dalam masa yang sama.. aku tertanya-tanya..
kenapa mereka semua melahirkan anak dengan selamatnya..
semua bahagia..

sama juga situasi masa aku dalam ward aritu..
semua yang ada dalam ward tu ada baby masing-masing disisi mereka..
tapi aku?
memang aku rasa aku antara satu dalam seribu..
aku tak dapat menyusukan Qaisara..
aku tak dapat mendengar tangisan Qaisara..
aku tak dapat memeluk Qaisara..
aku juga tak dapat mencium Qaisara...

hanya tubuh kecil yg telah kaku yang mampu aku kucupi...

terima kasih Ya Allah..
Kau sayang padaku..
aku jua sayang padaMu..

berikan ku kekuatan hati yang berterusan..
Allah..

terkadang aku tewas.....

maafkan aku..

2 comments:

SeliPaRcHanteq said...

semoga akak tabah melalui semua nie....
na pon penah alami situasi nie..tp yg berbeza, itu adik na n akak.. baby akak,...mesti lg sedih kan...na faham perasaan tu...

xpela kakak... baby qaisara sentiasa menunggu akak kat sana...

tabah slalu, akak!

adriea said...

terima kasih dear... *hugs*