Pernah anda dengar tentang sindrom kematian mengejut pada bayi? Keadaan ini dimana berlakunya kematian mengejut pada bayi dibawah umur 1 tahun secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda atau amaran. Selalunya berlaku sewaktu bayi sedang tidur.
Kematian mengejut ini antara salah satu punca tertinggi yang menyebabkan kematian bayi berusia antara satu bulan hingga setahun. Hampir 3000 kes melibatkan keadaan ini dilaporkan berlaku setiap tahun yang selalunya melibatkan bayi berusia antara dua hingga empat bulan.
Tidak dapat dkenal pasti punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini. Namun, kematian mengejut ini dikaitkan dengan beberapa faktor iaitu :
<3 Ibu bapa bayi adalah perokok
<3 Bayi ditidurkan menelangkup dengan bahagian wajahnya ketilam
<3 Bayi dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang)
<3 Bayi lahir dengan berat badan tidak mencukupi
<3 Ditidurkan diatas tilam atau alas yang terlalu lembut membuatkan bayi tenggelam dan lemas
<3 Bayi mengalami kepanasan yang tinggi semasa tidur
Walaupun tidak diketahui dengan jelas punca yang menyebabkan kematian mengejut ini, ibu bapa seharusnya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko berlakunya kematian mengejut pada bayi.
Antara cara yang disarankan ialah memastikan bayi ditidurkan dalam keadaan terlentang, bukannya meniarap. Malah, anda juga tidak digalakkan menidurkan bayi secara mengiring ke kiri atau kanan untuk jangka waktu lama tanpa pengawasan
Semasa bayi tidur, pastikan disekelilingnya tidak dipenuhi dengan barangan lain seperti bantal atau barang mainan yang boleh menganggu pernafasan bayi malah jika bayi bergerak, barang-barang tersebut mungkin boleh jadi punca yang menutup wajah bayi hingga menyukarkannya bernafas.
Jangan menyarung kepala bayi anda semasa tidur dengan kain atau topi dan sebagainya. Pastikan suasana ruang bayi berada tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
Pada peringkat awal, anda digalakkan tidur sekatil dengan bayi anda bagi memudahkan anda memantau sekiranya ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku pada bayi sewaktu tidur.
Selain itu elakkan merokok disekitar bayi anda malah, jauhkan bayi dari sebarang asap rokok.
rujukan ni aku dapat dari majalah ibu hamil -Panduan dan Penjagaan Bayi
apa pon, ajal maut Allah yang tentukan... Wallahualam..
No comments:
Post a Comment