Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Wednesday, December 31, 2008

selamat menyambut tahun baru 2009!

pom pom kebabommmmmm!! (sound effect bunga api untuk celebrate tawun baru) hihihi..
ala cedihnya nak tinggalkan 2008. rasanya macam baru je awal taun 2008 skang ni. rupa-rupanya da penghujung. ape yg aku dapat capai dalam taun 2008 ni? hurmm... ape ek? (nampak sangat takde ape-ape) huhuhu.. yang aku tau.. taun ni sibuknya lebih sket dari taun lepas. tugas aku kat pejabat bertambah sket. aku la jadi kuli, aku la jadi bos, aku la jadi makcik cleaner, aku la jadi despatch, sume benda aku kene buat. kampeni kecik.. bese la.
then aku masih lagi bertahan ngan status belum berkahwin aku tu. tak tau la bila nak sampai jodoh aku ni. aku berserah pada yang Esa.. dan yakin kalau ada jodoh tak kemana.. yang penting aku telah berusaha.. anak buah aku makin bertambah. nak di jadikan cerita lagi.. aku ade plak cucu sedara.. huaaaa... mane tak nya.. bila anak buah aku da get married, harus la mereka ade anak kan? bila anak buah aku panggil aku mak su.. maka anak dia harus la memanggil aku opah su... huaaaaaaa... muda2 da ade cucu. merasa gak aku ade cucu. tak de la susah2 nak tunggu da tua kerepot baru ade cucu.
then dalam umur 28 taun ni .. aku masih lagi menjaga mak aku yang nak masuk 70 taun tu. alhamdulillah... kalau arwah ayah aku masih ada.. genap la umo dia 74 skang ni.. (kalau tak silap aku la)
dalam taun 2008.. bermacam dugaan yg datang melanda. yang baik dan buruk.. yg baik aku panjatkan kesyukuran pada yg Esa.. yg buruk tu aku jadikan panduan di hari muka.
selamat datang 2009. aku berdoa semoga taun yg akan mendatang ni akan memperoleh kebahagiaan dan kasih sayang yang abadi. semoga rezeki aku bertambah lagi.. alhamdulillah.. selama ni pon rezeki yg ada tu cukup untuk menyara diri aku tanpa menyusahkan org lain.

Terima Kasih..

terima kasih kepada ibu yang melahirkan aku.
terima kasih kepada arwah ayah yg banyak meninggalkan tunjuk ajar dan kenangan kepada aku..
terima kasih jua kepada Allah kerana masih memberi nyawa kepadaku.
dan terima kasih kepada insan yg menyemaikan kasih dan sayangnya untuk aku.
terima kasih kawan-kawan yg seiringan dengan ku..
terima kasih kepada saudara kandungku kerana menyayangi adikmu.. dan memberi sinar dalam hidup dengan melahirkan saudara yang baru.
syukurr alhamdulillah. syukur ke hadrat Allah. kerana memberikan aku hidup yg serba sederhana dan bahagia. Allahuakbar..
iringilah hambamu di hari baru yg mendatang.. ku pohon hidayahmu ya Allah..
amin...

No comments: