Baru aku sedar.. dok kat Sri Aman ni mmg aman la. Quite jek.. sunyi.. hijau.. sejuk.. nyaman… serius aku tak tipu. Dan aku mmg senang skali ngan keadaan yang mcm tu. Pagi tu aku bangun awal sket dari yang lain. Lepak kat ruang tamu.. layan tv. Tp bila aku usha kat tmpat makan, aku tengok sarapan da siap terhidang. Pantas tul wat keje. Hehehe.. tapi aku tak jamah pon sarapan tu. Tunggu makan same dengan yang lain. Hari ni 19 dec 2008, malam nanti ada jamuan lagik. Tapi untuk para pegawai lam kem tu sahaja. Yup.. awal taun ari tu aku ada join skali. Aku jadi partner abe aku. Memang majlis ni diwajibkan datang secara berpasangan. Untuk yang berkawin, mesti la bawak isteri. Pada yang bujang lak, dorang kene cari pasangan gak. Tak kira la bawak awek sendrik ke, tunang ke, kalo takde gak dorang kene la cari awek sementara. So, lam kes ni abe aku bernasib baik la sebab ade aku. Takde la dia pening kepala nak cari partner. Dalam pukul 6 petang aku da mula bersiap-siap untuk majlis tu. 6.30 ptg aku n akak ipar pegi umah kawan dia untuk bersolek. Hahaha..macam lawak jer aku rasa ni. Tak penah-penah aku nak bersolek sangat ni. Kawan akak ipar aku tu mmg pandai menyolek. Bukannya aku n akak ipar je yg datang. Geng-geng dia yang lain pon mintak tolong.. hahah.. cayalah kak ila! Bila aku da siap di solek, aku pon balik untuk bersiap pakai tudung lak. Bila aku nengok kat cermin besar lam bilik umah tmpt aku menginap tu… mak aih!! Tkejut aku nengok muka aku. Macam orang lain jer aku nengok lam cermin tu. Aku tunjuk kat mak aku..mak aku senyum. Tunjuk plak kat abg aku.. aku cakap.. abang! Ko nengok muka adik ni ok ke?? Abg aku pon senyum. Hadoii.. apesal dorang senyum jer ni. Dah aku gabra. Time tu aku rasa nak jer aku g cuci muka aku tu. Tapi aku da terlambat. Last2 tanya kat anak buah aku yg 5 taun tu. Si ekal. Ekal.. tgk acu lawa tak?? Ekal pon jawab… awaa… (lawaa) fuh… ko la pemberi semangat acu. Hahaha.. bebudak cakap aku leh caya ni. Bedal jer laaa..
No comments:
Post a Comment