Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Wednesday, December 31, 2008

Mess nite 19 dec 2008

sakit mata aku nengok gambor ni... mane tak nye.. tia yg snap.. huhuhu ... ampun tuanku... wakakaka

muke aku setelah di mekap oleh kak ila... baru mekap sket. huhuhu rase mcm berat jer muke aku. adeh.. time to go for a dinner (mess nite)

Aku pegi mess naik kete skali ngan abg aku. Sampai kat mess, aku da nampak abe aku dok borak-borak ngan kawan dia. Bila dia nampak aku, dia senyum n suruh aku masuk kedalam. Kat dalam tu ada beberapa orang wife-wife pegawai yang ade. Aku terpaksa ramah beb. Nnt dorang kate aku sombong la plak. Huhuhu.. ada beberapa orang yg kenal aku. Coz aku penah join mess nite awal taun ari tu. Mula la aku kene usikan nakal dari dorang. Yer la.. tanya bila nak kawin ngan partner aku tu la.. itu la.. ini la.. macam-macam la. Dorang tau aku n abe aku tu sure loving couple. (mmg btol pon.. pandai korang) Cuma aku jer yg nafikan bila dorang tanye. Yer la.. tanak jadi spekulasi sangat. Aku ni low profile person. Waceh! Bila suma orang da hadir, pegawai memerintah da sampai, tiba lak sesi suai kenal. Pas tu amik gambar beramai-ramai. Aku teringin nak amik gamba ngan abe aku. Tapi segan la. Amik gambar ngan abg n akak ipar aku jer la.. hehehe.. pas tu masuk dewan makan. Makan time… manyak protocol masa nak makan ni. Tayah la aku cite detail sangat. Time makan, duduk kat sebelah pasangan masing-masing. Actually, majlis ni untuk meraikan pegawai-pegawai yang nak berpindah keluar dan masuk. Ramai gak pegawai yang baru masuk. Dan antara pegawai yg nak berpindah kuar tu, abang aku la. Cukup dua taun je abg aku berkhidmat kat kem tu. Masa dia g kursus kat bandung, Indonesia dlu.. abg aku antara the best student. Di sebabkan itu la abg aku dapat posting awal ke semenanjung balik. Kalo tak.. jadi macam abe aku tu. Bila la plak dia nak posting ek?? Aku doakan semoga cepat-cepat la dia balik berkhidmat kat semenangjung lak. Amin… pas acara makan, ktorang beralih plak ke bilik lagi satu. Masa ni acara have fun. Mcm karoke ke.. menari ke.. depends pada acara yang dorang sediakan la. Last time aku kene menari beramai-ramai ngan pasangan, ngan ptandingan makan buah epal ngan pasangan. This time aku harap-harap la aku tak kene apa-apa. Tapi sangkaan aku meleset la sangat. Kalau setakat karoke tu aku leh tahan lagi. Tapiiiiiiiiii.. aku kene menari. Huaaaaa cek tak sukaa! Nama petandingan tu sehati berdansa lak tu. Aku tak sangka aku bejaya masuk ptandingan sehati berdansa tanpa pegi ujibakat dulu. Bangga bercampur malu. Hahaha.. aku blasah jer la nari ngan abe aku. Abe aku pon kayu gak. Hahaha..

Macam-macam xtvt lagi yang dorang buat. Menari poco-poco beramai-ramai pon ader. Sume nari la. Acara terakhir ktorang, sume menari chicken dance. Hehehe.. comel gitu. Bygkan askar pakai uniform nari chicken dance… iihihihhih… majlis abis lebih kurang dalam kul 12.30am. nak balik kene salam n cium2 pipi ngan suma pempuan yg ade. Pempuan je tau.. time aku cium pp bini c.o(pegawai memerintah) sempat lagi dia bisik.. selamat pengantin baru kat haku! Hoh.. sabor je la. Awainya dapat ucapan. Pas tu.. abg aku ajak balik.. sempat lambai jer ngan abe aku. Sampai kat umah, lori kontena tengah pungah2 barang bawak masuk lori. Lor barang tak muat rupanya. Patut tak settle lagi. Ape lagi.. abg aku jd incredible hulk la. Marahkan org kontena tu. Dah la lambat datang. Asik delay jer. Pas tu barang tak muat lak. Huh.. aku tak amik port pasal tu suma. Lam otak aku dok pk katil, bantal n selimut.. pas tu abg hantarkan aku balik umah VIP. Aku pon pas cuci muka n kaki.. trus bummm… tdo. Coz besok ktorang da nak gerak g kuching lak. Di sebabkan kete abg aku hanya lah gen2 bukan estima, aku dan ain telah disuruh untuk naik cmd rover (land rover askar tu) masa g kuching sok. Aku ok jer.. sbb aku penah naik mende alah tu. Hehehe.. tengah aku layan mata nak tdo.. tiba-tiba lak abe aku call.. ape hal lak die ni call tgh2 malam buta ni. Dia tanye aku.. ‘ayg sok naik lori 3 tan ke?’ haaaaa?? Apeee?? Lori 3 tan???? Huaaaaaa… rupa-rupanya abg aku tukar plan. Aku n ain naik lori 3 tan plak esok. Di sebabkan kontena tu tak muat masukkan barang2 abg aku, maka abg aku amik alternative lain dengan gunakan 3 tan untuk angkut brang yg sebelihnya.. Sedih, pas tu rasa kerakar lak. Hahahaha.. blasah jer la naik ape pon. Janji sampai. Hahaha… ni la rupanya kehidupan sebagai kuarga askar…..




xtvt permulaan utk acara bebas malam tu.. pegawai-pegawai muda kene minum air longkang! huakkk .. kenapa aku panggil air longkang? mane tak nye segala rempah-ratus, belacan, bawang, macam-macam lagi la ingredient dalam air tu. buwekkkksss... ni je sempat aku upload xtvt malam tu.. coz gambor tak sampai lagi.. sigh..

2 comments:

Diya Larra said...

ha mmmg best la jd gf askar nie...

adriea said...

ape yg bestnya lyra?... same je ngan yg lain.. :)