Balik dari keje macam biasa aku melepakkan diri lam bilik dulu. (mcm perkara rutin lak ek) hehehe.. pas tu aku merajinkan diri stimkan kuih pau yang aku beli masa otw balik keje. Ala pau segera tu la. Beli yang inti kacang merah. Makan tu sedap la pulok. 2 ketul aku bedal. Tu la makan malam aku. Ngan roti cicah sardin. Kenyang.. alhamdulillah. Pastu malam tu masa aku melepakkan diri tgk tv, my bonda ckp ‘dik urut kaki mak’ alamak baru aku teringat yg aku janji nak urut kaki dia 2-3 hari yang lepas. Huhuh.. ampun mak.. adik lupe (ckp lam ati je la) pas bonda aku ready nak di urut kakinya, aku pun mula la mengurut. Beradoi-adoi bonda aku. Aku ingatkan die sakit ngan urutan aku. Rupanya mmg sakit pun .. tapi sakit best katanya. Huhuh.. macam biasa pas urut kaki dia aku mesti tarik-tarik jari-jemari kaki bonda aku kasi letup. Kalau tak letup mesti die tak puas. Err.. letup tu bukannya letak bom la wei. Ala tarik-taik jari kasi bunyi ketup ketup tu laa.. kalau nak letak bom, sure aku kene bom (kentut) kat muka aku. Hahaha..
Ekceli, aku ni mmg la dah lame memegang jawatan tukang urut yang setia mak aku ni. Tu yang mampu aku buatkan.. nak beli kerusi ogawa mau aku kene part time jadi buruh kasar buat bangunan kot. Nak kumpul duit punye pasal. Ye la mane mampu nak beli kerusi ogawa. Huhuhu..
Tapi time rayer kan ker ahlil kuarga aku ramai yang balik. Pantang nampak aku urut kaki bonda. Ade aje yang mengulur kaki kat depan aku tanpa rasa belas kasihan. Yang aku best urut akak ipar aku yang sorang tu (kak jas) pegang je kaki dia, dia da mula sendawa. Baru tekan sket da sendawa. Banyak bebeno angin lam badannya. Mula-mula mase nak suh aku urut kaki dia, kak jas macam tak konpiden je tgk aku. Tapi pas kene skali, nak lagi. Sabar jek la.. kak jas aku tu tak konpiden mula-mula sebab nengok tangan aku kecit je katanya. Tapi aku masa urut macam biasa je.. tade ape spesel pon. Urut ikut suka aku la nak picit kat mana. Hehehe..
Tapi tade sape pun yg sudi nak urut aku.. huhuhu kesiannnnn (baca mcm dialog cite pramlee) ada skali tu, aku pening kepala sangat. Maka ngan muka kesiannya, aku mintak tlg kat bonda. Bonda aku pon pegang kepala aku. Dia ramas-ramasnya rambut aku. Adeehhh sakit. Bukannya sedap. Aku ckp kat bonda ‘adei makk.. ganehnya urut. Dah macam mak uli roti canai je rasanya kepala ni’ bonda aku gelak je. Lagi kuat die ramas kepala aku.. adei la nasib.. tapi disebabkan penangan tangan bonda yang berkat tu, leger la jugak pening aku.
Ade skali tu plak time raye taun bile tah aku tak ingat. Akak-akak serta abg aku lepak kat luar umah depan skali.. ingat ape la mesyuarat yang dorang buat. Rupa-rupanya sesi mengurut yang diterajui oleh kak long aku. Lepas sorang-sorang menggunakan khidmat kak long. Aku tgk mcm best je. So aku sengih-sengih pegi kat kak long mintak die urutkan kaki aku. Howyeh howyeh! Zassss aku terus hulurkan kaki aku. Mula-mula aku geli. Hihihih lama-lama kak long urut.. adoiiihhh sakit gilerrrrr! Tangan kak long tu dah la besar. Kalau die letak tapak tangan die kat muka aku ni sure penuh. Mengeliat-liat aku tahan sakit. Menyeringai je muka aku tahan sengal. Sehabis sengal la mase tu. Last-last aku surrender. Waaa tamo urut lagi. Serik da aku nak kene urut ngan kak long. So skang ni kalau aku rasa lenguh-lenguh kat kaki ke, pandai-pandai la aku bawak diri. Huhuhu (urut sendrik da) kesiannnnnnnn (baca seperti diatas).
Cakap pasal urut lagik, smalam masa pas makan western food ngan bonda aku tu, bonda ajak aku g kedai ikan ( ikan hiasan yg lam akuarium tu ) bonda nak beli anak-anak ikan utk dijadikan makanan ikan haruan yg montel kat umah aku tu. Bese la haruankan makan anak…. Ktorang mmg biasa g kdai ikan tu. So dah mesra alam la ngan tokei dia. Masa aku dok tengok-tengok ikan lam kedai tu. Zaaaaassss aku terpandangkan satu perkataan yang berbunyi ‘IKAN URUT KAKI SEEKOR RM5’. Wahhhh biar btol ni. Aku tanya tokei ikan tu. Elo mana ikan urut kaki? Dia pandai urut kaki ka?? Haha.. tokei tu ckp.. yaaa pandai maaa.. u try letak tangan dalam itu air. Lam kolam tu aku nampak la jugak ade ikan yg tak bape kecik dan tak bape besar. Bila aku letakkan tangan lam air tu, menyerbu ikan tu datang kat tangan aku. Dorang gigit-gigit manja tangan aku ni. Waaaaa manyak pandai aaa ini ikan aku kate kat tokei. Tokei pon kate ‘ ya maa.. dia urut u punya tangan la tu’ ade ke gigit die kate urut? Aku kate lam ati. Haa.. aku rasa ikan tu la yang dok glemer masuk lam paper tu. Dia gigit-gigit kat kulit kita ni sbb dia makan sel-sel kulit yang da mati. Mase lam kete, aku ckp ngan bonda.. ‘mak, senang la bela ikan tu ek. Kite tak payah beli makanan dia. Letak je tangan ngan kaki kita ni bagi die makan’ bonda pon kate ‘aa btol la tu. Silap-silap die mati kekenyangan. Sbb kulit mak ni mcm manyak yg da mati je. Ko tgk kat kaki mak.. manyak itam-itam ni’ muahahahaha saba jek la.. kensel nak beli ikan urut kaki. Wat naya je kat ikan tu nnt. Sia-sia je idup dia kalau aku bela agaknya. Hehehe..
So, ringan-ringankan la tangan korang untuk mengurut org yang korang sayang. Nnt tak payah la susah payah beli ikan urut kaki. hahahhaha
3 comments:
hai...just step by...baru bjinak2 ngn blog nih...hehe
tibe2, rasa nak diurut laks...besh2...
hai cekkeya.. meh saya urut meh. hihi
Urut? Hoh.. moh sini urut aku meh!! Miahahahaa!!!
Post a Comment