Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Tuesday, May 15, 2012

surat rasmi mohon poligami dan jawapan siisteri

Daripada :
Suami bin Lelaki

Kepada :
Isteri binti Bapa

Puan, 

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

perkara diatas adalah dirujuk

sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan bagi saya. buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. pihak yang akan mengisi satu ini buat masa ini ialah Cik Dara binti Teruna yang merupakan setiausaha saya dipejabat. memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan dipejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita didalam organisasi keluarga kita. kekosongan yang selebihnya akan diisi dimasa akan datang

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui surat lengkap ini.

3. untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan saya ini disamping kurangnya rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. semua yang puan miliki sudah bertambah besar. kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah pian miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. kebaikan yang puan akan nikmati ialah wakru tehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. pada waktu itu saya cuma akan fokus pada hasil pihak ketiga. menguntungkan bukan?

6. segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan diatas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. hadirkan lah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut keluarga kita 10 tahun lepas. situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelaiknya dengan manja bersama setiap kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. semoga kita bersama-sama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanankan program ini dengan jayanya.

sekian, terima kasih, 
"berkorban dan berkongsi kebahagiaan lambang rumahtangga bahagia" 

yang ikhlas memohon
suami bin lelaki

*berbulu je aku menaip sambil membaca surat suami bin lelaki ni.. jom tengok jawapan dari isteri lak

kepada suami bin lelaki

surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

- oooo.. patutla asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la ye? Berani nampak? ni bukan kuota bumiputra yang wajib kena penuh!

- sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?

- ni la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia sanggup habiskan. dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

- abang kata untung dua-dua pihak? cantik muka abang.. ingat niaga barang ke! cuba cakap sapa yang akan untung? abang ke, saya? 

- mak hoi! sedapnya mulut kata saya tong dram habis tu yang abang tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda ada hati nak kawin lain konon.

- kongsi? abang ingat ni kereta ke?

- apa syif-syif? ni bukan kerja kilang la!

- cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani balik la rumah, kita tengok sapa yang akan senyum sapa yang akan meraung. 

oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang kerumah.

terima kasih
sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga

yang ikhlas menjawab, 
isteri binti bapa

ok tamat la sudah surat ini... hahaha...
aku ni ambil surat ni dari dalam surat kabar mingguan malaysia. hasil penulisan dari kucing jantan (bro tompok) surat-surat ni takda kene mengena dengan sape-sape pon. bro tu cuma nak kongsi kan dengan pembaca dan menunjukkan bagaimana poligami adalah isu yang cukup sensitif kepada mana-mana juga perempuan. memang sangat setuju! isu ni memang sensitif sanga-sangat... minta dijauhkan dari nasib aku... huhu.. aku dapat surat ni pon dari kakak aku. pepagi lagi da suh aku baca surat kabo. sabo je ler.. yang lelaki siap dengan ayat rasminya.. siisteri menjawab ngan bahasa sms.. amik kau.. 


*baik den g sambung gunting2 kain wat bunga... 

2 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

haii...saya follow blog comel ni yer... ^__^

Unknown said...

hai.. sila la cik puan izan... terima kasih sudi follow saya ;)