Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Thursday, May 31, 2012

Ayam Kandar

macam biasa.. da jadi surirumah sepenuh masa ni.. lam kepala otak asik fikir menu nak masak jer... tapi sekarang ni lagi mencabar. sebab aku ngan incik hubby nak mendiet, so kena pilih menu masakan yang tak bole  mengemukkan... cewahhh.. haha.. kitorang ni bab makan memang banyak persamaan sket la.. hubby suka ayam. aku pon suka gak. kalau duduk umah kakak aku kat shah alam tu, mesti dia membebel je sebab aku selalu masak ayam je... hahaha.. sori sis.. chicken is one of my favorite.. eceh..

hari tu dok blog hop blog kengkawan. terjumpa menu masakan ayam kandar. bukan ayam kamdar ek.. wakaka.. aku tengok bahan ngan cara masakan pon macam senang jer. so, aku pon cuba la...

tarrrraaaa... ni la hasilnya
sedappp

rasa macam makan ayam kat kedai mamak :)
resepinya aku ambil kat SINI 

Bahan-bahan

1/2 kg ayam
6 ulas bawang putih/1 inci halia (tumbuk/blend) *masa ni stok halia takde.. so, xde gunakan pun
2 sudu besar kicap pekat *masa ni kicap pekat pon takde.. letak kicap manis cap kipas udang jer
2 sudu besar sos tomato *sos tomato pon takde. aku letak air asam jawa... hehe
2 sudu besar sos cili
2 paket kari daging babas *ikut suka nak byk mana.. tp jgn  banyak sangat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari *ni pon tak masuk sebab kek mano den nak cari daun kari dokek ateh ni
garam dan perasa

cara-caranya

- tumis bawang besar, bawang putih kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau
- masukkan bawang putih dan halia yang diblend dan daun kari
- kemudian masukkan campuran rempah tadi (kicap pekat, sos dan serbuk kari) kacau sebati
- masukkan ayam, air dan masak hingga ayam empuk. *jangan hempuk lak ayam tu.. huhu
- masukkan garam dan perasa secukup rasa. kacau hingga kuah menjadi pekat. kalau nak ade kuah sket, letak air lebih sket la.. jgn lebih banyak sangat.

selamat mencuba!!

*psstt kalau takde bahan kat rumah tu, pandai-pandai la adjust ek... sure menjadi jugak ;) resepi ni memang sedap!! tenkiu kakak yang berkongsi resepi...

6 comments:

FEDO said...

Slurp. Nampak yummy la. :)

adriea said...

fedo.. memang yummy.. xyah nak berator kat kedai mamak lg.. hihi

cha said...

yummy sedapnya kak. tp hubby tak suka sgt mkn benda2 camni sob sob :(

adriea said...

mmg sedap cha.. sbb tu akak share.. hehe.. hubby cha suka mknan yg simple2 kot ek... ok la tu dear.. sng nak masak.. hihi

Si Jagung said...

erk..ayam kandar pon ada ka??..ingat ka nasik kandar ja..ohoho...nampak sedap neh..

adriea said...

si jagung.. ade la... hihi.. lauk nasi kandar kot tu... sbb tu nama dia ayam kandar :P