Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Wednesday, May 30, 2012

Al-Fatihah..

malam semalam masa nak membeli barangan dapur with hubby, kakak aku call dari kampung.. bagitahu pasal makcik aku iaitu mak lang tengah nazak. mak lang ni adik kepada mak aku. dekat sebulan lebih dia menderita dengan pelbagai penyakit yang menyerang secara tiba-tiba. masa aku balik kampung hari tu ada la aku jumpa.. masa tu alang kuat lagi. boleh bercakap, boleh duduk, boleh makan. tapi lepas dari tu, alang da susah nak makan.. apa yang dia makan mesti terkuar balik.. sian alang.. tapi semalam aku terkejut dengan berita yang kakak aku bagitahu tu... apa yang mampu aku buat, aku hanya berdoa pada Allah semoga alang dapat disembuhkan seperti sediakala... tapi jam 11.20 malam tadi, kakak aku call lagi bagitahu maklang aku tu da meninggal.. innalillahiwainnailaihirojiun...... Allah lebih menyayangi makcik aku... semoga roh alang tenang disana..

yang hidup haru meneruskan hidup.. kebetulan, kenduri kawin anak alang akan berlansung pada 3 jun 2012 ..hujung minggu ni la.. Allah... semoga kau peroleh kekuatan kepada anak mak lang aku iaitu abg ngah... semoga abg ngah tabah.. insyaAllah.. ibu dan bapa saudara serta adik beradik sepupu sepapat akan menolong masa kenduri abg ngah nanti...

Allah menguji pada hambanya yang mampu... semoga ujian ini kita ambil sebagai iktibar.. kehilangan memang amat memeritkan.. seperti aku kehilangan arwah Qaisara awat tahun hari tu.. Allah saja yang tahu. tapi hidup ini harus kita teruskan.. Allah dah menetapkan ketentuan buat kita..

tapi yang pasti, masa raya nanti mesti aku dan ahli keluarga yang lain akan merindu kuih sepit buatan alang. memang sedap. kuih sepit dia memang terkenal gak la.. ramai yang menempah..

abg ngah dengan abg long adalah anak lelaki alang... mak ngah n wan chik  serta mak aku adalah adik beradik kandung alang. mak aku anak yang sulung.. gambar ni masa kenduri kawin anak buah aku. 

semoga roh arwah mak lang ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman.... semoga alang tenang disana.. kami disini pasti menyusul.. 

*kami sayang alang...

*penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang memang bahaya... kita yang ada ni haruslah menjaga kesihatan dengan sebaiknya....

3 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

semoga arwah tenang di sana... Alfatihah

cha said...

atok sy pun baru meninggal malam tadi ;(

Unknown said...

cik puan izan.. terima kasih.. amin..

cha.. al-fatihah buat atok cha ..