Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Tuesday, August 5, 2008

From Bangkok WIth Love

uih..nasib tak bersawang blog aku ni.. hehe. sori la.. da lame tak masukkan blog. bz sket.(alasan yang paling glemer)
Macam gempak je tajuk entry ni kan? Hek hek hek… ekceli (actually) entry ni bukan menceritakan tentang pengembaraan aku ke Bangkok pon. Takde kene mengena ngan travel aku. Hee hee..
Camni citernya.. akak aku baru balik dari wat lawatan kat Bangkok. Ape keje die? Tayah la aku citer. Huhuhu.. keje dia adalah mengawal keselamatan Negara. Wah~ hebatnye spekulasi.
So akak aku ni bila dah pegi ke Negara orang, mmg takan lupe kat adik bradik ksayangan dia. Especially aku.wahahaha.. giler pasan dah.
So ari isnin yang lepas setelah seminggu kot dia balik dari Bangkok, akak aku ade lak lawatan kat Lumut Naval Base. Dekat ngan tempat aku la tu.
Alkesah.. beliau telah pun memberi arahan kepada aku (memang keje die pon bab mengarah2 ni) untuk bawak mummy aku pegi ke Naval Base Lumut untuk berjumpe dengan beliau kat saner. Ade barang yang die nak kasi. Sambil-sambil tu die nak kenalkan kengkawan dia dari Negara luar kat mak aku. (kunun-kununnya la.. coz ni planning dia) then aku pon da dapat permisi dari bos aku untuk menskip kan diri diwaktu petang…
Kul 12pm aku telah memblahkan diri pegi ke pejabat pos dulu. Masuk-masuk je amik nombor. Nombor yang aku dapa 2044. bace betul-betul ye tuan-tuan dan puan-puan. Nombor yang sedang ade kat kaunter adelah 2002. kira betul-betul ye tuan-tuan dan puan-puan. Maknanya????? Aku kene tunggu berjam lagik laa… huaaaa… tak dapat lagi aku berurusan kat pejabat pos tu. Semenjak pejabat pos seri manjung ni ade aircond dan menggunakan sistem amik nombor, makin laaa ramai orang yang berurusan kat situ. Dulu takde pon cam ni. Huhuh takpe… tu namanya zaman da berubah.. (eklan berita harian)
Aku hanya berjaya mensuamkan kerusi kat pejabat pos itu sahaja. Kenapa? Sebab aku blah. Maleh aku tunggu. Da janji ngan akak aku kul 1pm nak gerak dari umah. Ni kl 12.30pm pon tak masuk nombo 2010 lagik. Mmg tak leh jadik. So aku pun balik umah nak amik mummy aku. Mummy aku da siap-siap dah. Semangat tu nak jumpe anak dia. Sape tak sayang anak oiiiii… (ingat sayang bini je leh ckp camtu??) hehehhe
So ktorang pon bergerak dari umah dalam kul 1pm seperti yang dijanjikan. Tu pun akak aku asik call je tanye bile nak kuar. Huhu.. lepas aku melepasi gate harimau berantai tu.. (ekceli aku lupe harimau ape name gate tu.. hentam je la.. hahaha) aku pon memandu pegi kearah wisma samudera. Atau lebih dikenali sebagai Mess (tempat pegawai-pegawai tentera melepakkan diri) seingat aku.. tah taun bile aku menjejakkan kaki aku kat situ. Lupe dah. Lame jugak la.. coz dulu akak aku bertugas kat HAT Lumut tu. Salu gak ikut dia g function. Hubby dia? Hubby dia ade kat taiping. Baru naik pangkat jadi C.O kat kem tepeng tu. Ape itu C.O?? Commander Officer kot. Err.. ntah! Hehehhe..
Then bila aku sampai je kat parking mess yang atas bukit tu, aku nampak dah akak aku lambai-lambaikan tangan beliau kat pintu masuk mess. Yang mummy aku tak nampak lagi. Mane nak nampaknya…. Akak aku pakai baju celoreng. Udah seghope dengan pokok yg ade kat situ dah. Hahaha.. then akak aku pon berlari-lari anak datang dekat kete aku. Zupp trus dia suh ktorang masuk kete balik. Ape ke hei nya yong??? Haha.. akak aku ckp.. “tak leh nak dok lam mess la mak. Ramai pegawai lam tu. Panglima suma ade. Siap karoke lak dorang. Nanti segan lak.” Lebih kurang gitu ler. Then dia ckp barang yang dia nak serahkan pada ktorang tu ade lam bas yang die naik. Tapi bas tsebut telah menghilangkan diri beliau dalam sekelip mata. Terror sungguh bas itu. Hahaha.. dia call orang-orang yang boleh dipercayai untuk mengesan dimanakah lokasi bas tersebut. Then pemberi maklumat tersebut memberitahu tunggu dekat KD Pelandok. Tempat stimulator? (macam salah je aku ni) Eh tah ape aku da lupe. Then aku pon bawak la g situ. Ingat nak masuk lam KD Pelandok. Tapi akak aku cakap jangan masuk la.. segan. Eii aper da.. name je askar.. Opss…. Hehe.. so aku pon memparkirkan kereta kat depan stadium. Selanjutnya informer akak aku ckp bas ade kat FOC (Markas Armada) huakkk.. akak tanye aku bole masuk situ ke?? Mmg la bole tp kene tinggal pas la.. bla bla bla.. ikut procedure dorang la. Pas tu bas pegi kat kapal la.. eii macam-macam. Err… name pon lawatan kan???? Haper la aku ni. Aku nengok minyak kete aku da nak merah. Lupe lak nak isi sblm tu. Last-last akak lanjer aku isi minyak.. heheh toceh-toceh. Then pusing lagi la Pangkalan TLDM tu…. Akhirnya.. ktorang bjumpa dengan bas kat tempat yang asal tadi jugek. Kat Wisma Samudera. Uhuhu.. sabo je ler. Akak aku kepanasan. Mane taknye baju tu dah la tebal. Bila bas da sampai, akak aku amik barang-barang yang die nak kasi. Walahhhhh~ manyak lak tu. Sampai 3 beg. (beg pakaian tauu.. bukan beg pastik) uhuhu.. satu beg tu dari akak aku sorang lagi yg dok sunway. Kirim skali la tu. Dua beg lagi dari akak aku yg tu la. Tak lame pon bermesra-mesra ngan dia. Sejam je. Ye la.. coz dia ade agenda lain. Ekceli mase tu pon dia tgh bertugas. So curi-curi la masa dia sket nak jumpe. (macam tak penah jumpe setaun…………..huhuh) so niat die nak memperkenalkan kawan-kawan seangkatan dari luar Negara kat mummy tak kesampaian.. takpe la.. tunggu la die grad nnt. (akak aku tgh study kat UM skang ni.. huhu)

ni la antara barang-barang or adiah yang akak aku bagi kat aku. sooo niceee~ ahaks



hoh.. manyak tak? hehehe.. kasut ader.. tshirt ade.. aku suke sgt tshirt tu. size m tau! ingat klu sape-sape nak belikan kat aku, pilih je saiz m. gerenti muat. hahah.. yang biru tu la kipas versi topi. cumil jek



taraaaa... da jadi topi. hehehe.. santik takk??



ni pon dia selitkan skali.. haha.. gambar akak aku ngan hubby dia. ahaks.. somelnyaa..

Bila barang suma dah selamat diagihkan, seronok sangat. Cayangggg kat akak aku. Untuk mummy dia belikan kasut ngan handbag. Untuk aku dia bagi kasut, baju, tshirt ngan topi vs kipas. Comei jek. Yang beg dari akak aku kat sunway, dia bagi baju-baju n suar yang masih elok. Kira pakaian basahan la… mmg dah bese dah. Dari kecik lagi aku pakai baju akak-akak aku ni.. hahaha.. yang selebihnya, banyak barang makanan. Macam kudap-kudap ler. Aku appreciate sangat ngan pemberian akak-akak aku. Walau sekecil mana pun… suma aku simpan. Baru la terasa betapa bertuahnya jadi seorang adik.. heeee… walaupun slalu kene buli. (buli manja gitew) tapi. Aku tau dorang suma sayangkan aku.. sob~ sob~ terharu la pulek… hihihi.. biasa la tu kan. Adik-beradik mane leh berpisah. Gadoh ke, kene marah ke, tu biasa. Tanpa mummy ngan adik-beradik aku yang lain.. siapa lah aku…………………………………

No comments: