Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Thursday, August 7, 2008

Sindarela [last episod]



Drama bersiri sindarela kat tv3 baru je katam minggu lepas (baru nak cite pasal ni ke?) ekceli aku tak brapa suka ngan ending drama tu. Bukannya ape… aku ingatkan si zoela akan selamat diijab kabulkan bersama tengku haidar. Tapi.. hampeh. Ngan husin mentibang pun tak. Ngan haidar pun tak. Tapi aku suke babak yang zoela berterus-terang dengan husin mentibang. Husin ni pemalu ke penakut ke pengecut ke aku tak tau la. Tapi aku sependapat dengan zoela. Husin belum cukup kelelakian dia untuk menjadi prince charmed princess zoela. Kalau aku… pun aku tak suke kat husin. Yer la.. dah suka kat seseorang wat pe nak pendam-pendam? Just straight to the point. Perempuan skang ni boleh dikatakan suka lelaki yang suka berterus-terang (macam aku la) kalau dah suka.. tapi tak luahkan isi hati tu, sape nak tau kan? Kalau nak berkias-kias baik g idup kat zaman hang tuah atau zaman cite p ramlee yang dangang pak malau dagang berlipat tu.
Bila dah terdesak, dah nampak pesaing terhebat kat depan dia baru nak kelam kabut nak berterus-terang. Ape? Ko ingat ko dah sakitkan ati seorang pempuan tu dengan membuatkan dia tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya mengharapkan jawapan yang pasti, pompan tu bole duduk terconggok je tunggu ko kat simpang ek? Come on la.. lain kali gentle sket. Be honest. (aku tujukan kata-kata ni kat husin mentibang la wei.. tp kalau ada yang terasa tu, paham-paham je la ek.. hik hik hik) kalau suka katakan suka. Kalau tak suka, straight to the point katakan yang ko tak sukakan dia. Kan senang? Takde la hati sesiapa yang terluka teruk sangat. Kalau skang zaman nujum pak belalang, senang la. Hantar je belalang dok kat tepi ko. Ha nnt senang belalang tu nak dapat jawapan then bagitau kat awek tu. Huhuhu.. emosional ke aku ni?
Aku bukan emosional. Cuma luahkan mengikut pengalaman orang-orang yang berada disekeliling aku dan pengalaman aku sendiri (bukan orang-orang kat bendang tu yer). Errr.. bebalik pada cita sinderela tu tadi. Bak kata bait-bait ayat yang aku sempat tangkap kat last cita tu… cinta pertama tak semestinya akan bersatu. Yes btol tu. Dan tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita bercinta bagai nak rak. Aku ni bukannya terror sangat pasal bab-bab cintan cintun ni. Kadang-kadang ade gak lelaki yang tak paham aku. Yer la antara kawan lelaki (not special k) yang aku penah kenal, dia tak dapat terima perangai aku yang hu ha! Hahaha… kome tau ke perangai hu ha tu camne? Bukan la seorang gadis yang liar. Tapi seorang gadis yang mempunyai otak yang gila-gila yang kadang-kadang serius dan kadang-kadang leh jadi kanak-kanak riang. Kadang-kadang aku wat joke dia ingat aku serius. Dan kadang-kadang sebaliknya plak. Aku lak jadi kompius ngan dia. Ohhh tidak.. aku tak bole get long ngan guy yg macam tu. Pada aku kita harus bijak memainkan peranan kita mengikut masa yang sesuai.
Lebih kuang macam watak zoela tu la.. but no pengkid okey! Errr.. rambut pindik mcm zoela tu comel kan? Aku penah berambut begitu suatu ketika dahulu.. huahuahua..
So dari drama sinderela tu, tak semestinya princess akan bertemu prince untuk membina mahligai bahagia.. wahhh.. bila laaa prince aku nak kasi kasut kaca ni.. wakakakaka..

No comments: