Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Wednesday, January 30, 2013

Skill Menjahit

adei.. rasa malu je nak taip entry ni.. tapi nak taip gak.. sebab nak luahkan apa yang terbuku.. cewah.. jadi buku tiga 5 dah ke? huhu...

dulu.. waktu sebelum khawin.. aku ada pergi kursus menjahit baju kurung pesak gantung dan kurung pahang. rasanya ada lagi satu iaitu kurung moden. disebabkan kelembapan aku nak catch up belajar jahit menjahit ni.. makanya aku da rugi satu sesi... huhu.. padahal boleh je kalau aku nak sambung lagi. tapi disebabkan aku da menikah..makanya terpaksa la hajat tu dibatalkan sebab dok ikut hubby pergi merantau.

niat dihati aku belajar menjahit tu boleh la buat untuk tambah pendapatan. sebab bila da kawin je.. aku berhenti kerja terus. takan nak melanggut je duduk rumah.. huhu.. bila da biasa bekerja.. dan tiba-tiba pula berhenti.. memang sangap sikit la kalau duduk rumah tak buat apa. tapi ikhlas aku katakan.. aku tak ingat dah macamana cara nak jahit baju kurung. padahal dah belajar sebelum ni. tapi kalau aku pergi kelas balik.. insyaAllah aku dapat buat balik kot. faktor utama yang buat kan aku lupa skill-skill tu semua adalah sebab aku takde machine jahit. yang ada pon kakak aku punya... tapi machine tu macam ada problem sikit. setakat nak jahit sikit-sikit boleh la...

tapi kan.. sekarang ni rasa agak sedikit menyesal sebab aku da lupa cara-cara macamana nak menjahit baju kurung.. kalau tak.. kompom aku boleh jahit sendiri baju raya aku kan??? huhuhuhu... takpe la.. jahit manik pon jadi la.. haha.. lepas ni kalau ada lagi peluang untuk aku belajar.. aku nak belajar bersungguh-sungguh.. cewah.. eh betul la.. tak rugi pon buat semua tu.. lepas tu aku nak beli mesen jahit seketul.. nama pon surirumahtangga kan... wajib la rajin fikir semua tu.. rajin fikir je ke? kah kah kah kah!

tapi kan... tapi kan.. nak menjahit ni kena ada minat tau.. kalau tak minat... susah la.. semua benda jadi susah. tapi kalau da minat tu... ajar sekali jer.. otomatik da tau.. macam aku ni tak tau la kategori yang mana satu... minat tu ada... tapi kureng kot.. kena asah lagi minat tu bagi jadi lagi banyak.. bukan apa.. bab nak potong baju tu aku failed la.. tangan ni keras tul nak potong kain bagi straight.. aku potong rambut jamal pon herot herot... hahaha... lepas tu sakit pinggang sebab terbongkok-bongkok masa nak potong kain... huhuhu kertu ke?

so.. lepas ni kalau aku nak belajar menjahit baju lagi.. aku akan buat betul-betul... caiyok! caiyok!!!
tapi.. tak tau la bila........ huhuhu


No comments: